Pages

Friday, 18 September 2015

SURAT TERBUKA KEPADA PEMIMPIN TERTINGGI PARTI PEMBANGKANG DARI PENYOKONG TANPA PARTI

Sebenarnya sumbangan penyokong tanpa parti bagi meraih kemenangan sesebuah parti politik adalah jauh lebih besar bilanagnnya berbanding dengan ahli parti. Berikut adalah sekeping surat terbuka sebuah kumpulan pengamal media sosial yang menamakan diri mereka Jebonesta. Yong perturunkan tanpa edit.

Pemimpin, tolong baca dan nilaikan:

5 mins · Edited · 

SURAT TERBUKA KEPADA PEMIMPIN TERTINGGI PARTI

17 September 2015

Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung Democratic Action Party (DAP)

Mohamad bin Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (PAN)

BANTAHAN TERHADAP CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KERJASAMA POLITIK DENGAN PAS DALAM PAKATAN PEMBANGKANG BARU

Keputusan pilihanraya bukan hanya ditentukan oleh ‘orang politik’ sahaja, tetapi orang-orang yang tidak berparti adalah merupakan golongan yang membentuk pecahan paling besar daripada seluruh pengundi dan sangat mempengaruhi keputusan di semua kawasan pilihanraya. Jadi, sebarang anggapan yang memperkecil, meremehkan atau membelakangkan terus pandangan orang yang tidak berparti dalam membuat sesuatu keputusan politik bukanlah suatu tindakan yang bijak atau boleh memberi keuntungan kepada parti.

Orang yang tidak berparti tetapi menjadi penyokong Pakatan Rakyat lebih ghairah untuk menumbangkan UMNO jika hendak dibanding dengan orang politik yang memegang jawatan dalam parti. Kerana mereka tidak ada apa-apa kepentingan. Harapan mereka cuma mahu melihat pemerintahan yang baik, telus, tidak rasuah, tidak menyeleweng, tidak menyalah-gunakan kuasa, tidak mengumpul kekayaan negara untuk keluarga dan adil terhadap rakyat, itu saja!

Berbeza dengan orang yang memegang jawatan, tidak kira di peringkat nasional atau di peringkat cawangan. Samada calon mereka kalah atau menang dalam pilihanraya, tidak banyak beza pada mereka. Mereka tetap boleh terus bermain politik di dalam parti atau dalam pakatan. Tetapi tidak bagi orang atas pagar. Mereka tidak suka berparti. Mereka lebih senang menjadi penyokong yang kuat. Bahkan harapan mereka lebih tinggi dan semangat mereka lebih kuat untuk menumbangkan UMNO kalau nak dibandingkan dengan orang politik. Mereka menyokong PR secara keseluruhan, bukan bersikap asobiyyah yang lebih mementingkan parti sendiri sahaja. Mereka tidak suka terlibat dalam permainan politik dalaman. Sebab itu mereka lebih senang berada di luar parti. Jangan kita lupa, golongan tidak berparti ini mewakili 90% dari jumlah keseluruhan pengundi.

Dalam PRU-13 yang lalu, majoriti orang yang mengundi adalah atas sentimen Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Pihak PR sendiri telah menetapkan strategi satu lawan satu. Orang yang tidak berparti lebih melihat pilihanraya umum ialah medan untuk memilih Perdana Menteri Malaysia, samada Anwar Ibrahim atau Najib Razak. Orang-orang atas pagar itu mengharapkan sebuah kerajaan yang baik dan telus. Ramai pengundi memilih calon PAS atau PKR atau DAP adalah atas dasar menyokong PR untuk menumbangkan BN yang diterajui oleh UMNO. Itu saja.

Apabila sesuatu kawasan itu ditandingi oleh calon PAS, maka PKR dan DAP tidak meletakkan calon. Penyokong PKR dan penyokong DAP juga akan mengundi calon PAS, atas dasar Pakatan Rakyat, bukan sebab mereka sudah jadi orang PAS. Pengundi atas pagar pula, kalau mereka mengundi PAS pun, atas sentimen Pakatan Rakyat nak tumbangkan Barisan Nasional. Tidak boleh dikatakan mereka sudah masuk PAS dan menjadi orang PAS.

Jadi, berdasarkan senario itu, bolehkah kita tentukan berapa orang sebenarnya pengundi PAS, berapa orang pengundi PKR dan pengundi DAP dalam satu-satu kawasan parlimen?

