Pages

Wednesday, 22 July 2015

BUAT TUAN IBRAHIM - SAKITNYA TUH DI SINI!

Mulanya Yong taknak ambik pot lagi apa Tuan Ibrahim nak tulis di Facebooknya. Tetapi setelah Sinar Harian memberinya publisiti sebelah pihak, rasanya tulisan Tuan Ibrahim wajar menerima maklum balas dari pihak yang dituduh.

MADAH TUAN IBRAHIM

Mula-mula kita baca respons seorang yang menggelarkan dirinya MADAH PUJANGGA: 

Secebis ingatan buat TITM dan PAS yang semakin jauh meninggalkan perjuangan dan akhlak Islam.

Kpd: Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS 
Dpd: Madah Pujangga 

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB. Kerana merekalah lah PAS dikenali umum.

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB. Kerana pada merekalah ahli-ahli parti melihat contoh golongan yg ditarbiyah berkorban dan memahami perjuangan Islam.

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB ini, kerana merekalah inilah PAS diberi sokongan bila bertanding dan memenangi di kerusi-kerusi yg PAS tidak pernah menangi.

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB kerana ramai di antara mereka yg banyak berkorban masuk keluar penjara sedangkan golongan ustaz hanya bersilat dipentas ceramah dan menjual air liur serta menikmati elaun, gaji dan pencen.

Jangan melampau menghina tokoh GHB ini kerana bukanlah hak kepimpinan ulama mempersoalkan keikhlasan berjuang dan golongan ulama sendiri belum pernah diuji seperti yg telah mereka lalui

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB ini, kerana ukhuwwah dan akhlak Islam tidak mengizinkan kita mencaci, mencerca dan memfitnah mereka kerana kita tidak tahu siapa lebih mulia di sisi Allah.

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB ini hanya semata-mata kamu sudah tidak berkenan kepada mereka.

Namun gunalah gaji, elaun dan pencenmu. Semoga setiap kali kamu menerimanya, kamu akan ingat bahawa tokoh - tokoh GHB ini sama - sama menyumbang hasil jerik perit untuk menolong PAS sebelum ini tetapi kini kamu mengelabah dgn kekuatan mereka. Ada di antara mereka telah berada di medan perjuangan ketika sebahagian pemimpin PAS masih di sekolah lagi.

Jangan melampau membenci tokoh - tokoh GHB ini, kerana rakyat sedang menilai bagaimana sikap, akhlak dan keterbukaan serta kematangan kita, dan bagaimana kesudahan hidup kita di dunia ini.

Senyum melihat gelagat manusia. Hebatnya pengajaran Ilahi. Jangan lupa hisab diri sendiri.

********************

Siapakah yang meninggalkan perjuangan Islam? Siapakah yang dimaksudkan oleh Khairuddin At-Takiri?


Sudah tentu dia tujukan tulisannya buat tokoh-tokoh GHB. Tetapi, baca konteks ayat mengenai anjing di dalam al Quran (Surah al-A'raf: ayat 175-176) dan huraian Ustaz Dr Asri: (baca di sini)

AYAT INI AMARAN BUAT ULAMA 

Jika tujuan Mohd Khairuddin At-Takiri ingin memalukan/menghina tokoh-tokoh GHB, termasuk Ustaz Ahmad Awang, dia sebenarnya hanya berjaya meludah ke langit. Ini kerana kita tahu siapa yang Allah (SWT) ibaratkan seperti anjing. Yang pasti bukan orang awam.

Begitulah rupa akhlak pemimpin PAS sekarang. 

Biar Yong paparkan semula apa yang telah Yong tulis sebelum ini:

Umum yang peka kepada senario politik tahu, berbulan-bulan sebelum Muktamar ke 61, kumpulan pemimpin yang kemudiannya membentuk G18 dilabel dengan berbagai gelaran yang jelek termasuk jebon, munafik haraki, macai-DAP, geng liberal dan sebagainya selain Erdogan dan Anwarinas. Di kawasan dan di cawangan, di dalam surau, di kedai kopi, dan dalam media sosial mereka dicaci, disindir dan dimaki. Malah ada yang menggunakan Hadis dan ayat Quran. Selain itu facebook hantu tumbuh dan dibaja dengan berbagai-bagai fitnah yang manusia biasa tidak dapat terfikirkannya.

