Pages

Wednesday, 4 November 2015

SEMAKIN BIRU WARNANYA!

Oleh kerana ramai yang tidak membaca Harakahdaily, maka Yong copy & paste salah satu rencananya. Sebelum baca rencana itu, baca kenyataan ini dulu:


Rancangan Haji Hadi itu disambut baik oleh Lim Guan Eng, lalu terjadilah begini:


Wah! Rancangan PAS dan DAP ini sudah bagus. Jika benar berlaku, pilihanraya di Malaysia tidak lagi dibayangi asas perkauman yang sempit!

UMNO sila bertanding di Kepong dan banyak lagi kerusi yang lazimnya ditandingi DAP. Gerakan, MCA dan MIC pula boleh bertanding di kerusi yang bakal ditandingi Amanah.

Tetapi kenapa mamat ini meraban?

  • 12 hrs · 

    Kerakusan DAP Untuk 'Menawan' Malaysia Makin Terserlah

    Mutakhir ini pimpinan DAP makin menyerlahkan kerakusan mereka untuk menawan Putrajaya dengan menunggangi parti-parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) dan beberapa individu Melayu yang menyertai DAP. Tindakan DAP mengisytiharkan keputusan mereka untuk bertanding di kerusi-kerusi yang dimenangi PAS di Selangor jelas membelakangkan PAN yang diyakini mempunyai keinginan bertanding di kerusi yang sama. Selain daripada itu, DAP terus mendesak Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR untuk menyingkirkan exco-exco PAS. Jelas sekali DAP kini cuba memperbudak-budakkan parti-parti lain dalam PH.

    Semenjak PAS bertahaluf bersama DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) telah menelaah strategi dan unjuran DAP untuk menguasai Malaysia melalui PR, iaitu dengan memaksimakan kemenangan calon-calon bukan Islam dan meminimakan kemenangan calon-calon Islam. Pendekatan mereka ialah dengan memainkan isu-isu sensitif berkaitan sentimen agama dan kaum, seperti isu kalimah Allah, penolakan dasar-dasar afirmatif seumpama DEB dan lain-lain. Ketika itu, PAS sentiasa menjadi halangan utama disebabkan manipulasi isu seperti ini akan merugikan PR secara keseluruhan.

    Hari ini, DAP terus dilihat oleh masyarakat Melayu-Islam mengamalkan pendekatan tersebut dengan menyerang kepentingan masyarakat Islam, tidak menghormati institusi Melayu, memperlekehkan kepimpinan Islam, mengobarkan sentimen anti Melayu dan lain-lain. PPP melihat strategi ini adalah untuk terus melonjakkan sokongan pengundi bukan Islam. Bagi mendapat sejumlah kecil sokongan pengundi Islam yang turut penting untuk menawan Putrajaya, DAP mempergunakan PAN dan segelintir PKR untuk menyempurnakan hasrat mereka. PPP yakin bukan sahaja pengundi Melayu-Islam akan menolak DAP, malah pengundi Cina dan bukan Islam yang lain juga akan menyedari niat kotor DAP ini.

    PPP menasihatkan DAP menerima realiti tentang akar umbi sejarah, latar belakang budaya dan susur galur nilai yang telah membentuk struktur sosial dan tatacara politik Malaysia. Kesemua elemen itu telah menjamin keharmonian masyarakat dan kestabilan politik dalam negara ini. Kerakusan DAP membelakangkan faktor-faktor keharmonian dan kestabilan itu lambat laun akan disedari oleh rakyat termasuk kaum Cina, justeru PPP berkeyakinan rakyat akan menolak DAP dalam pilihanraya umum akan datang.

    Dr Mohd Zuhdi Marzuki
    Pengarah PPP

    2 November 2015
    20 Muharram 1437

  • Apa sebenarnya yang ingin "dipertahankan" oleh Zuhdi?

    Islamkah? 
    Melayulah? 
    UMNOkah? 

    Sebelum melalut-lalut hendak mempertahankan status quo "Ketuanan Melayu", Tolong bagi tahu:

    1. Selepas DEB ditamatkan adakah pegangan equiti Melayu dan Bumiputera mencapai 30% (Ekonomi). 
    2. Kenapa budak Melayu buang bayi? (Sistem Kepercayaan). 
    3. Kenapa ramai orang Islam jadi penghuni pusat serenti? (Psikologi). 
    Cukup 3 soalan dahulu. 


