Pages

Thursday, 28 May 2015

FAIZ FADZIL TIDAK BOLEH DIAM LAGI

Dalam keadaan bahtera dilanda badai - dan di dalamnya ada jurumudi, jurutera, mandor, kelasi, si kembang cina dan lain-lain yang mula menyoal kebijaksanaan nakhoda, muncul seorang "budak" hensem. Begitu besar aura "budak" itu. Ke mana dia pergi, ramai yang berkumpul untuk mendengar apa bicaranya.

QUO VADIS FAIZ FADZIL?

Tak sangka! Rupanya "budak" hensem ni anak mantan nakhoda bahtera itu yang telah meninggal dunia. Kini dia bergandingan dengan anak-anak mantan nakhoda bahtera PAS yang lalu untuk meneruskan legasi Kepimpinan Ulama yang disenangi rakyat:

JOM KITA DENGAR APA KATA MEREKA

Antara "pujian" seorang anak terhadap sikap bapanya yang menarik ialah:


Mutiara Sejarah V

Almarhum fadzil Noor adalah seorang pemimpin yang penuh dengan kasih sayang sesama pimpinan dan kepada ahli. 

Ucapan akhir hayat beliau semasa muktamar 2002, beliau menyatakan yang beliau sedih untuk meninggalkan perwakilan dalam muktamar. 

Hubungan baik dan mesra sesama pemimpin dijalinkan dengan cara bermesyuarat di rumah dan tumpang bermalam di rumah. 

Di akhir hayat beliau, beliau mengajak saya menziarahi beberapa orang ahli biasa pas yang rapat dengan beliau sehingga mereka terkejut. Pakdin (pengawal anwar ibrahim) diajaknya naik kereta bersama. Pakdin sehingga sekarang tidak pernah putus menziarahi kami, begitu juga pakcik latif. Banyak lagi nama jika mahu disebut. 

Almarhum fadzil noor sering ketawa dengan ahli dan rakyat, tidak pernah melabel sesiapa dan memarahi mana- mana ahli atau pemimpin yang mengkritik beliau. Memandangkan begitu banyak strategi politik yang dicaturnya, sudah pasti beliau dikritik selalu sepanjang menjadi presiden. Segala kritikan dijawab dengan hujah yang mematikan kritikan.

~Faiz Fadzil~27 Mei 2015

Seorang anak sudah tentu akan memuji bapanya. Masakan anak memfitnah bapa sendiri (ISMA)?:

KINI DAH KENA TIPU, MACAM MANA?

Pilihlah pemimpin yang cerdik dengan hati yang celik.

#PAS FOR ALL

Nota: Link Facebook Muhammad Faiz Fadzil ada di atas.

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.