4 pegawai kanan yayasan Islam peroleh RM2j setahun
Zikri Kamarulzaman
11 Nov 2015, petang 3:00
Dikemaskini 11 Nov 2015, petang 3:15
NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) hari ini mendakwa empat individu dalam di sebuah yayasan naungan kerajaan memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun.
Pengarahnya, Akmal Nasir berkata secara purata mereka didakwa memperolehi pendapatan bulanan sekitar RM81,700 sebulan.
Akmal mendakwa berkata dua daripada mereka adalah pengerusi dan timbalannya, manakala dua lagi adalah suami dan anak kepada orang besar di yayasan berkenaan.
"Pendapatan bulanan yang diperolehi oleh pengerusi adalah RM73,000 sebulan.
"Pendapatan bulanan yang diperolehi oleh timbalan pengerusi dan keluarganya yang telah dikenal pasti pula adalah sebanyak RM81,700.00 sebulan,” ujarnya dalam sidang media di NOW Center di Kuala Lumpur hari ini.
Jelas Akmal lagi, pihaknya hairan bagaimana anggota tertinggi yayasan berkenaan yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan derma, pinjaman serta menjana pendapatan melalui perniagaan berteraskan Islam memperoleh pendapatan begitu tinggi.
Selain, yayasan itu juga dipantau oleh perdana menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
“Mampukah perdana menteri dan menteri tersebut bayangkan perasaan 588,930 orang penyumbang derma secara bulanan kepada yayasan itu apabila mengetahui mereka yang diamanahkan untuk memantau sumbangan, gagal menjalankan tanggungjawab mereka,” ujarnya lagi.
(Malaysiakini)
(Malaysiakini)
Setiap bulan gaji Yong dipotong RM20.00 untuk YaPEIM. Yong ikhlas sebab hendak membantu golongan miskin.
RM20.00 sahaja. Tak banyak kan?
RM20.00 sahaja. Tak banyak kan?
Tetapi apakah yang sebenarnya berlaku?
Kalau setiap penyumbang membayar RM20.00 sebulan x 588,930 = RM11,778,600.00! Banyak duit tu bagi setiap bulan!
Ke mana perginya duit itu Yong tak pernah tanya. Dulu sekali sekala Yayasan ini menghantar brosur aktiviti. Nampak macam hebat.
Hari ini Yong terperanjat apabila membaca berita sebahagian besar sumbangan itu masuk ke dalam poket 4 individu yang sepatutnya bertanggungjawab menguruskan dana yang dikumpulkan untuk orang miskin!
Inilah yang tertulis dalam laman web YaPEIM:
WAWASAN
“Menjadi sebuah institusi Pembangunan Sosioekonomi yang utama dan Mantap serta mampu berperanan Meningkatkan Martabat dan Kualiti Ummah menjelang 2020″
PENYATAAN MISI
“Membangun Ummah Melalui Budaya Beramal Jariah”
(Membangun Masyarakat melalui Penyempurnaan Tanggungjawab Sosial)
FALSAFAH
Institusi Berteraskan Konsep Amal Jariah bagi Menangani Keperluan dan Cabaran Semasa Umat dan Negara.
NILAI-NILAI UTAMA
Nilai-nilai utama yang dihayati dalam budaya korporat YaPEIM :
Nilai-nilai utama yang dihayati dalam budaya korporat YaPEIM :
- Amanah
- Jimat Cermat
- Bertanggungjawab
- Cekap
- Profesional
- Peka
YaPEIM
Baca sendiri apakah Wawasan, Misi, Falsafah dan Nilai-nilai utama yang menjadi teras tadbir-urus YaPEIM. Langsung tidak disebut YaPEIM itu tujuannya untuk mengkayakan pengurusnya!
Bukan Yong mengharapkan pemegang amanah YaPEIM ini hidup papa kedana. Tetapi YaPEIM bukan syarikat milik individu!
Alangkah malunya umat Islam di Malaysia!
Siapa yang bertanggungjawab? Rakyat Marhein sedang menunggu penjelasan.
Sesungguhnya satu sen pun tidak ku halalkan sumbanganku jika dakwaan ini benar.
Baca sendiri apakah Wawasan, Misi, Falsafah dan Nilai-nilai utama yang menjadi teras tadbir-urus YaPEIM. Langsung tidak disebut YaPEIM itu tujuannya untuk mengkayakan pengurusnya!
Bukan Yong mengharapkan pemegang amanah YaPEIM ini hidup papa kedana. Tetapi YaPEIM bukan syarikat milik individu!
Alangkah malunya umat Islam di Malaysia!
