Pages

Saturday, 16 May 2015

TEKNIK "OVERKILL" MENGAPA HAJI HADI TIDAK BOLEH DICABAR!

Okay. Hujung minggu ini Yong perturunkan pandangan seorang Facebooker yang menulis hujahnya mengapa Haji Hadi tak boleh dicabar sebagai Presiden PAS.

Baca dan nilaikan. Dilarang gelak!

16 hrs · Edited · 

USTAZ MURSYID; TARAF YANG TIDAK BOLEH DICABAR

Dalam ilmu harakah Islamiyyah (HI) , terdapat susunan dan tertib anggota HI yang diambil kira dalam perlantikan kepimpinan tertinggi. Taraf yang tertinggi dalam HI yang hanya boleh memimpin peringkat tertinggi ialah Al-Rukun, Du'at dan Ustaz Mursyid. Hanya Ustaz Mursyid yang sewajibnya memegang amanah Amir atau Ra'is Al-Hizb atau Khalifah. Untuk lahir sebagai Ustaz Mursyid atau sesetengah ulama seperti Syeikh Said Hawwa menamakannya dengan Wali Mursyid, mestilah pandangan dan gerak kerjanya diterima diperingkat dunia dan dia turut memimpin HI diperingkat dunia. 

Dari sudut amalan dan rohani pula, dia telah mencapai tahap Mukmin Muttaqin yang tidak melakukan dosa dengan sengaja. Ternyata muwasofat ini ada pada Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang memimpin PAS sebagai HI di Malaysia ketika ini. Dengan itu, mengikut disiplin HI iaitu berdasarkan sunnah pemilihan Khalifah, maka tiada siapa yang boleh mencabarnya selagimana dia tidak berhasrat meletakkan jawatan dan dia juga tidak berbuat maksiat kepada Allah. 

PAS tidak sama dengan parti politik lain yang bebas mempertandingkan Ketua parti dengan alasan demokrasi dan hak yang dibenarkan oleh perlembagaan. Rujukan dalam pemilihan Presiden PAS ialah sistem Syura dan Nizham ikhtiar Al-Khalifah, bukannya mengikut perlembagaan parti semata-mata. Maka rujukan perlantikan khalifah selepas Rasulullah SAW adalah merupakan disiplin pemilihan kepimpinan HI dari dahulu sehinggalah ke hari ini. Oleh itu, saya berpandangan, pencabar jawatan Presiden PAS untuk Muktamar PAS Pusat Jun ini masih boleh membuat keputusan berdasarkan Fiqh Al-Manshib atau fekah mengurus jawatan dalam HI untuk tidak bertanding kerusi Presiden PAS dan peluang menarik diri masih terbuka dihadapan sehingga 19 Mei 2015 ini. Adapun untuk jawatan selain Presiden ianya terbuka kepada calon-calon yang dicadangkan oleh kawasan-kawasan dan mereka mempunyai kelayakan, Fastabiqul Khairat!

~Asri ed-Diwanie
26 Rejab 1436/15 Mei 2015

Apa kata Hassan Ali tentang Haji Hadi (Video)


SIAPA KATA UG TIDAK PERNAH WUJUD?

16 comments:

  1. A'kum Yong

    Hahaa..hah...maaf Yong bukan nak gelak tapi tergelak!

    ReplyDelete
  2. Assalam Yong,


    Macam Syiahlah pulak.... Hadui letih dengan puak2 walaun nih..

    ReplyDelete
  3. jgn samakan puak ulama pas dgn syiah. syiah hanya mengangkat keturunan Rasulullah saw sahaja sbg imam.

    dikalangan syiah, keturunan Rasulullah saw memakai serban berwarna hitam, manakala orang awam mengenakan serban putih.

    Ayatollah Khomeini dan Ali Khameini pakai serban hitam. Ketua syiah Iraq, al-Sistani pun mengenakan serban hitam. Ketua Hezbollah pakai serban hitam.

