Pages

Friday, 26 June 2015

HIKAYAT SEKAWAN KAMBING

Sekawan kambing telah diasingkan pada 4-6 Jun 2015

Tujuan diasingkan ialah ialah untuk mensucikan kandang dari pencemaran unsur-unsur sekular. 

UTUSAN

Kambing-kambing yang diasingkan menggelar diri mereka G18 nekad mahu keluar dari kandang

MASUK WATAK PENYELAMAT

Tidak semena-mena, hari ini sesusuk tokoh yang berada di luar kandang menyapa.

Begini bunyinya sapaan itu:



Tokoh yang mendapat kemasyhuran dari sejarah "Guthrie Dawn Raid" di London pada tahun 1981 itu mendakwa punca kemelut di Selangor adalah kerana:

"Greed, insensitivity and lack of magnanimity all are ingredients for deep distrust, non-cooperation and finally a fallout. Sadly in the end, the rakyat are the biggest losers,” (bernama.com).

Terjemahannya:

"Sikap tamak, tidak sensitif dan kurang keluhuran adalah semuanya bahan untuk menimbulkan rasa tidak percaya yang mendalam, tiada kerjasama dan akhirnya membawa kejatuhan. Malangnya pada akhirnya, rakyat yang rugi besar."

Macam pernah dengar ayat-ayat itu.

Ya. Itulah ayat-ayat yang biasa kita baca dalam buku teks pengurusan perniagaan yang ditulis oleh konsultant yang ironisnya rata-rata berfahaman sekular.

Tiada masalah dengan ayat-ayat itu. Khususnya jika Selangor sebuah syarikat.

Cuma...cuma...

Selangor bukan sebuah syarikat. CEO dan Board of Directorsnya bukan dilantik oleh syarikat tetapi dipilih oleh rakyat. Pada PRU13 rakyat memilih Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP.

Khalid Ibrahim bukan Menteri Besar pilihan DAP; bagaimana dia hendak mengaplikasi teknik "Guthrie Dawn Raid" untuk mengambil alih Kerajaan Selangor dari Azmin Ali? Khalid Ibrahim juga bukan Menteri Besar pilihan PKR dan dua orang ADUN PAS yang telah dimunafikkan oleh Norazli Musa (sila baca di sini).

MASUK WATAK WALI

Sebab itulah Haron Din membuat kenyataan "nasihat" bagi membantu Khalid Ibrahim mencapai tujuan yang sukar ini. (my.malaysiakini.com).


Haron Din menasihati kumpulan G-18 itu supaya tidak meninggalkan PAS atau mereka akhirnya akan dilupakan melalui analogi sekawan kambing:

"Sekumpulan kambing akan menjadi lebih selamat apabila mereka bersama, tetapi kambing yang memilih untuk bersendirian berdepan risiko diterkam serigala." 

Memandangkan DAP sudah pasti tidak akan berbaik semula dengan PAS, maka pastinya tidak menerima Khalid Ibrahim kembali. Begitu juga 2 orang ADUN yang telah dibaruakan dan dimunafikkan. Jadi, formula pengambilalihan apa yang akan digunakan? 

Formula ini kah?


Khalid Ibrahim "lupa" sebut, bahawa yang tamak, tidak sensitif dan kurang keluhuran itu ialah UMNO/BN.

AKIBAT TERLEBIH YAKIN

Mursyidul Am PAS lupa usia golongan G18 dalam dunia politik jauh lebih lama dari Nasrudin Hassan, Nik Abduh, Zaharuddin Muhammad, Zuhdi Marzuki, Razman Zakaria, Ali Akbar atau Mursyidul Am sendiri.  Perbezaan hayat perjuangan semakin ketara jika dibandingkan dengan budak-budak "tidak sekular," berjanggut memakai serban/ketayap yang menggantikan "Allahuakbar" menjadi "Boooooo!" dalam dua Muktamar PAS yang lepas.