    16 comments:

    1. Terima kasih umno/bn krn cover line utk tony pua...klu tak susah dap nk cover tony pua

      ReplyDelete
    2. Tuduhan Dr Mohd Zuhdi tu betul lah yong.. takkan tuduhan PAN pd PAS shj yg dianggap betul?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Salam Wan Rosli,

        Sila baca tulisan ini Semoga kamu faham:

        MEMAHAMI IJTIHAD PAS DALAM MENUMBANGKAN UMNO ATAU BERSAMA PAKATAN HARAPAN

        PAS dah tiada hasrat lagi menumbangkan umno. Bagi Ulama PAS dan Majlis Syura Ulama, menumbangkan Umno (yang mereka rasakan majoriti melayu) dan menaikkan PR (yang mereka rasakan berkongsi kuasa dengan non-muslim) adalah tidak mengikut Syarak.

        Almarhum Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) dan pimpinan Amanah yang berada dalam PAS dulu mempertahankan ijtihad bahawa kita perlu jatuhkan BN melalui PR, isu dominasi Melayu tidak timbul disebabkan jumlah kerusi yang ditandingi Melayu dan Perlindungan yang ada pada perlembagaan.

        Apabila TGNA meninggal dunia dan bekas pimpinan PAS tubuhkan Amanah (yang mana Presiden PAS arahkan disebabkan berbeza pandangan dalam hal ini), Majlis Syura Ulama dan Pimpinan utama yang tinggal dalam PAS adalah mereka yang mempunyai ijtihad bahawa menjatuhkan UMNO adalah tidak Syarie.

        Selepas PRU12 (2008), 2 kelompok ini terus berkembang. Presiden PAS sendiri dalam siri-siri ucapannya membawakan dalil-dalil untuk mewajarkan Kerjasama dengan UMNO berbanding PR. Tetapi ahli PAS masih tidak percaya apa sebenarnya Pimpinan PAS cuba sampaikan dan anggap berkerjasama dengan UMNO adalah dakwaan kosong.

        Keputusan PRU12 dan PRU13 yang menyaksikan gelombang pengundi bukan melayu menolak umno dalam masa sama pengundi Melayu masih setia dengan UMNO satu ancaman kepada kedudukan PAS dalam PR memandangkan PAS bertanding di kerusi Majoriti Melayu. PAS merasakan mereka perlu ketuai Pakatan. oleh kerana itulah PAS mengadakan hubungan dengan PERKASA untuk menarik sokongan pengundi Melayu.

        Bagaimana cara menukar pendirian Ahli PAS, seterusnya menukar keputusan Tahaluf dalam Muktamar serta membuang semua jawatankuasa Pusat yang cenderung kepada pendirian TGNA untuk bersama PKR dan DAP?

        Salah satu caranya ialah dengan membina permusuhan dengan DAP. Hubungan baik yang terbina selama ini perlu dirobek supaya ahli-ahli boleh menerima bahawa DAP adalah musuh Islam dan ianya adalah ancaman kepada perjuangan PAS seterusnya keputusan muktamar dapat dipengaruhi.

        Lalu apakah isu yang boleh digunakan untuk tujuan ini? Jawapannya Hudud. Hudud boleh digunakan untuk membuat provokasi menjarakkan DAP dengan PAS. Lalu bermulalah drama Private Bill yang akhirnya menjadi asbab Hubungan PAS dan DAP dapat dihentikan.

        Walaupun Menteri Jamil Khir bersetuju untuk membawa pindaan Akta 355 pada persidangan parlimen bulan Jun, tetapi Kerajaan Kelantan melanggar roadmap itu dengan sengaja mempercepatkan ke Bulan Mac melalui private bill sebagai sebahagian agenda mempengaruhi keputusan Muktamar pada bulan Jun 2015, menyingkirkan kelompok progresif dan membunuh Tahaluf dengan DAP.

        Setelah objektif ini tercapai maka sudah tidak ada lagi kesungguhan untuk membawa Private Bill dengan alasan sedang dibicarakan di Mahkamah. Walhal tiada halangan undang-undang pun melainkan ada perintah injunksi dari Mahkamah.

        Peringkat awal PAS berjanji untuk berbincang sesama rakan PR sebelum Private Bill ini dibawa, tetapi akhirnya PAS mungkirinya dengan membawanya secara bersendirian tanpa sepatah kata kepada rakan-rakan PR lain.

        Sekarang proses ini berjalan lancar tanpa apa-apa halangan sebagaimana dulu. Teori 'Jentik Dr Zuhdi' sedang dalam proses direalisasikan tanpa tentangan dari Individu seperti TG Nik Aziz dan bekas pimpinan PAS yang sertai Amanah. Dan ahli PAS sudah dapat diyakinkan dan dirasionalkan ini adalah pilihan terbaik 'Demi Menyelamatkan Islam' melalui keputusan Muktamar yang lepas.

        Hari demi hari langkah PAS semakin jelas iiuntuk berbaik dengan UMNO tidak kira sebesar mana jenayah UMNO dan BN kepada rakyat sekalipun.

