Pages

Friday, 3 April 2015

OGHE KELATE TIDAK BODO!

Menarik penerangan pemimpin UMNO ni. Satu percubaan memperbodohkan rakyat Kelantan.

Yong tak pinda apa-apa, cuma ubah format jer, supaya lagi mudah untuk dibaca. Jom layan:

*******************


Assalamualaikum WBT & salam sejahtera. Akhirnya, terlaksana juga sistem cukai barangan & perkhidmatan (GST) mulai hari ini, 1 April 2015. Pelbagai komen & reaksi orang ramai. Ada juga yang masih mempolitikkan isu ini. Izinkan saya memberikan sedikit pengamatan / pencerahan : 

1) GST 6% ini menggantikan cukai jualan 10% & cukai perkhidmatan 6%. Ia bukan cukai tambahan. 

2) Kadar 6% yang dikenakan adalah yang terendah di ASEAN dan antara yang terendah di dunia. Sebagai contoh, kadar di Singapura 7%, Thailand 7%, Indonesia 10%, Vietnam 10%, Filipina 12%. Di Australia 10% dan di UK jauh lebih tinggi iaitu 20% . 

3) Untuk mengurangkan kesan kenaikan harga barang kepada rakyat, Kerajaan telah memperluaskan senarai barangan asas yang dikenakan kadar sifar atau terkecuali dari GST. Ini termasuk barangan makanan asas seperti beras, gula, minyak masak, ayam, daging, ikan & sebagainya, ubat-ubatan, buku-buku dan minyak petrol RON95 & Diesel. Berdasarkan pengiraan Kementerian Kewangan, kesan GST terhadap kadar inflasi adalah peningkatan sebanyak1.1%. Memandangkan kadar inflasi sekarang adalah pada kadar 1-2%, purata kadar inflasi untuk tahun 2015 dijangka sekitar 3%, satu kadar berpatutan & antara kadar terendah di rantau ini. 

4) Tidak semua harga barang & perkhidmatan akan naik. Ada juga yang turun seperti harga kereta yang turun 2-3%. Proton menurunkan harga sehingga RM1,475 seunit manakala Honda antara RM500 hingga RM2,500 seunit. 

5) Semasa pelaksanaan GST diumumkan dalam Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013, Kerajaan juga telah mengumumkan langkah 'pengimbangan' seperti pengurangan cukai pendapatan individu antara 1-3%, pengurangan cukai pendapatan korporat dari 25% kepada 24% dan pengurangan cukai perusahaan kecil & sederhana dari 20% kepada 19%. Pemberian BR1M isirumah berpendapatan RM3,000 kebawah sebulan juga ditingkatkan dari RM500 ke RM650 manakala isirumah berpendapatan RM3,000-4,000 sebulan mula diberikan BR1M RM450 buat pertama kali. Seterusnya dalam Bajet 2015, jumlah BR1M telah dinaikkan masing-masing kepada kepada RM950 & RM750 . Untuk individu bujang berpendapatan RM2,000 kebawah pula, BR1M dinaikkan kepada RM350. Ini semua bertujuan untuk meringankan impak kenaikan harga barang. 

6) Ada peniaga yang merungut tidak diberikan masa yang cukup untuk membuat persediaan GST. Sebenarnya masa 17 bulan yang diberikan adalah munasabah & mencukupi. Mereka yang masih tidak bersedia kebanyakannya berlengah pada peringkat permulaan. Ada juga yang sengaja mengharapkan agar GST tidak dilaksanakan kerana dengan adanya GST, adalah lebih sukar untuk mengelak dari membayar cukai pendapatan. 

7) Seperti dalam mana-mana pelaksanaan sistem baru, memang akan terdapat isu-isu pelaksanaan (teething problems) di peringkat awal. Untuk itu, Kerajaan telah mewujudkan GST hotline Jabatan Kastam1300888500 dan KPDNKK 1300886800. Kunjungi laman sesawang gst.customs.gov.my untuk maklumat lanjut. 

