Pages

Tuesday, 6 October 2015

TPPA - KITA SOKONG YANG TERBAIK SAHAJA

PM 1Malaysia akhirnya pulang ke Tanah Air. Apakah jajan yang dibawa buat rakyat yang dihimpit masalah keupayaan membeli-belah yang kian meruncing?

Sebuah perjanjian yang disebut TPPA.

Adakah perjanjian ini memberi faedah kepada rakyat Malaysia? Entahlah, sebab belum dilaksanakan.

Berikut kenyataan paling berhemah dan beradab dari parti Amanah Negara:

KENYATAAN PARTI AMANAH NEGARA BERHUBUNG TPPA


1. Parti Amanah Negara (AMANAH) menyambut baik kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa bahawa Perjanjian TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement), walaupun telah dipersetujui, namun tidak akan ditandatangani sebelum mendapat persetujuan dari Parlimen dan semua pihak berkepentingan. YB Menteri turut menjanjikan keseluruhan isi kandungan perjanjian akan dikemukakan kepada rakyat dan perbahasan menyeluruh akan diadakan.

2. Kami harap pihak Menteri akan menepati janji tersebut dengan menentukan masa yang cukup dan memadai, bukan sahaja untuk Parlimen, tetapi juga masyarakat umum bagi meneliti dan membahasnya. Begitu juga kami harap bahawa semua teguran akan diambil berat dan diambil tindakan sewajarnya dan perbahasan tidak akan merupakan satu ‘public relations excercise’ semata-mata.

3. Kenyataan Menteri dengan sendirinya mengakui wujudnya berbagai kekhuatiran dan perasaan tidak senang hati terhadap perjanjian ini. Kekhuatiran dan perasaan tidak senang hati ini sambil diakui kewajarannya, dijawab dengan sekadar menyatakan bahawa Malaysia telah mendapat ‘konsesi’ dalam hampir kesemua isu yang dikemukakan. Dijelaskan bahawa konsesi tersebut mengambil bentuk ‘keanjalan dari sudut tempoh’ dan ‘layanan berbeza bagi bidang-bidang sensitif negara’. Malangnya kenyataan tersebut tidak menjelaskan aspek ‘keanjalan’ dan ‘layanan berbeza’ yang dimaksudkan dengan lebih terperinci.

4. Di antara kekhuatiran terhadap perjanjian sebegini rupa adalah bahawa ianya bertujuan untuk menjamin persaingan bebas tanpa kawalan dan campur tangan kerajaan. Ini akan menyebabkan pihak yang lebih kuat dan berkebolehan mengatasi semua pihak lain dan menguasai pasaran. Dengan itu syarikat-syarikat tempatan yang jauh lebih kecil berbanding syarikat antarabangsa Amerika Syarikat dan sebagainya akan terjejas dan dengan sendirinya terpinggir. Pembukaan pasaran di negara rakan TPPA seperti Amerika, Canada dan Australia tidak begitu bermakna sekiranya diakui bahawa syarikat-syarikat tempatan tidak mampu bersaing walaupun di pasaran negara sendiri. Sekiranya itu benar, maka sudah pasti mereka tidak akan mampu bersaing di negara rakan TPPA!

5. Kekhuatiran yang bersifat lebih menyeluruh adalah berhubung kebebasan dan hak Negara untuk menjalankan usaha ‘penyususnan semula’ ekonomi negara. Usaha seperti ini sudah pasti akan terjejas. Kerajaan akan berada dalam keadaan ‘tangan terikat’ di mana apa jua usaha memberi layanan berbeza dengan mengutamakan syarikat-syarikat tempatan boleh dipertikaikan dan diambil tindakan undang-undang oleh pihak syarikat asing.

6. Begitu juga dengan persoalan hak milik intellektual yang akan mendatangkan kesan terhadap harga ubat-ubatan khususnya. Penguatkuasaan hak milik intellectual ini akan menyebabkan kos ubat-ubatan melambung dan walaupun ini mungkin baik bagi syarikat-syarikat farmasutikal, sudah pasti akan mendatangkan kesan buruk terhadap rakyat jelata.

7. Kami mendapati kesemua persoalan ini dan yang sepertinya difahami Menteri kerana telah disentuh olehnya melalui kenyataan tersebut. Hanya yang tidak dijelaskan adalah sejauh mana ‘konsesi’ yang telah diperolehi menjawab dan menyelesaikan segala kekhuatiran dan perasaan tidak senang hati berhubungnya. Ini akan diselidiki dan diperincikan apabila isi kandungan perjanjian ini didedahkan kepada rakyat untuk dibahaskan.