        .....Penulis otai PAS

        Delete
      2. http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=27254

        Cara berlainan PAS berpolitik..

        Delete
      3. zuhdi , moktar senik adalah agen umnu btn yg menyusup dlm pas dn merosakkan dr dalam

        usaha merampas kelantan akan cuba dicapai

        wan rosli mungkin salah sorang dpd balaci mereka itu

        puak taksub assobiyah umnu yg kebetulan lahir dlm islam

        Delete
    3. This is just lame and absolutely ridiculous! Parti politik yang tak nak kuasa dan tak nak jadi pemerintah sibuk nak bertanding dalam pilihanraya pastu beria2 nak tanding kat kawasan yang DAP juga bertanding? Tan\k nak lawan UMNO dan ambil alih putrajaya tapi nak rebut kawasan yang parti pembangkang lain kuasai? Apa kejadahnya tu? Masih lagi sibuk melolong sebagai parti pembangkang tapi nak kalahkan DAP sementara itu juga berkawan dengan UMNO? Kegilaan apakah ini? Prof yahudi mana yang dah jadi tok guru pada Doktur Zuhdi ni?

      Jika PAS berkeinginan untuk masuk bertanding dan merampas kerusi2 yang dimiliki DAP itu adalah HALAL serta kerja yang mendapat pahala sebab itu demi Islam tapi jika DAP pula reciprocate dan nak masuk tanding dalam kawasan PAS, itu adalah rasisme serta konspirasi kafir yang nak kuasai bumi melayu serta memusnahkan Islam? PAS buat Halal tapi bila DAP buat "babi haram'? Ni islam apa kebendanya ni? Ni demokrasi yahudi mana yang dah ajar kat PAS ni? PAS boleh bertanding disemua kerusi DUN and Parlimen tapi parti2 lain teutama DAP tak boleh sebab mereka kafir, komunis serta berkonsirasi untuk menakluk tanah melayu? Ni ulamak serta cerdik pandai islam yang bercakap atau geng baju merah dengan mentaliti lebih bawah dari Jamal Ikan bakar serta sekutu bengongnya Ali Tinju?

      Berdegar2 cakap pasal Islam tapi rasisnya mengatasi ketaatan kepada Allah! Bercerita tentang demokrasi tapi nafsunya mahu kepada diktatorship yang bertopengkan pemerintahan khalifah islam! Bercerita tentang kebajikan rakyat tapi sibuk berkereta mewah dan berebut untuk mendapat jawatan yang bergaji lumayan walaupun dok kat dalam dewan DUN dan Parlimen seperti katak bawah tempurung. Lain yang dibahas lain benda yang ditanya pastu berlagak umpama pejuang rakyat yang sudah banyak berkorban reta dan keringat walhal asyik dok lepak kat kafe.

      Suruh angkat plakad yang berat tak sampai 100gm pun malas pastu bagi alasan bodoh konon2nya merekalah ahli MP yang beradab dan "gentlemen". Political gesture seperti mengangkat placad tu pun tak boleh nak paham dok berlagak macam dialah "hero" kat parlimen. Dari Presiden turun sampai ke ketua pemuda, PAS ni dipimpin oleh si Tolol. Elok sangatlah tu! Si tolol mempimpin parti yang dipenuhi oleh sibuta-tuli. Walaupun bas ekspress dah nak masuk gaung, masih lagi dengar cakap "drebar' yang masih "berbelah bagi" samada nak brek ke atau nak belok" sedang bas dah sampai hujung jalan dan nak masuk gaung! Si tolol terjun ke gaung bersama2 pengikut2nya sibuta dan situli! Biarkan! Biarkan!

      Nick.
      Cape Tiger.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Salam Nick,

        Allah (S.W.T) sudah bagi amaran:


        إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِنْدَ اللَّهِ الصُّمُّ الْبُكْمُ الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ

        “Sesungguhnya makhluk yang paling hina di sisi Allah ialah orang-orang yang tuli dan bisu yang tidak mengerti apapun (jahil).” (QS. Al-Anfal:22)”

        Semoga kita sentiasa mendengar kebenaran dan menuturkan yang haq – kerana kita mahu menjadi orang yang sentiasa memahami ayat-ayat Allah S.W.T. – supaya kita tidak menjadi orang yang jahil, yang tidak mengerti apa-apa – lantaran kejahilan itu adalah kehinaan bagi orang-orang yang sombong.

        Wallahu a’lam

        Delete
    4. Hadi kata masuk pru bukan utk menang..tapi nk masuk jugak..aku tak faham dgn lebai jadian ni..

      ReplyDelete
      Replies
      1. Salam Rozaini

        Itu cara dia menpsiko pengikutya.