8) Tujuan asal pelaksanaan GST adalah untuk memperluaskan asas percukaian negara memandangkan kita hanya ada 2 juta pembayar cukai, satu jumlah yang kecil berbanding jumlah rakyat Malaysia seramai 28 juta. GST adalah cukai penggunaan (consumption or indirect tax)dimana mereka yang berbelanja lebih adalah dari kalangan mereka yang berpendapatan lebih. Ini juga selaras dengan langkah konsolidasi fiskal yang mensasarkan bajet seimbang menjelang 2020. Dengan peningkatan pendapatan Kerajaan, kita bukan sahaja dapat mengurangkan defisit fiskal kita malah dapat melaksanakan banyak projek pembangunan yang tertangguh sebelum ini seperti pembinaan jalanraya, jambatan, sekolah, hospital, klinik desa, dll. 

Marilah kita sama-sama menjayakan sistem percukaian yang baru ini. Memang tiada sistem yang sempurna (perfect). Pasti ada kelemahannya. Walau apapun, niat kita murni. InsyaAllah apa yang dihasratkan akan tercapai. Maaf pencerahan ini panjang sedikit. Harap ia membantu. Terima kasih.

********************

Berikut response seorang pengkomen. Tabik buat pengkomen ini:


Tan Sri menatey apo kalu tokleh nk belo rakyat? Wat kejadoh apo dale Parlimen puok2 MP nih kalu xleh nk bahas usul di Parlimen? Tgk feedback rakyat la gilo.! Dale paper, dale facebook, twitter, email kpd putrajaya.. Feedback 99% tok setuju GST di implement lagi buat waktu ni. Menatey apo puok mung nih? Tan Sri/ Dato Seri/ Tun/Dato Datin tuh pangkat kah blako, hakikat puok mung nih manusio bodo jah.! UMNO sdiri pun ramai ahli miskin papo kedano.! Puok mung majoriti dale Parlimen, tapi xleh nk bahas usul nih. Tgk jurang antara pendapatan & perbelanjaan la dlu gilo.!! Gaji minima RM3.60 paling rendoh di dunio dale ranking negaro2 laksana GST. Duk kiro nga UK Australia, demo tu takpo la GST 10% sbb gaji minima dio AUD$15 per hour. Bersamaan RM45-50 sejam kijo! Bukey RM3.60 serupo hok Tan Sri bakul sapoh buat perbandingan tuh.! Otok ado otok? Ko takdok? Maah la kurey ajar nih. Puok2 mung nih tggu mapuh belako baru aman Malaysia. Nati puok mung mati,aku nk gi tabur duit atah kubur.. Tggu.!

Mohon Tan Sri baco pah komen deh. Nk komen kure ajar jgk pun takpo mugo aku hok start dulu.. 

Tan Sri nk kecek pasal ekonomi ko pasal gapo2 ko dipersilakan. Ambo laye belako. Nk tgk jgk otok Tan Sri ni balance ko dok antara logik dan tak logik. Ado otok bakali, cumo tak balance jah dok? Gilo taksub UMNO telajok sapa nasib rakyat Ketereh di perjudikan. Tan Sri dale parlimen mewakili rakyat Kok Lanas Ketereh Kadok, malah Kelate amnya. Tan Sri tokleh ko bangun buwi ucapan n bahas usul GST dgn fakta bahawasanya rakyat Kelate ramai miskin.! Tv suratkhabar pun oyak sokmo rakyat Kelate miskin. Pahtu? Babi apo gi sokong GSt nyo gilo? 

MP negeri lain tu biarlah mugo bodo sokmo. Harap ko PR jah bangkang, puok2 UMNO pun keno bangkang jgk bendo2 zalim gini. 

So lagi, jange buat comparison dgn Australia. Ambo duk australia 4tahun doh Tan Sri. Duk bayar GST 10% selamo ni ambo relo sbb apo? Sbb australia ni bukan negaro Islam, ikut dio lah nk wat cukai pun. Ambo bayar atas dasar ambo kijo dale negaro dio, keno taat kpd pemerintah walau bukan Islam. Bezo dgn negaro Islam, tokleh kenakan cukai kpd org miskin. Terkecuali cukai tanah cukai kedai/perniagaan pendek kato cukai utk org kayo2 srupo Tan Sri je la buleh.!