Kalau pun boleh dikira berapa orang ‘pengundi PAS’ dalam PRU-13 yang lalu, apakah boleh diandaikan bahawa sokongan pengundi pasti tidak boleh berubah atau beralih arah dalam PRU-14?

Jadi, atas dasar apa tuan berfikiran bahawa PAS masih diperlukan dalam pakatan pembangkang kerana sebahagian besar pengundi Melayu adalah pengundi PAS? Sekadar bertanyakan pendapat beberapa orang responden dan kebetulan pula responden itu ialah pengundi tegar PAS, maka adakah tuan merasakan hasil kaji-selidik itu tepat dan wajar dijadikan asas petunjuk dalam merangka strategi politik?

Kak Wan, Guan Eng dan Abang Mat,

Orang mengundi calon PR dalam PRU-13 yang lalu adalah kerana mereka mahu Anwar Ibrahim jadi PM. Mereka tidak mahu Najib. Mereka sudah tolak BN. Mereka lebih percayakan Anwar dan Pakatan Rakyat. Mereka mengharapkan sebuah kerajaan yang adil dan telus. Mereka memerlukan seorang Perdana Menteri yang baik dan berkemampuan. Kalau calon PAS yang diletakkan bertanding di kawasan mereka, calon PAS lah yang mereka undi. Kalau calon PKR, undi PKR lah, begitu juga dengan DAP…. Tidak patut timbul soal mereka itu pengundi PAS, PKR atau DAP, kerana yang pasti mereka adalah pengundi Pakatan Rakyat. Anwar berjanji, kalau PR memerintah, kerajaan akan menurunkan harga petrol, pendidikan percuma, PTPTN dimansuhkan; mereka menyambut janji itu dengan penuh harapan dan turut membantu sebarang usaha untuk menumbangkan UMNO…. Inilah sebabnya kenapa PR dapat undi yang tinggi dalam PRU-13 lalu…. Bukan sebab kehebatan jentera PAS atau PKR atau DAP…. Jentera parti hanya sekadar memeriahkan suasana pilihanraya semata-mata… Orang mengundi bukan kerana terpesona dengan jentera parti.

Jadi, atas alasan apa tuan merasakan PAS masih diperlukan dalam pakatan pembangkang yang baru? Pakatan yang lama hancur disebabkan kerenah Presiden PAS, sekarang mahu buat pakatan baru, lagi mahu ajak PAS? Sejak pilihanraya 2008, PAS tidak berhenti-henti cuba menikam PR dari dalam, berulangkali melakukan khianat, berunding dengan UMNO secara senyap-senyap, tidak menghormati PKR dan DAP, melanggar keputusan mesyuarat, memburukkan Anwar Ibrahim, menentang DAP secara terbuka dengan memainkan sentiment agama dan kaum; apakah tuan merasakan perlu untuk terus bekerjasama dengan parti seperti PAS? Kenapa..? Adakah kerana tuan hanya mementingkan politik tuan semata-mata, tanpa perlu memikirkan perasaan sebahagian besar pengundi yang telah banyak terluka dengan tindak-tanduk PAS selama ini?

Tidakkah tuan mahu mendengar suara hati pengundi tidak berparti yang menjerit dan melolong ingin memberitahu ‘Jangan berpakat apa-apa dengan PAS…! Kami menolak PAS secara total…! Kami sudah hilang kepercayaan kepada PAS…! Kami telah bersedia untuk pertarungan 3 penjuru…. Tiga penjuru adalah lebih baik dari dua penjuru yang ada PAS di dalamnya…. Kalau berpakat dengan PAS, PR 2.0 akan kalah sebelum masuk gelanggang lagi…. Sebelum pilihanraya pun, PR telah kalah, paling akhir pun pada hari penamaan calon. Samada berada di dalam PR atau di luar PR, PAS tetap akan tindan calon….. Kalau tragedi di hari penamaan calon PRU-13 lalu tidak kita jadikan pengajaran dan peringatan, apa lagi kebaikan yang boleh kita ambil dari kejadian tindan calon itu?

Berperang dengan musuh secara berdepan lebih mudah dari menghadapi ‘musuh dalam selimut’ yang menikam dari dalam. Jadi, biarkanlah PAS berada di luar PR…. Penyokong yang berada di luar parti, sebahagian besarnya berkata : “Kalau PAS ada sekali dalam PR 2.0, aku akan tutup buku politik dalam diari hidup ku, dan aku tidak akan mengundi dalam PRU”…. Itu kata sebahagian besar dari penyokong PR yang berada di luar parti, setakat yang saya dengar…. Hampir semuanya mengucapkan perkataan yang sama….. Tidak percaya lagi kepada PAS, tidak setuju PAS sertai pakatan baru, kalau ada PAS, semuanya tidak mahu ambil tahu hal politik lagi.