Kononnya mereka mahu menjatuhkan presiden dari luar kotak undi.

Malahan sampai dijaja, golongan ini adalah pemimpin pilihan DAP.

"Bukti" yang kononnya wujud, bagi menyokong tuduhan-tuduhan tersebut tidak pernah ditunjukkan. Yang dituduh tidak pernah dibicarakan, tetapi telah dihukum. Presiden pula diam membisu. (Baca di sini)

Selepas menang buat sajalah kerja. Jangan melalut lagi tentang kumpulan yang telah kamu kalahkan dalam pemilihan kepimpinan parti politik paling kotor di Malaysia. 

Jika tokoh-tokoh ini telah bersalah kerana menubuhkan GHB, bicarakan mereka dan ambillah tindakan yang sesuai. 

Jika ahli PAS mahu bersama dengan pemimpin yang telah kamu malukan dan hinakan sebelum Muktamar 61 sehingga ke Muktamar ke 61, itu hak mereka. 

Jika mahu pecat, maka pecatlah.

Yong cabar Sinar Harian siarkan respon penulis "MADAH PUJANGGA" jika ia akhbar yang mengamalkan konsep "Press Freedom."

SAKITNYA TUH DI SINI, BIAR KAMI MERAWATNYA SENDIRI.




20 comments:

  1. Yong amat bijak...pakar spin... teruskan teruskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spin macam mana pulak tu? Tak betul ke apa yang Yong tulis tu? Bahagian mana yang tak betul? Mohon pencerahan.

      Delete
    2. ahmad bakar, satu ayat saje....pakar spin. Apa yg di spinkan Yong? Berhujah lah x kan main tembak 1 peluru pastu lari. Tak rugged lah mcm tu. Mcm belia je...

      Delete
    3. Salam Li'l Abner

      Agaknya masih remaja kot? Biarkan dia.

      Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya.

      Delete
  2. Yong

    Ana spt rasakan TITM ni kurang ilmu akhirat... Kurang didikan agama...

    Begitu juga tok guru ayoh Ping Marang yg dari awal dah mengkafirkan umat... Sampai laki bini bercerai dek fahaman politik beza dan kenduri lengang kerana fahaman sesat ini...

    Yg pelim Yong ... Last last puji juger umnoo...

    Ini semua kerana $$$$ ding ayamg dan ding velfire ... Thank you perangsang seks Selangor... Nak lagi. $$$ nk byr sewa pejabat agung pas ... Tiap kali pus kutuk Dap $$$ masuk tabung pus... Bila isytihar pus putus dgn dap wah $$$$$juta masyuukk.. Best mcmni...maki dap $ masyuk... Maki dap lagi $$$ masyuk lagi... Tq amno..tq 1mdb.. Byk duit

    ReplyDelete
  3. Salam kak yong !

    Howdy, hullo ? 'Selamat' (dunia, akhirat) ker kite beraye kali ni ? Insya-Allah kite cube yang terbaik aje ler yek !

    Like some posters & dislike others. Dipuji orang pun tak tersasar pun niat di hati kita ...BILA dikecam pun no head down, just be cool, move on, coz' we're sincere ONLY to Allah's liking. Tu ler natijah iman kita. Allah Maha Tahu daripada Wan Rosli & the likes.

    Biasa ler tu kan? Biasakan yang betul ..& betulkan yang biasa salah !

    "Jika ilmu itu bermanfaat tanpa perlunya keikhlasan, maka tidaklah Allah mencela orang-orang munafik itu."

    Ilmu itu setinggi mana (ulamak ker dia?) pun HANYA manfaat bila diamalkan untuk diri sendiri & umum untuk lebih RAPAT, taqwa kpd Allah ! Setakat nak show off, win over majority to gain power... sesat dah tu ..salah tu !