Australia implement GST 10%, tgk fakta berkenaan Australia deh: pahtu baru pikir la nk wat comparison tuh.

Australia negaro paling tinggi menetapkan gaji minima iaitu sebanyak $15 per hour (gaji minima paling mahal di dunio).

Australia memberikan pendidikan percuma kpd citizen n PR. Sehingga ke peringkat PhD. 

Elaun PR n citizen sehingga $2000 sebulan 

Elaun anok2

Elaun jobless(penganggur) pun buleh pitih.!

Highway percuma tak terhitung byk dio. Highway berbayar pun paling mahal $6 jah

Freeway menghubung antara negeri ke negeri lain FREE! Rakyat bleh pilih ado 6 highway percuma kalu nk gi KL dari KB (contoh), kito? Jale rayo ado so jah. Masuk Karak keno tol puluh2 riyal. Bodo dok? 

Elaun org tuo

Pensioners xperlu risau masa tua terjamin

Kuli batok pun pakai Honda Type R, cleaner pakai skyline, postman pakai Audi

Malaysia? Cleaner jale kaki.! 

Public transport no.1 di dunio! Tram percuma (LRT percuma dlm bandaraya melbourne)

Train muroh

Flight muroh

Bus muroh

Harga kereta 10kali ganda lagi muroh berbanding Malaysia, even harga keto Proton pun muroh di Australia lagi. Tan Sri nok bahas isu proton dok? Mari ah. 

Tahap keselamatan dlm negaro no.1 di dunia. Malaysia? Ragut rogol rompak samun bunuh hari2 masuk tv.! Jenayah tinggi, lagi mau wat GST, org miskin makin miskin, perkadaran jenayah akan meningkat, logik la kalu pahni kes samun 100kes sehari. Sbb rakyat lapar la gilooo.!! Gaji sikit, beban banyok.! Ekonomi mcm tahik tp cukai kiri kanan keno.! Bodo la puok mung nih duk wat babi apo dale Parlimen eh? Pikir nasib rakyat ko pikir pitih poket puok mung jah?

Tan Sri, just one word from me. Honestly... 

BODO!

********************

Rakyat majority tak bodoh. Lalu, siapa yang bodoh?

Orang yang sibuk nak berbaik sangat dengan pemimpin yang bodoh itulah yang bodoh. 

10 comments:

  1. Menteri Umno yang dapat CGPA 3.85 pun bodoh, orang Umno yang tiada CGPA macam mana pula agaknya.

    ReplyDelete
  2. So we not going out on a limb in stating they're such a bigots !

    ReplyDelete
  3. Haa tu diyenye, ghege keghete dah moghah, haghi-haghi teman boleh le makan sup gearbox vios, satay sport rim mecedis dan crank shaft camry masak tige ghase atopun masak khurma, nak meghatah pun takde masalah. Idak le teghingin nak makan sadin dalam tin dan mee segeghe lagi dah wehhh, sebab yang tu mehey kene cukei GST, buat ghugi duit je...Kalo kome belanje sadin ato mee segeghe pun, idak le teman siyo.

    ReplyDelete
  4. Nak buat macam mana dah menteri dan bekas menteri kita peghangai macam tu...duit peruntukan untuk rakyat termiskin pun depa bulih tutuh (yang masuk jel KSU, Menteri dapat Tan Sri), setakat nak kelentong kita tentang kebaikan GST pejam mata pun depa bulih buat.....kalau tak pandai pemohong, tak tahu cakap putaq belit tak bulih la jadi pemimpin parti keris telanjang......

    ReplyDelete
  5. menate bodo, gilo dan sebagainya tu bahasa orang tak implimen agama dalam beragama. bukankah kelantan tu kerajaan pas/pakatan rakyat. yang tulis tu dah tentu kelahiran kelantan dan penyokong tegar pas. kenapa guna bahasa kasar untuk menyampaikan komen? rasanya lambang bulan putih tu tak nampak dua tanduk di bahagian atas. nak kena letak tanduk setan pulak ke lepas ni?