    "Sesungguhnya aku tinggalkan buat kamu 2 perkara yang kamu tidak akan sesat buat selamanya selagi kamu mengikut keduanya. Keduanya adalah kitab Allah dan Ahlul Baitku. Dari itu, jangan kamu mendahului keduanya kerana kamu akan binasa. Dan jangan kamu memperkecilkan keduanya kerana kamu akan binasa. Dan jangan kamu mengajar mereka kerana mereka lebih mengetahui dari kamu"

    (Rujuk: As-Sawa`iqul Muhriqah: Hal. 230, Majma`uz Zawaid: 9/163, Yanabi`ul Mawaddah: Hal 41 & 355, Ad-Durul Mantsur: 2/60, Kanzul Ummal: Bil Hadits. 958 dan Usudul Ghabah: 3/137)

    "Sesungguhnya perumpamaan Ahlul Baitku disisi kamu laksana bahtera Nuh a.s. Barangsiapa yang menaikinya akan selamat dan siapa yang meninggalkannya akan musnah / tenggelam"

    (Rujuk: As-Sawa`iqul Muhriqah: Hal. ***, Mustadrak: 3/151, Nuzm Durar Simthain: Hal. 235, Yanabi`ul Mawaddah: Hal 30 & 370, Is`afur Raghibin: Hal. 109, Al-Mu`jam As-Saghir: 1/139, Majama`uz Zawaid: 9/168, Nurul Absar: Hal. 104, Kunuzul Haqaiq: Al-Manawi. Hal 119 dan Ihqaqul Haq: At-Tasturi 9/270-293.)

    kalau tak pernah pegang buku mengenai syiah tulisan syiah, jgnlah komen. tak pasal2 jadi fitnah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulamak pas pun x hingin disamakan dgn puak syiah..

      Delete
    2. Mr .. lu one of them S*** ? whatever.

      Ahlul Bait tu termasuk ISTERI NABI si Aisyah ra. anak Abu Bakaw as-Siddiq... yang mana dimaki hamun difitnah oleh pemimpin S*** sejak zaman-berzaman !

      Betul sangat ker macam tu? Just a food of thought !

      Delete
  4. Salam yong
    Hahaha,gelak besor teman..pandei mikerr buat lawak yong..ape2 pn wala un

    ReplyDelete
  5. tunggu...Next step..depa cium kaki la....#sesat di dlm taat..!!!

    ReplyDelete
  6. Yg membuat fahaman ajaran sesat ni kebanyakkan siapa agaknya... buleh fikir sendiri lah... terlebih minum air basuh kaki kot...

    ReplyDelete
  7. Kami golongan MAJORITI mmg tetap menyokong TGHH walau sape2 pun nak cabar beliau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Undi TGHH makna undi Umno
      Undi Umno makna undi Apco Yahudi rm76juta setahun
      Undi Apco makna undi GST idea upco Yahudi !
      Undi TGHH makna undi melayu mundur kebelajang 80tahun!

      Delete
    2. Ahli PAS otak blues macam UMNO.

      Delete
  8. Assalamualaikum

    Jika begitu, elok bebeno jika perlembagaan parti dituko, jawatan presiden jangan ada sapa yg gatal nak tanding. Buatlah pindaan perlembagaan itu terlebih dahulu dan selepas itu penyandang presiden tentu senang hati jawatan itu melekat sampailah ke akhir hayatnya.

    Video tu nampak beno ghoper oghang frust tak dapat dilantik jadi MB Selangor dulu, maka dicanang pulak fitnah yg direka-reka.

    ReplyDelete
  9. hehe....kalu tak rujuk kitab berjela pon....
    budak pasti pon tau yg kalu ulamak mursyid panggil ahli jemaah barua broker.....blakangkan keputusan muktamar...buat keputusan tak bincang ngan saf pimpinan jemaah...
    cer pi buat survey kat Pasti....pe kate bebudak situ.n..

    ReplyDelete
  10. Brp kali aku nk ckp da.. kalau bodoh kita kata bangang.. kalau khianat kita kata barua lah.. x de salah apa2.. pasma pun boleh pakai perkataan nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Wan.

      By the same token...same analogy...BOLEH@ HARUS kan kita sokong the other side? Apa masalahnya? bila ada orang tak suka TGHA, ulamak, ustaz yang buruk akhlak, menipu, kerja tak bagus mana, cakap tak serupa bikin, lemah kepimpinan ??

      Kalau dah TGHA yang mulia tu pandai mer"barua"kan ! menuduh orang & eventually orang lain pulak membaruakan dia? OK apa ? Jjust take it easy la kan? Take it on your chin, lah !!

      No no ...salah tetap salah. Kalau macam tu, rosak ! TGHA sapa pun ulamak kena tahu when it's time dia kena turun secara terhormat @ back off. Salah dia dah ketara ...

      Jangan malukan institusi ulamak sebab 2,3 kerat yang tak tahu malu nakkan jawatan.

      PAS terhalang kemenangan @ kemajuan antara sebabnya adalah buruknya perangai ulamak & penyokongnya !

      Don't start calling names with me... don't u dare ! hehe

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.