    Insya-Allah, given, we can't always be right, better get more right than wrong. PAS is no Islam. We paid homage, this reverence HANYA kepada Allah, Rasulullah, ISLAM...PAS? pun ada had affection kite.. kalau dah PAS salah (bukan khilaf lagi) takde ketaatan dalam berbuat perkara dosa. Nevermind dia tu sape, no. 2 dalam dunia pun ! TGHH who? Ust TITM WHO ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Yong bersungguh menyokong PAS masa PRU13. Yong bukan keyboard warrior saja.

      Tapi bila menang, apa yang diorang buat kepada mereka yang dah tolong PAS menang? Campak ke tepi. Inikah perjuangan Islam?

      So, no more!

      PAS kehilangan "major support groups" apabila membuang pemimpin-pemimpin yang dihormati ramai.

      Delete
  4. Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak, begitulah adanya.

    ReplyDelete
  5. Kesian mengaji tak seberapa lepas tu dipanggil ulamak. Perangai pulak setaraf orang tak berilmu. Yang salahnya orang Melayu sendiri. Pakai serban pakai jubah bela janggut dua tiga helai dah panggil ustaz, panggil tuan guru dan macam-macam. Namun yang diidam-idamkan bukan lah title tuan guru atau ulamak. Yang diidamkan ialah panggilan Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, Datuk Nikah Kahwin dan........last sekali Allahyarham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abdul Said

      Yong setuju 100% dengan miker.

      Delete
  6. salam yong
    sesungguhnya...dua kecintaan ahli politik ialah gelaran Dr dan Dato. Sekira berkumpul keduanya atas seseorang nescaya bertambah kuranglah penggunaan aqalnya berbanding nafsunya menyebabkan tidak terikut hatinya akan laju lidahnya . Dalam bahasa moden dipanggil mulut cirit (Ali,Mustafa 2015)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam otoote

      Kikiki...Miker memang "kelas!"

      Citation tu boleh masuk Scopus Indexed Journal!

      Delete
  7. ulamak, siapa ulamak--mereka menggelarkan diri mereka ulama---berapa kitab mereka karang, ilmu pun tak lebih dari sarjana ,master atau phd==ulamak sepatutnya mengajar masyarakat sekurang kurang 20 tahun biar masyarakat iktiraf mereka sebagai ulama usahlah angkat bakul bila masuk politik

    ulama yang membisu kezaliman saudi di yaman---ulamak taik kucing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam abu bakar

      Diorang melantik diri diorang sebagai ulamak. Diorang berbeza sebab ada pegang kertas dari Timur Tengah.

      Delete
  8. sila baca blog mso.

    Seorang ahli perniagaan asal Kelantan dikata diberi kontrak memajukan sebidang tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan syarat kontrektor berkenaan akan menyediakan dana kepada Pas Kelantan untuk mengekalkan kerajaan Kelantan pada pilihan raya akan datang.

    Tanah yang diperuntukan itu merupakan bekas tapak kilang sebuah syarikat luar negara yang sudah tamat tempoh pajakannya. Nilai tanah yang terletak di Bangsar itu mencecah ratusan juta ringgit.

    Kontra pemberian itu jelas menunjukkan sudah ada persefahaman awal di antara Umno dengan Pas untuk sama-sama menerajui Kelantan.

    Dalam pada itu ada maklumat mengatakan perundingan awal untuk memberikan tanah itu kepada ahli perniagaan berkenaan melibatkan salah seorang ahli parlimen dari Kelantan?

    ReplyDelete
  9. Ana tahu dialah

    Haram Djin
    Bomoh seri negara

    MSO tak nak buka cerita kumpulan perangaang bhd?

    Jatuh Selangor kalau buka...hik hik hik

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAlam Mr XYZ dan Malaysiabaru

      Tuduhan ini kena ada saksi. Hahaha...

      Delete
    2. Yong, Mengikut tuan presideng 4 saksi. Haha

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.