    ReplyDelete
  6. Iti bahasa yang sesuai untuk menteri menteri Umno yang rata-ratanya perangai macam iblis wal syaitan...sebenarnya amat mudah untuk mengenali syaitan-syaitan yang berbadankan manusia termasuk yang komen di atas untuk sokong syaitan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih nak menghalalkan kata2 yang salah. rasulullah tidak memaki hamun kafir yang membaling batu sampai baginda berdarah. itu rujukan dan panduan kepada umatnya bila berhadapan dgn perbalahan. dengan selamba saudara menyamakan kebanyakan menteri umno seperti iblis wal syaitan. masyaAllah, kenapa begitu buruk prasangka awak sampai menyamakan manusia lain seperti syaitan? saya perlukan awak serakan rujukan, kitab2 muktabar yang membolehkan seseorang Islam menghina orang Islam lain kerana berlainan ideologi politik. dalam perlembagaan pas, rasanya tidak terdapat arahan sebegitu...barangkali.

      Delete
    2. usin.. salam !

      Maafkan antara kami yang kesat bahasanya (maki hamun, kritis dalam penulisan). Akhlak tu ada yang belum setinggi ilmu di dada, kut ! Masih ada yang perlu perbaiki sahsiah sebelum dia bersiasah !

      Tu bukan mewakili kami PAS keseluruhannya ! Penyokong, ya ! Natijah & gaya bahasa sering tak seiring maksud tujuan asal. Lebih beremosi, yess ! Orang marah-marah ada masanya terlanjur kata. Sabar demer tu ada hadnya ! Tetap kita kena paham apa punca kenapa orang marah. Ambik isinya untuk tahu kebenaran.

      Ya.. banyak contoh sunnah @ dakwah Rasulullah s.a.w. yang kita semua BELUM mampu buat. PAS hanya tool untuk politik Islamiah tak perfect pun. Kita sendiri kena ikut ISLAM, buat apa Allah, Rasulullah suruh DAN tinggalkan apa yang dilarang....TAPI KITA ni dah ker ikut, akui amalan orang yang ikut Rasulullah s.a.w. ?

      TGNA antaranya begitu zuhud & tawaduk, banyak sunnah Nabi dia ada buat & mintak kita buat ... Ada tak kita suka peribadi dia, ilmu dia, akhlak dia, dan ikut apa dia buat baik ?

      Kalau semua kita ada AKAL yang sihat, ILMU asas Islam & IMAN, praktik rukun-rukun secara istiqamah & ikhlas & tahu sejarah tamadun Islam, kita akan paham semua kita perlu usahakan umat kita "kembali kepada Allah" !

      Jom kita buat apa yang patut untuk kesejahteraan umat kita UNTUk elak tak dapat jawab BILA disoal, dihisab nanti. Kut tak disoal, takde hisab, untung ler kite.

      Peace ! Don't pi$$ off ... rant over

      Delete
  7. Maaf nak mencelah.. Sebagai seorang warga Malaysia yang prihatin Dan berketurunan Jawa, saya sedih sangat tengok hidup rakyat Malaysia sekarang.. Sampai Mati pun hutang Tak langsai, kiri kanan kene cukai, depan belakang kene sondol jentolak... Senang kata Serba serbi Tak penah senang. Memang Kita nampak orang senang, kaya, rumah besar, taip Sebenarnya Tak menikmati hidup pun...
    Lagikan golongan berpendapatan sederhana, kerja untuk teruskan hidup.. Sambil dalam hati cakap, " aduhh... Hari2 makin teruk, duit pun makin kecik, kene cukai taip hari lagi... Aduh..."..
    Orang yang miskin pendapatan kurang RM50 sehari pulak macam Kai's pagi makan malam...
    APA kejadahnya cakap ekonomi makin baik macam ni? Apa kejadahnya nak buat Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi kalau g pasaraya bawak RM50 cuma dapat beras 10kg, 2kg gula, 2 kg tepung, garam, Dan 5 kg minyak je???
    Kalau macam ni, lupakan impian2 murni tu. Sebab kalau nak tengok, Indonesia yang paling dekat dengan Kita, gaji 5juta, 10juta!!!! Wahhhhh! Sangat tinggi gajinya pak oiiii.. Setiap bulan gaji juta2!! Hahahahahaha... Taip??? Fikir2kan lah...