Sekian saja untuk kali ini. Terima kasih.

Abe Awang Malaya
b/p Jebonesta

********************

Walaupun pengamal media sosial adalah sekumpulan warga siber yang bebas, pemimpin parti politik pembangkang jangan sekali-kali meremehkan pandangan mereka.

SUDAH DIJANGKA (SINAR HARIAN)

Pengamal media sosial (Facebooker) mungkin tidak memiliki ijazah dari universiti terhebat di dunia. Tetapi pergerakan mereka yang selalunya anonymous memberi mereka ruang dan peluang untuk menyelinap dan mengetahui khabar-berita dari kem-kem yang berlawanan lebih awal dari berita rasmi.

Facebooker pro-pembangkang bergerak dengan enjin sendiri - tanpa imbuhan dari mana-mana parti politik. Mereka hanya didorong oleh semangat yang tinggi untuk menumbangkan hegenomi parti politk yang selama ini menyusahkan rakyat. 

Pemimpin AMANAH, PKR dan DAP jangan anggap ini hanya ugutan budak-budak yang main facebook. Setiap seorang facebooker memiliki pengikut yang ramai. Secara konservatifnya, jika seorang ada 1000 friend/pengikut, dan jika ada 100 Facebooker, jumlahnya sudah menjadi 100,000! Bagaimana jika 1,000 Facebooker?

Facebooker rata-rata adalah golongan yang muda. Sebagai non-partisan, mereka melihat kepada prestasi yang diharapkan. Jika mereka melihat prestasi sesebuah parti itu HOPELESS (tidak boleh diharap), mereka akan melangkah pergi. 

Bayangkan apa akan terjadi jika mereka pergi membawa sekali pengikut-pengikut mereka di alam siber?

PEMIMPIN JANGAN PERLEKEH KUASA PENGAMAL MEDIA BARU!



21 comments:

  1. aku rasa pendpt tu mewakili majoriti pengundi pr yg tak nak pas dlm pakatan baru.

    kak wan tu pemenang anugerah gold award yg tak kan tercapai oleh hadi. oleh itu, luangkan masa dan dgrlah rintihan pengundi yg tak berparti.

    akhir kalam, aku nak pas dan azmin keluar dr pakatan baru!

    azmin tak geng dgn amanah. rasanya dia tak pernah hadir dlm aktiviti amanah. tu ari pun dia ponteng. presiden hadir, dia tak.

    pru nanti diminta letak azmin di sg siput...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg pengomen tulis disini itulah benak hati dan fikir ku, aku setuju dan dari dulu lagi aku terhidu azmin ada sesuatu bauan dan memang makin terserlah dari hari kesehari. Aku boleh jadi mana mana ahli parti dan jika terdesak aku lebih rela berpihak pada DAP

      Delete
    2. Salam Mr XYZ

      Biarlah dia bertanding di Kelantan atau Terengganu. Mungkin boleh menang kot?

      Delete
  2. Sama ngan aku. Kalau nak PR hancur, bawa masuk PAS, tobat aku tak undi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Si Delima Merah

      Hahaha...Ramai kecewa

      Delete
  3. Ini adalah surat terbuka yang terus terang. Semua pimimpin PKR, DAP dan yang bru Amanah mesti mengambil kira hal ini dengan serius. Kenapa PR (Pakatan Rakayat) menghadapui masalah dan kelihatan terumbang-ambing sekarang. jawpannya ialah kerana kreneh PAS. Jadi mengap nak jemput dan mahu berunding dengan PAS lagi? Hariini Hj Hadi Presiden PAs sudah berkata tidak akan masuk PR 2.0 kerana menuduh Amanah parti khianat. Hadi hanya tahu menuduh orang lain tetapi tidak dirinya sendiri serta beberapa pemimpin dalam PAS. PAS juga telah banyak kali bersikap gunting dalam lipatan. Akibatnya inilah yang berlaku kepada PR. Jangan jadi pisang berbuah dua kali. Pemimpin PR sekarang ini mesti buat keputusan segera. Teruskan PR 2.0 bersama Amanah, PKR dan DAP. Rakyat masih menyokong. PAS akan hilang pengaruhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Terjah

      Setuju.