Kalaulah kita pinjam analogi sekawan kambing Haron Din, merekalah kambing-kambing terpilih yang akan ditinggalkan, dan merekalah yang kurang pengalaman hidup untuk menguruskan sendiri kandang mereka tanpa kepakaran yang dimiliki golongan professional. Merekalah yang akan terkepung dalam kurungan yang mereka bina sendiri bersama-sama serigala yang memakai bulu kambing.

Siapakah agaknya yang akan dibaham oleh serigala?

********************

Bagaimana kalau analogi begini?:


ANGGAPLAH DI BELAKANGMU ITU SEBUAH PENGALAMAN.




14 comments:

  1. Assalamualaikum Yong

    Kambing jika keluar dari kandang belum tentu lagi dibaham serigala malahan dapat pula makan daunan segar, tetapi yang masih kekal dalam kandang itulah pastinya akan dibuat masak kurma untuk kenduri, termasuklah siku dan lututnya.

    ReplyDelete
  2. Inalilahiwailaihirajiun

    Saya ucapkan kpd jing islang yang telah ranapkan pas dgn botol mineral jampinya dan mimpi mimpi indah jumpa jing betina bertopengkan nabi s.a.w

    ReplyDelete
  3. Anologi Harun Din sekawan kambing. Sebenarnya sekawan kambing ini bukan nya anak kambing tetapi anak@ harimau yang di bela / dididek oleh perkumpulan kambing. Mereka dah matang dan tidak mau lagi makan rumput seperti yang diarahkan. Perkumpulan dah merasa diri mereka dalam bahaya. Asingkan mereka. mereka ini bukan nya Goat 18 tetapi Giant 18.

    ReplyDelete
  4. Salam Yong,

    Dalam banyak-banyak binatang, kambing yang dijadikan metafora. Pilih le cerita tentang sekumpulan KALDAI dan KUDA-KUDA perkasa di dalam sebuah kandang yang kian berkembang. Pada mulanya kedua-dua haiwan ini hidup harmoni dan saling bantu membantu sehinggalah syaitan membisikkan rasa resah gelisah di dalam hati-hati kaldai............bisik syaitan...

    ".......lihatlah akan ketangkasan serta gaya "elegance" kuda-kuda itu...semua binatang-binatang lain mengkagumi mereka. Jika dibiarkan kamu akan kehilangan significance dalam kumpulan ini...."

    Seperti biasa syaitan sentiasa menang lalu rancangan menyingkirkan kuda-kuda ini pun diatur dengan teliti selama beberapa tahun dengan berbagai taktik kotor seperti mencanangkan bahawa kuda-kuda tersebut berfahaman syiah, berfikiran sekular dan ingin merampas kuasa dari Ketua Kaldai. Ada juga kaldai yang mengatakan bahawa kuda-kuda ini adalah JEBON. Seekor kaldai bengap yang sakit hati kerana ditendang keluar dari kandang sebelum ini mengatakan bahawa kuda-kuda ini membawa parasit....kah kah kah....

    Akhirnya dengan bantuan binatang-binatang buas di luar kandang, yang amat bimbang kuda-kuda ini akan memacu kejayaan yang lebih besar dalam perlumbaan yang akan datang, maka kuda-kuda tersebut berjaya disingkirkan dari kandang.

    Bersorak sakanlah para kaldai (sesetengah orang memanggilnya BAGHAL) dan bergembiralah binatang-binatang liar yang memang takut kehilangan kuasa. Namun kegembiraan Baghal yang rata-rata menyimpan janggut dan berbelit kepala untuk menampakkan KEALIMAN mereka tidak bertahan lama......Sebaik-baik saja dikeluarkan kandang, kuda-kuda tangkas ini mula berlari kencang dan disedari binatang-binatang lain terus mengkagumi mereka. Pasukan kaldai ini yang bergantung besar kepada ketangkasan kuda-kuda untuk memenangi perlumbaan selama ini mula menyedari tanpa pertolongan kuda mereka pasti tewas teruk dalam perlumbaan akan datang. Mulanya Ketua Besar kaldai bersuara,..."...jangan pergi jauh atau meninggalkan kami kerana kamu akan dilupakan..." Kemudian ketua-ketua kaldai lain memujuk pula supaya kuda-kuda tidak menubuhkan pasukan sendiri untuk menyertai perlumbaan........ Mereka merayu supaya kuda-kuda ini terus membantu baghal-baghal memenangi pertandingan......