8. Semestinya Parti Amanah Negara tidak akan membantah sesuatu yang mendatangkan keuntungan kepada negara dan rakyat. Namun yang dikhuatiri adalah ianya hanya mendatangkan keuntungan jangka masa pendek sambil menambahkan kebergantungan negara kepada sumber hasil tertentu. Segala usaha untuk mengembangkan kemampuan sektor swasta dan awam dalam bidang lain demi menerokai sumber hasil baru akan tercantas dari awal melalui perjanjian ini. Oleh itu kesan jangka pendek dan jangka panjang perjanjian sebegini perlu dikaji dengan penuh teliti.

9. Ke arah itu Parti Amanah Negara mengalu-alukan jaminan Menteri untuk membawa setiap aspek perjanjian ini untuk dibahas, sambil menjamin tempoh yang memadai untuk perbahasan ini, sebagai satu tindakan yang wajar dan perlu.

KHALID ABD SAMAD
Pengarah Komunikasi,
Parti Amanah Negara
6 Oktober 2015

********************

Merujuk kepada debat yang mungkin akan berlaku, Yong amat bersetuju dengan saranan yang dtulis oleh JAKIM dalam laman webnya islam.gov.my), bahawa "dalam perbincangan tentang sesuatu isu, kita hendaklah mengawal diri dan jangan sekali-kali menyanggah atau menyampuk kata-kata atau pandangan orang lain yang sedang memberikan pandangannya" seperti yang sering berlaku di Parlimen Malaysia. 

Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah sehingga ia diperbetulkan.

Keputusan yang kolektif, tanpa mengira pegangan politik, tetapi lebih pertimbangan kepada kepentingan rakyat Malaysia, itulah yang terbaik. 

Maka Yong kongsikan apa yang tertulis di laman web tersebut:

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Ali-Imran, ayat 110:

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya:

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang yang fasik (Ali-Imran: 3-110).

Ayat tersebut jelas menyeru supaya umat Islam sentiasa melakukan kebaikan, mencegah kejahatan dan beriman kepada Allah S.W.T. 

Dalam Surah aI-Ahzab, ayat 58 pula Allah S.W.T. mengungatkan kita melalui berfirmanNya: 

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا

Maksudnya:

Dan orang yang menyakiti orang mukmin, lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan dosa yang nyata ((Surah al-Ahzab: 33-58) 

Oleh kerana itu amatlah wajar bagi pemimpin Malaysia, khususnya yang beragama Islam menerangkan dengan jelas secara beradab kepada penentang-penentangnya. Ciri tersebut sangat penting diambil ingatan oleh umat Islam jika ingin terus menjadi bangsa yang terpuji, kini dan masa akan datang.

Yong sengaja memetik semula apa yang ditulis oleh JAKIM kerana agensi ini dibina oleh kerajaan yang ada sekarang. Seharusnyalah apa yang dinyatakan oleh JAKIM seiring dengan pendirian kerajaan Malaysia - yakni mengegakkan keadilan kepada umat manusia, bukan menyakitinya. Maka kerajaan yang diteraju oleh pemimpin yang beragama Islam wajar mengkotakan apa yang dikatanya. 

Jika TPPA terbukti akan menyakiti rakyat Malaysia, maka batalkanlah ia. 

Link berkaitan:

2 comments:

  1. as salam kak yong.

    Tentu ler "menguntung negara & rakyat"... macam GST ! berape billion/ mth dah dapat kutip ! "Rakyat untung" tu ade ker 2, 3 kerat yg memang dah multi-millionaires dah pun.

    pity...it won't wash !

    ReplyDelete
  2. Jelas dan terang penjelasan yang dibuat oleh Pengarah Komunikasi PAN ke atas beberapa isu yang menyelubungi TPPA ini yang menjadi "concern" kita semua.

    Sekarang saya menunggu ulasan yang akan dibuat oleh geng-geng serban dan kopiah seperti Nik Amar, Nik Beduh, Tantawi, Azli Taliban, En Wan Rosli dsbnya (kalau depa faham la). Cuma nak ingatkan TPPA tu bukannya singkatan kepada "Tok Po Pakai Apa" .... sori buat lawak pagi-pagi ni......kah kah kah....

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.