        Delete
    5. Kelakar betullah puak serban ni. Nak mempertahanankan ape? Mentadbir satu negeri pun huru hara nak cerita pasal jaga ugama Islam. Dalam sebuk jaga Islam, balak tebang juga, dalam sebuk hal syariah emolumen sendiri naik melambung, dalam sibuk buka kitab ke hulu dan kehilir emolumen guru-guru pun kelam kabut.

      ReplyDelete
    6. Pemimpin PAS tidak bodoh sokong BN sebab mereka dijamu duit. Yang bodoh dan bangang ialah penyokong PAS macam saya, tertipu oleh "drama" lakonan ulama. TAPI, ALLAH SWT tidak akan tertipu, drama ini akan diadili nanti.

      ReplyDelete
    7. Pabila TGHH berkata,
      "PAS sertai pilihanraya bukan utk menang tapi utk mendapat keredhaan Allah.."

      Yang MAMPU difahami oleh org2 yg BUKAN berjiwa PAS ialah,
      'PAS sertai pilihanraya bukan utk menang tapi utk mendapat keredhaan Allah..'

      Tetapi, yg difahami SEBENARNYA oleh org2 yg berjiwa PAS ialah,
      'PAS sertai pilihanraya bukan SEMATA2 utk menang tapi utk MENANG BERSERTA mendapat keredhaan Allah..'

      ReplyDelete
    8. As salam.

      Nampak gayanya, berterusan ler ramai "orang kita" asyik kena tipu hidup-hidup & diperguna oleh pimpinan & orang atas Melayu-Islam demi kuasa, status quo, tembolok anak beranak & sekufu mereka.

      Dulunya dengan ragam para Sultan, Raja Melayu, pembesar negeri nak berebut naik takhta untuk jaga kepentingan mereka. Konon nak jaga rakyat & negeri. Terbukti mereka saja yang kaya-raya, senang lenang, makan tak habih & HANYA 2,3 kerat orang kita boleh dibanggakan.

      Pastu merdeka, UmNo pulak ambik kesempatan dengan "sambut kemerdekaan" & terus guna sentimen ketuanan Melayu, perpaduan untuk dapat populariti & kekal "in pole position the race" dalam sinambungan kuasa. Semakin rakus ler mereka dengan segala skandal, komplot jenayah terancang sesama mereka & kawan jenayah mereka dari semua bangsa Malaysia.

      PAS rupanya pun dah makin gelojoh akibat rakus habuan duniawi & naik tocang. Dulu mungkin ternampak ikhlas nak memperjuangkan Islam, tak kisah kalah & nak cari redha ALlah TAPI sejak bbrp tahun ni makin jelas ramai pimpinan & pendokong PAS HANYA memperalat agama untuk tujuan duniawi, kalah tunduk kepada nafsu serakah sendiri dalam "cari makan" & sanggup "jual iman, jiwa kepada syaitan".

      Lebih parah, malang ada antara mereka ni cukup jahat (walaupun status ulamak, asatizah) mereka sanggup mengheret sama pengikut mereka "ke neraka jahanam" supaya ikut kerja jahat mereka.

      Sebab pola pemikiran, sosiologi orang kita yang rata-rata ""gullible" & "so naive" in reading between the lines & they perceive it as true dogma, creed from Islam itself.

      Lulusan agama dari pondok, Uni. overseas pun ada yang bawak fahaman Islam yang salah & sempit, jugak kasar, kesat bahasa, akhlaknya HANYA menambah luka @ rubbing salt into the wound.

      Begitu ler mereka sentiasa penuh tipu-daya untuk dapat & kekal tapak kuasa di kawasan tertentu bagi orang-orang atas yg sekepala dengan mereka.

      Maxim "divide & rule" nampaknya masih berjalan. Patut ler negara & masyarakat kita sentiasa huru-hara, eka dah pecah@ kantoi. Buruk perangai, busuknya hati "orang agama" mirip orang munafiq yang lebih celaka daripada orang kapir harbi.

      Lebih parah mereka sendiri salah, lemah tapi sanggup buat tuduhan, salahkan orang lain sebagai "kambing hitam". Kata nak redha Allah, tapi perangai, cakap mereka tak selari sikit habuk pun - sapu balak, mungkir janji, tuduh orang dengan pelbagai gelaran, berkawan,berpeluk dengan dulunya musuh (UmNO, Perkasa) ??

      It's (hand)WRITING in the wall, indeed ...disass-ter in the making..just around the corner !!

      ReplyDelete
    9. Wan Rosli itu semacam bodoh a.k.a jahil murakab ya. Itu sungguh kasihan... Bagus yong menjawab, x meroyan dan kosong... Itu pun x faham faham... Sabo jela

      ReplyDelete
    10. Cuba lah baca artikel tranungkite tuh..

      ReplyDelete

    Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.