      Life goes on. PAS dah kuat, katanya. Biarlah dia sendiri. Mengapa takut menghadapi 3 penjuru? PAS dalam PR pun sudah terjadi 3 penjuru.

      Delete
  4. Salam:

    Memang BENAR dan NYATA, pengundi atas pagar,majority takkan mengundi PAS .Jika kak wan dan Anwar tak berhati-hati, PKR pun hanyut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Omar,

      Memang sukar meninggalkan sahabat handai, mertua, besan, biras, etc yang berada dalam PAS. Tetapi pemimpin terpaksa menerima hakikat. Pengundi atas pagar bosan dengan politiking yang berlebihan.

      Pemimpin mahu pengundi berubah. Maka perubahan itu merekalah yang patut mulai.

      Delete
  5. Kih kih.. buat lawak pulak.. tak buat analisa ke bilangan melayu yg hadir Bersih 4 dgn Himpunan 16 sept?.. Aku tgk yg komen kat ataa tu melayu jer.. oh melayu amah dap eh amanah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masalah ke ramai Cina turun Bersih4? Ada masalah ke kalau ramai Cina mahu pilihanraya yang bersih?

      Atau kamu memang suka yang kotor?

      Atau kamu memang sokong geng yang suka maki hamun macam yang turun pada 16 September tu?

      Delete
    2. Pas lagi teruk..perhimpunan pemuda seluruh kelantan yg hadir berapa ratus org saja itu pun budak2 sekolah kena paksa hadir...kelantan pasti jatuh ke tangan umno dlm pru 14...

      Delete
  6. Kesilapan PAS adalah kerana berPresidenkan Hadi Awang dan kuncu-kuncunya yang cintakan harta benda duniawi.dasar dan perlembagaan PAS sangat cantik. Tapi malangnya, Hadi Awang dan kuncu2nya telah merosakkan Islam yang bersifat Rahmatan Lil Alamin.

    Buang Hadi Awang dan kuncu2nya. Baru boleh pelawa PAS Menganggotai Pakatan Rakyat 2.0






    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Timnajib

      Bab ini Yong sangat setuju!

      Delete
    2. Aku sokong blogger ni 200%. Lebih baik pkr biarkan pas sendirian krn pas dah kuat. Pkr mesti gabungkan PR 2.0 dgn dap dan pan sja. Lepas tu kite gempur pengundi2 pas sementara masa pru14 masih pjg. Inshaallah berjaya. Allahuakbar3.

      Delete
    3. No no no... TGHH hanya the tip we can see of a HUGE iceberg...Buang dia saje tak cukup coz PAS are already rotten to core !

      Tengok penyokong tegar the likes of Wan Rosli, Ramboo apa entah (okay he may be cute, look hansome enough. sado gitu, whateva hehe) tulisan dia tu dah cukup betapa serius masalah we have in hand. Patut ler UmNo payah nak terima dakwah Islam PAS bawak dulu lagi, hanya selepas pendekatan lebih lunak, hikmah, progresif, baru ada kemajuan among orang kita & non-Moslem ! Ilmu & akhlak must goes hand in hand !

      Takat nak lepas marah, mencarut, maki hamun, perli tu senang, sapa pun boleh. Tapi ia lebih senang tergelincir ke dosa jugak...word are cheap !

      Nak bincang, meh bincang elok elok... Takat nak mengarut, better off diam aje!

      Paham ke idak Wan Rosli rasanya??

      :)

      Delete
  7. Terkenang PAS di era Almarhum Tuan Guru Nik Aziz dan Unstaz Fadhil Noor. PAS di bawah Haji Hadi.. hancurrrrr!!!

    ReplyDelete
  8. maaf yer. nama penulis surat jebon tentu dah pe yokong pan.tentulah benci kat pas.yg suka pas lagi ramai dari suka jadi kampetai dap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape miker tulis ni yop..g belajor dulu..pas tu masuk blog ni nulih le betui2..x sape phm ape yg miker tulih tu..udah serupe ngn Tghh,x de sape phm perangei nye lg dh

      Delete
    2. Razak ajak...jgn terlebih perasan...ramai yg keluar secara senyap..tak percaya tunggu pru14 nanti...pas akan hilang kesemua kerusi termasuk marang...ketika nik aziz yg ramai penyokong pun pernah hadapi saat genting majoriti tipis 23 vs 22 dun kelantan.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.