Pages

Tuesday, 15 September 2015

SIAPA YANG SUDAH HABIS? (UPDATE)

Ada yang nak guna siku dan lutut. Ada yang nak guna cakar harimau. Dasyat sungguh!

MENGIGAU DISIANG HARI (ASTROAWANI)

Pakatan Rakyat tanpa DAP macam kuih seri muka yang takde santan. Tawar dah tak laku. Puncanya sama ada tukang masak tak cukup belajar atau nak jimat belanja tapi tak cerdik.

Akhirnya bila menyedari adunan kuihnya dah silap, dia cuba baiki dengan menambah santan. Tapi, mana boleh? Kuih dah siap dikukus.

AKIBAT TERLEBIH PERASAN (BERNAMA)

DAP berjaya membuktikan bahawa parti itu masih belum "habis" apabila ratusan ribu kaum Cina turut serta dalam Bersih4. Peratusan Melayu yang kurang berbanding Cina itu dicanang oleh PAS sebagai "kejayaan" PAS yang tidak menyeru ahlinya supaya turun. Ia bukan kejayaan Bersih2 dan rakan NGO lain yang bekerjasama dengan DAP, GHB dan PKR menerajui bahtera kuasa rakyat tanpa PAS. 

Jadi, eloklah jangan main tarik tali lagi. Cakap dengan jelas seperti berikut:

MAHU PR2.0 TAPI LAWAN AMANAH (MALAYSIAKINI)

Senang cerita. Tiga sahabat A, B dan C bina rumah baru setelah rumah lama runtuh. C terhutang budi kepada D. Oleh kerana itu C ajak D duduk sama serumah. 

Kisah sebenarnya, rumah lama itu runtuh sebab D putus hubungan dengan B. A pula serpihan dari C yang dah dibuang. Yang menjadi lucu, ialah karenah D yang mahu duduk serumah tapi tak mahu A dan B tinggal sama dalam rumah itu. 

Weh! Masuk akal tak? Nak duduk serumah, tapi lawan 2 orang yang sama-sama buat rumah tu?

Serangkap pantun istimewa buat pemimpin PAS:

Kisah anjing menyalak bukit,
Dalam bukit ada babi,
Babi masuk dalam rumah;
Lari terjun ikut tingkap.
Tepi rumah ada roket,
Tak naik nanti mati,
Nak naik jatuh maruah;
Biar mati dalam perangkap.

Errr...Siapa yang seronok holiday sekarang?

P.S: Yong minta maaf pada mengkomer yang dah baca N3 ini ketika ia belum siap. Kucing Yong terbitkannya masa Yong buat urusan lain dan komputer "ON". Bahaya sungguh ada banyak kucing ni.

7 comments:

  1. ngaperrr yong tak ckp...kucin tuh yg karang isu nih....ki ki ki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puppets

      Alangkah baiknya kalau kucin2 yang 13 ekor ini semua pandai mengarang.

      Bukan hanya pandai mengarang, kalau boleh pandai menyusuf ke dalam mesorat UMNO/BN.

      Malangnya demer hanya pandai naik atas komputer jer dan pijak keyboard.

      Delete
  2. ahahahha! komen terakhir tu yg buat Nik Abduh sentap!

    ReplyDelete
  3. Jaket hijau macam semua nak pi eskimo je.

    ReplyDelete
  4. Pandei lg kucing miker dari walaun2 ye yong..hebat miker nii..hahahahaha

    ReplyDelete
  5. semua pemimpin pas sekarang adalah mereka yg jiwa kacau

    PAS masih ada PR

    ahli2 lain dalam PR ialah PAS PAS PAS PAS PAS

    rmaai tu blh menang semua kerusi termasuk dipilihanraya london

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.