Siapa yang bertanggungjawab? Rakyat Marhein sedang menunggu penjelasan.
Sesungguhnya satu sen pun tidak ku halalkan sumbanganku jika dakwaan ini benar.
Patutlah ramai orang Islam fakir dan miskin duit yang banyak digunakan untuk tujuan yang tak betul. Pagawai yapeim datang opis berceramah tentang kelebihan bersedekah dan berzakat serta infaq dapat duit guna sewenang-wenangnya. selamat maju jaya yapeim, jangan marah kalau kami hentikan potongan bulanan kami.
ReplyDeleteSAYA ADA MENYMBANG JUGA YAPEIM NI KALAU BRTULLAH MEMANG LANCAULAH YAPEIM
ReplyDeleteAku siap upgrade lg jumlah sedekah bila peg yapeim dtg bg ceramah...mmgla ikhlas...tp skrg nie...nak jer aku potong semua...nak penuhkan perut org atasan jer...buang karen!
Deletesaya juga dengan sumbangan Rm15/bulan sehingga hampir 30 tahun..lancau..juga tak ku halalkan sumbangan ku iu..jika ini yang sebenarnya berlaku
ReplyDeleteDeeDee Yong...
ReplyDeleteAla baru RM154 ribu. Sikit jer kalau nak dibandingkan dengan RM11 juta sebulan tu. 1.5% jer. Haha
Semua yang dinamakan tue memang anak yatim. Haha.
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
INILAH CONTOH APA YANG DIKATAKAN ..APABILA MEMBERI AMANAH KPD YANG BUKAN AHLI MAKA TUNGGULAH KEHANCURANNYA... ORANG YANG TIDAK AMANAH JUGA ADALAH MEREKA YANG BUKAN AHLI KERANA HANYA MEMENTINGKAN KEPENTINGAN DIRI SENDIRI DARI TANGGUNGJAWAB YANG DI PIKUL. JANGAN KITA HANYA MELIHAT KEPADA INDIVIDU YANG TERSENARAI ITU SAHAJA, INI ADALAH MELIBATKAN JAWATAN YANG LEBIH BESAR, IAITU ORANG YG BERKUASA MELULUSKAN BAYARAN TERSEBUT (DALAM KONTEKS PERKARA INI). KITA BOLEH MEMBUAT KESIMPULAN ORANG YG LEBIH BERKUASA MELULUSKAN ITU AKAN MEMPEROLEHI LABA YG LEBIH BANYAK... OLEH ITU UTUK MELULUSKAN RM200,000.00 ++ ITU BAGI NYA TIADA MASALAH... INILAH JENIS PENTADBIR DAN PEMIMPIN MELAYU ISLAM YANG KITA ADA.. INILAH JUGA YANG TELAH MENJERUMUSKAN NEGARA KITA YANG KAYA RAYA INI KEDALAM KANCAH EKONOMI YANG AMAT BURUK DARI SEGI NILAI DAN MORAL KEPADA NEGARA INI... KITA YANG MEMILIH MEREKA MAKA KITA JUGA AKAN MENGHADAP ALLAH AZZAWAJALLA UTK MENJUSTIFIKASIKAN PILIHAN YANG KITA TELAH BUAT... MAKA PAKAH KITA RELA UNTUK MENANGGUNG DOSA-DOSA RASUAH, PENYELEWENGAN, PECAH AMANAH DAN CURI YANG MEREKA LAKUKAN... TEPUK DADA TANYA IMAN...
ReplyDeleteAdalah lebih baik kita cari org miskin dan terus menderma @ sedekah xprlu bg yayasan, Jakim, Jais ke.. kita seolak2 memberi mereka buat dosa besar aje
ReplyDeleteSatu cara yang klasik untuk mengkayakan diri dan keluarga sendiri walaupun mempunyai pelajaran yang tak seberapa berbanding dengan seorang akauntan bertauliah, pakar bedah neuro, juruterbang pesawat pejuang yang bernilai jutaan ringgit atau pun tanggungjawab seorang pegawai pemerintah kapal korvet TLDM. Umat Islam Malaysia kena berhati-hati dan jangan terpengaruh dan percaya kepada orang yang mengguna slogan ugama. Tak kira lebai, ustad, menteri, orang politik atau pun anak tuan guru!! Kalau hendak berderma, berzakat dan berwakaf tak payah pergi jauh. Disekeliling anda ramai yang hidup susah kecuali tuan-tuan tinggal di Bukit Tunku atau persekitaran yang serupa dengan nya!!
ReplyDeleteKalau dinegara china,penyeleweng mcm 4 ekor ni kena hukum tembak sampai mati..