    Apa rasanya jadi pemimpin atau ketua? Best... Sebab? Semua benda boleh arahkan orang buat untuk Kita.. Kita nak panjat ke pasaraya atau pasar basah utk beli barang keperluan hidup? Ahh, buat apa, orang gaji ada kan, stock barang makan pun orang lain hantar ke rumah kan?? Paling2 kalau nak g shopping sendiri pun, ke iSetan je la... Barang berkualiti.. ( tapi harga pttuihhh, mahal. Orang macam dia kata murah la..)..
    Yang Kita yang duit ceciput no, g la tesco, beli la barang yang Dah nak expired sebab dapat harga clearance, beli la ikan yang Dah berbau Dan lembik kat tesco, rendam la dengan air beras Dan air tepung bagai, goreng garing3... Hahhahahaha... Sedih Tak? Sape kene macam ni, confirm menitik air mata. Sapa Tak kene cakap la Kita kedekut, berkira, tak pandai memilih, Dan sebagainya.. Kepala Hotak Korang!!!!
    Orang macam kami ni tiap hari nak kene pikir bajet, nak kalau boleh dengan duit yang sikit, bolehlah beli barang kasi penuh peti a is untuk anak isteri.. Orang atas ada kene macam kami ke???
    Korang paham Tak, nilai RM makin Tak ada value? Paham Tak? Sehari untuk duit makan je Dah nak habis RM30 untuk satu family sederhana. Dah kalau gaji 3000 (kononnya gaji 3k ni Dah keluar Dari taraf miskin la), 1000 untuk makan, rumah Dan kenderaan RM1000 ( amik kira rumah sewa rm500 Dan keta nasional je. Sapot la barang buatan Malaysia?), minyak, anak2, entertainment, Mak ayah kat kampung? What is the value for that 3000 per month?? U all Tak rasa because Y? Expenses korang sehari pun Dah lebih Dari duit gaji orang kebanyakan yang keje separuh mampus selama sebulan..

    Lepas tu, syorkan orang Malaysia berniaga... Hahahahahahahahaha... Yang ni Dah malas Dah nak cakap, pikir atau sambungkan sendiri la benda ni ... Nak g pasaraya tesco, biasanya tengahari macam ni, sayur2 semalam dengan ikan2 semalam yang Dah lembik skit, dengan ayam yang Dah kaler pucat dikeluarkan.. Bawak RM15 je. Cukuplah boleh beli lauk utk 2 hari.. Kesian anak mintak ayam tadi. Isteri teringin ikan pulak, biasa ikan bilis goreng bercili jek.. Murah betul barang sekarang no, RM15 boleh dapat ikan, sayur, ayam... Hahaha... Bau ke, Dah rosak ke, Dah Tak fresh ke, Takper... Janji makan Tak mati sudahlah.. Yang sayur2 hijau Dan organik tu, biarla pemimpin yang makan, biar diorang dapat khasiat Dan sentiasa sihat.. Yang ikan2 Segar tu, biarlah pemimpin yang makan, diorang perlu lebih protein untuk memikirkan hala tuju negara dan kebajikan masyarakat.. Yang ayam2 Segar tu, takperlah.. Lagipun kurang2kanlah makan ayam, injek ubat Dan kolesterol pun tinggi..
    Raging fresh... Hemmm, raya haji nanti ada rezeki dapatla sekilo dua.. Sekarang ni beli je la daging kotak sebulan sekilo.. Yang tenderloin semua, biarlah pemimpin Dan atasan sana yang makan, biar diorang bertenaga Dan agresif buat kerja untuk Kita...

    Takpe.. Allah Maha Mengetahui Dan Maha Mendengar....

    ReplyDelete
  8. http://pemimpinrakyat.blogspot.com/2015/03/assalamualaikum-semua.html?m=1

    Sebab antaranya...mengapa Lim Guan Eng marahkan Hj Hadi...bukan pasal hudud....dan rakyat sedang pening dgn GST

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.