Pages

Tuesday, 28 July 2015

APEKEHE DEMER RAMEI-RAMEI BERKUMPUL DI IPOH NI? (GAMBAR)

Ini cerita seorang pemimpin Muslimah kawasan, pre Muktamar PAS ke 61:

Satu hari dia anjurkan ceramah di kawasannya. Penceramah utama ialah Nizar Jamaluddin.

Dia berdiri di belakang hadirin saja kerana hendak memudahkannya menyelia hal-hal dapur. Seorang ustaz berdiri di sebelahnya.

Ketika Nizar berucap, ustaz itu tidak berhenti-henti bersungut macam tak gemor jer. Perkataan "menyampah" disebut berulang kali. Akhirnya Muslimah itu tak tahan mendengarnya:

"Ustaz, kalau tak suka dengor, balikle.' Tegur Muslimah itu.

Ustaz itu tersipu-sipu, tapi masih tercegat di situ. Sebab apa? Sebab dia tengah cari bukti Nizar maki- hamun ulama.

Memang takde maki hamun pun.

Nizar kalah dalam pemilihan jawatan YDP Kawasannya.

Di kawasan Muslimah berkenaan, dia menang sebagai Timbalan Ketua Muslimah, sebab takde konsep "Cai" diamalkan di situ. Yang ada hanya salah guna hadis Nabi oleh YDP-nya, mengenai perbuatan Abu Dzar memohon jawatan pemimpin.

Ini pula gambor malam kelmarin di Manjoi, Perak. Jangan mengkomer tak tahu pulak. Yang berucap dalam gambor pertama tu ulama.

Biorle gambor berbicara:














Kredit gambar Dato Tarmizi Mohd Jam.

Entah kenapa diorang yang ramai-ramai ni tak terkesan dengan solat hajat "Selamatkan PAS" malam sebelum itu di Lenggong.

Agaknya tak walak kepada PJ Ex-Kastam yang "begitu lama" berjuang dalam PAS, mengatasi Ustaz Ahmad Awang dan Nizar Jamaluddin.

Geng pro-Hadi janganle nak marah dan ugut bagai. Mengkomer yang halau dengan tuduhan kononnya demer ni sekular. 

SIAPA YANG LANGGAR BAI'AH?

Mengkomer dah halau demer pergi, apekehe ugut dengan bai'ah pulok?

Terus terang Yong kaborkan di sini: Kalau mengkomer masih setia setelah kena label Erdogen, Anwarinas, barua, broker, jebon, tolol, anjing, wali DAP, etc, Yong anggap mengkomer bukan hormat ulama, tapi mengkomer muka tembok.

Cuma tembok saja yang sanggup kena pijak-pijak.



2 comments:

  1. Salam :
    Bila yong citer pasal ustaz sedang tunggu ir.nizar maki hamun,teringat,saya hari itu balik kg den di ampangan seremban, sempat dongar ceramah GHB, ado jugak ustaz ambil gambar,rupo-ruponya dia ambil angle yg jauh, maso ceramah GHB di sikamat katonya orang tak ramai...Takpolah 500-600orng kiro okayla tu!! maso geng dio buek ceramah dulu tak sampai 15 orang.sekurang-kurangnya yg dongar ceramah GHB tak diangkut dgn Bus.Di N9 umno pokat.lopehh ni pas jadi hamPehhh di N9.

    ReplyDelete
  2. eh yong komer jagn menghine ulamak teman ni,meke ni silap aje ,meke ingat buang sekule Pas jadi kuat ,rupanya bila buang sekule yang tinge ulamak ule,hadi dengan haron menagis apa kene Mat sabu ketawe.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.