ReplyDeleteAkhir zaman ni wajah "ISLAM" begitu hodoh sekali. Ini bukan sahaja berlaku kepada badan amal yang di "AMANAH" kan untuk membantu orang orang "ISLAM" yang papa kedana. Pertubuhan yang konon nya berteras kan Al-Qur'an, Al-Sunnah, Kias dan Ijmaq juga menjadi tak "ISLAMIC" setelah menekmati sedikit habuan dunia. Dendam kesumat yang tidak berkesudahaan juga terus membara di dalam hati hati mereka. Contoh klasik ada lah kegagalan puak ini di dalam kemelut M.B Selangor. Di kala itu UG sudah pun hampir berjaya, malang nya ia hanya bertahan selama 4 hari sehaja kerana konon nya 2 orang ADUN PAS,PIS, PUS meninggal kan parti. Akhir nya dari mulut seorang yang "KONON" nya ULAMAK terpancul lah kata kata yang bukan dari ajaran Islam. Tindakan beliau seterus nya ada lah "MENGUSIR" keluar mereka mereka yang tidak sehaluan dengan beliau. Menyedari bahawa peranggai itu telah menyeleweng dari ajaran Islam maka dengan memahami maksud ayat 113 dari Surah HUD, dengan perasaan yang suggul saya meninggalkan "PARTI TUPERWEAR" tersebut. Begitu juga dengan sumbangan kepada any pertubuhan yang konon nya "ISLAMIC" juga telah saya berhenti kan kerana saya merasa lebih afdal kalau saya menyumbang terus kepada para fikir miskin yang berada di sekeliling saya.
DeleteSungguh pelik mengapa Negara Komunis seolah olah menjalan kan hukuk Islam tetapi di Malaysia yang konon nya Islam menjadi teras, hukum ALLAH tidak terpakai tetapi terus mengagong agong kan hukum kafir yang dicipta oelh Lord Reid, seorang kafir. Begitu lah tanah air ku walau pun sudah melebihi setengah abad mencapai kemerdekaan. Bangga kah kita dengan "KEMERDEKAAN" yang sebegini?
Tak hairanlah bila rancangan bersama mu d tv3 sering Kali memaparkan kisah hidup rakyat yg ditimpa kesusahan dari segi Wang ringgit tanpa pembelaan sewajarnya...rupa2nya mrk yg d atas tu yg mentekedarah duit derma..
ReplyDeletetak lama lagi ada lah yg kena tangkap bocor maklumat, juai agama lebih untung dari juai unta
ReplyDeleteYapeim tu bagus. Yg tak bagusnya pengurusan yg dikuasai oleh nafsu serakah syaitan yg dikenali.
ReplyDeletetolong Dato Jamil Khir respon tentang masalah ini. Jangan terus menikus.
ReplyDeleteAssalam kak yong.
ReplyDeleteZaman ler ni ramai orang sanggup "jual agama" untuk 'merase' jadi kaya, hebat pada pandangan orang, hidup senang lenang, untuk tembolok demer dengan menipu, seleweng & khianat orang kita sendiri.
Bukan susah mana pun, berlakon ler watak berimej & cakap ikut skrip bior penuh filosofi macam yer iyer aje. Mesti terpukau punyer lah. Kita biasanya sangka baik aje. At last, baru tahu !
Sape nak sangka tokoh korporat Islam with such brilliant idea & background, atau, dia sorang alim ulamak tergamak menipu orang ramai@ ramai orang, yek? Padahal "alim kucing" je. Harta dunia jugak tujuan hidup demer. Munafik, yeah top !
Shenanigans, scammers are every where. Dalam parti politik Islam, madrasah tahfiz al-Quran, yayasan kebajikan, pertubuhan, persatuan, NGO, JAKIM, surau, masjid sekalipun.
Sya doakn semoga Allah membalas segala perbuatan mereka dengan sekeras2nya. Sya jga penyumbang kpd yayasan ini selama 20 tahun lebih. memang telah lama Allah gerakkan hati supaya menarik diri dari terus menyumbang kpd yayasan ini tapi sya tangguhkan dulu dgn memujuk hati dgn alasan untk menderma. Rupa2nya ada malaun sial dlm YAPEIM. Haram jadah sungguh menatang lembu nie
ReplyDeletesaya penyumbang juga. da nak minta keluar. terasa rugi yang kita buat tak sampai kepada sasaran.
ReplyDeleteisnin nanti saya isi borang pembatalan pemotongan bagi yapeim.
ReplyDeletegerammmmmmmmmmm