Pages

Sunday, 21 June 2015

ORKIM HARMONY MEMBAWA BERAPA BANYAK BOT PENYELAMAT? (BERGAMBAR)

Alhamdulillah!

Semua anak kapal selamat dan dapat kembali ke pangkuan keluarga.

Tahniah TLDM!

NAMA ASAL - PELABUHAN TIDAK DISEBUT (NEW STRAITS TIME) 

Kapal Orkim Harmony yang diubah nama menjadi Kim Harmon telah selamat berlabuh di Pelabuhan Kuantan, Pahang. 

KAPAL DITUKAR NAMA (UTUSAN, 18 JUN 2015 4:17 PM)

Nampak tak benda warna oren tersangkut di buritan (stern) dan kiri (port side) kapal itu? Itulah dia bot penyelamat. Jelas nampak ada 2 buah. Satu besar dan bertutup, satu kecil. Warna oren untuk memudahkan detection oleh radar bagi tujuan SAR. Malam gelap gelita pun boleh detect juga.

Dalam gambar di bawah ini tak nampak ada lagi bot penyelamat selain yang tersangkut di buritan dan kiri kapal (terlindung).

KAPAL DALAM PELAYARAN (TWITTER LAKSAMANA TAN SRI ABDUL AZIZ HJ JAAFAR, PANGLIMA TENTERA LAUT)

Gambar berikut diterbitkan oleh portal berita Indonesia pada 19 Jun 2015. Portal berita itu memuatkan episod kejayaan TLDM merampas kembali kapal Orkim Harmony dari tangan  lanun yang telah melarikan diri. Jelas 2 bot penyelamat masih tersangkut di tempat masing-masing (Mungkin gambar ini sebelum lanun melarikannya):

KAPAL YANG MASIH ADA 2 BOT PENYELAMAT (GLOBALINDO)

Portal Astro Awani pula menyiarkan gambar bot penyelamat yang telah dicat bahagian tanda Orkim Harmony demi mengelakkan dikesan penguasa Malaysia:

GAMBAR BOT PENYELAMAT YANG DICAT HITAM PADA NAMA ORKIM HARMONY (ASTRO AWANI)

Kelihatannya bot dalam gambar alibi itu seperti bot penyelamat yang sama yang tersangkut pada kapal Orkim Harmony sebelum ini:

INIKAH BOT PENYELAMAT YANG DILARIKAN LANUN? 

Bodohlah lanun-lanun itu lari dengan menggunakan bot penyelamat yang kelajuannya 5 knots (kata Blogger C++), yang boleh menjadikan mereka disyaki. Bukankah mereka datang dengan bot juga ketika merampas kapal itu? Kenapa tak guna bot mereka sendiri serta mudah menyamar sebagai nelayan? Kemana perginya bot sang lanun?

Ada sesuatu yang berbau ikan! (Terjemahan: something fishy about this).

Oleh kerana Zahid Hamidi sudah berbunyi, Yong sokong Kementerian Dalam Negeri siasat dengan teliti siapa dalang di sebalik episod hijack ini:


ZAHID JANGAN CAKAP SAJA (KOSMOS)

Adakah wujud pihak ketiga menolong lanun-lanun tersebut melarikan diri?

Yong tanya jer.

Takkan tanya pun tak boleh?

Kenapa Yong kata something fishy? Huh? 

Jangan lupa, sebelum ini pada awal bulan ini, 7,100 kapal tangki minyak DWT, Orkim Victory membawa diesel dimuatkan dari Petronas telah dirampas pada 4 Jun di kawasan yang sama dan di laluan yang sama.

The Orkim Victory kemudiannya dilepaskan oleh perampas setelah kira-kira 770 tan metrik (6,000 tong) kargo disalurkan keluar (channelnewsasia.com).

LANUN KANTOI BERKAKI AYAM JER? (MSTAR)

Kerana itulah Zahid Hamidi wajib menyiasat kejadian ini dengan mendalam dan berintegriti. Jangan ketepikan kemungkinan adanya penglibatan "orang dalam" sebagai dalang seperti yang disebutnya itu. 

Percayalah! Orang dalam yang menjadi dalang itu bukan tukang masak kapal Orkim Harmony tersebut. Hahaha.





8 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Hahaha... Gua terlepas pandang la bot kecik yang satu lagi tue... Tapi bot tue rasanyer tak mampu meredah ombak sejauh itu dan mengelak dari "perimeter recon" oleh PASKAL yang sentiasa menggunakan NIGHT VISION GOGGLE .... Malah helikopter milik TLDM dan APMM juga dilengkapi dengan NVG nih...

    Anyway.... ader satu lagi benda yang lagi fishy.... Nantikan pendedahannya.... Hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Entahle. Tapi yang jelas katanya demer sampai di Vietnam dengan bot kecik itu.demer merdah laut SCS di malam buta. Mujur tak dijumpai jerung on the way. Wakaka.

      Delete
  2. Lanun tu salah hijek kalap bawa Ron95. Kalau disel dah lama laku kerana semua kapal2 guna disel.

    ReplyDelete
  3. Dengag kata, lanun tu mati-mati kata kapai tu bawak minyak senyonyong @ minyak pengasih @ minyak dagu. Lepas samun tup tup tup drebar kapai kata bawak petrol..wooo salah kapai lagi, sebabtu lanun terjun. Kelasi nampak, depa tauk bot penyelamat. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Si Delima Merah

      Wah! Boleh buat drama bersiri ni.

      Kesian kat krew. Tak pasai2 saudara mara tensyen.

      Delete
  4. Iskh iskh iskh... berita lanun (cap ayam ..entah ye ada ker tak atau cuma smokescreen aje?) di Johor ni dah menjauhkan kita daripada berfikir yang LANUN bertauliah (white collar criminal) di darat JAUH lebih ganas & kaut habih licin khazanah negara kita. "Berbililion" gua cakap lu !

    ho ho ho

    Demer tu "RON-bin-Hoot" le kot ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Kat Malaysia ni ada menteri cap ayam.

      Takkan lanun pun cap ayam?

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.