    Akhirnya seekor KELDAI tua yang juga bertindak sebagai syaman kepada kumpulan keldai ini bersabda kepada kuda-kuda........

    ".....kamu adalah sekumpulan kambing-kambing yang terpencil...jangan pergi jauh dari kami, nanti kamu dibaham SERIGALA..."

    Semua binatang di atas planet EARTH ketawa tergolek-golek mendengar kata-kata Kedai Syaman. BANGANG!!!

    ReplyDelete
  5. Wahai asrul sani ingatlah bahawa malaikat dikiri-kanan mu sedang catat apa yang kamu buat.sesungguhnya dibulan ini banyakkan amal ibadat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana menegur saya. Biarlah Allah yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah. Kita makhluk kerdil ni tak perlu mudah sangat nak jatuh hukum ke atas insan lain seolah-olah kita sahaja sentiasa berada di pihak yang benar. Apa orang lain cakap semuanya salah..... Saya bukan pemimpin , cuma pengikut. Tugas saya menegur apa yang saya rasakan salah.

      Delete
  6. Petikan dr al-Husseyn:
    " Adakah patut depa bakar banner program malam ini (Program Perjuangan Baru Bermula). Pengerusi masjid tu marah kerana dipercayai puak konservatif telah membakar sepanduk mengiklankan program di Restoran Terapung Mukmin dan sebagai tindak balasnya, beliau telah membatalkan program Tuan Ibrahim Tuan Man di Masjid itu dan gantikan dengan DS Nizar !

    dah jadi mcm umno. bakar banner org!

    nak keluarkan puak sekular dr dlm pas? tp geng ostad buat solat hajat utk kekalkan khalid sbg mb. khlaid tu dilapor suka lewat solat.

    ReplyDelete
  7. cerita sekor kambing yg keluar dari jemaah tu memang sesuai di jadikan kiasan bagi lebai2 yg berjanggut tapi perangai mcm kambing2 yg rasakan diri mere ka betul tapi tak perasan dan rasa malu yg buah zakar mereka yg tak berseluar spender tu di tayang2kan kat umum

    ReplyDelete
  8. kambing mambing, pas dulu ok tapi yang sekarang ni terlampau banyak tanduk,depan,belakang,kiri kanan semua dia tanduk bila semua dah di tanduk maka jatuhlah dia terduduk.

    ReplyDelete
  9. Assalam yong. Sy sama sekali tidak setuju dgn TGHD yg menggunakan analogi kambing.. sebenarnya yg paling sesuai ialah lembu yg mudah ditarik hidung oleh dap.. KIPiDAP.!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAP? bukan ke PKR yang banyak merencanakan dan DAP ikut saja? PAS tidak mahu ikut telunjuk PKR walaupun dalam mesyuarat bersetuju.. Oleh itu DAP sanggup ikut telunjuk PKR tapi PAS tak sanggup. Sekarang nie yang peliknya PKR lah yang dipuja2 oleh PAS.. DAP tidak setuju dengan Hudud termasuklah PKR, MCA, Gerakan UMNO dan yang sewaktu dengan nya.. Heran sungguh Encik Wan Rosli nie lupa agaknya..

      Delete
  10. Salam yong.. kenapa tak siar komen saya.. kutuk ulamak dibolehkan yea.. asal jgn kutuk org yg kutuk ulamak..kan..?

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.