Pages

Saturday, 23 July 2016

KALAU SIKAP DEMER TAK BERUBAH AKU MASUK AMANAH

Raya ini sempat balik kampung jumpa kaum kerabat yang masih berada dalam PAS dan memegang jawatan penting di peringkat kawasan. 

"TAHNIAH!"

Mula-mula Yong terperanjat apabila ipar Yong beri tahniah.

Yong tanya, "Tahniah apa pulak?'

Dia jawab, "Tahniah kerana berjaya meningkatkan prestasi. Amanah dapat banyak undi di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar."

Yang cakap ini pemimpin PAS kawasan yang dah jadi aktivis PAS lebih 2 dekad. Dia melihat perkembangan terkini secara positif, walaupun Amanah belum sampai setahun jagung! 

Tetapi dia kecewa apabila baru-baru ini seorang pemimpin Amanah mengadakan walimatus urus anaknya. Selain dirinya, dia hanya nampak seorang lebai PAS. 

"Pemimpin Amanah buat kenduri dalam bulan Syawal, pun tak nampak batang hidung. Macam mana nak berdamai?" Tanyanya.

“Dulu benci sangat dengan Utusan dan Berita Harian, sekarang kenapa rujuk kepada berita itu hanya kerana nak fitnah Mat Sabu @ Amanah?” Keluh pemimpin kawasan itu lagi dengan nada kecewa.

“Patut ke Ustaz Ahmad Awang tu dituduh pengkhianat? Dialah yang pertahankan Pakatan Rakyat di Perak selepas menang PRU tahun 2008.” Tambahnya.

“Menang di Terengganu pun sepenggal jer. Kalah sebab terlalu sombong.” Katanya lagi.

"Taksub, sampai jadi bodoh." Kata seorang lagi kerabat. Saja menuang minyak ke atas api.

Teringat Yong ajakan Tuan Ibrahim kepada parti pembangkang. Lepas ajak dia sindir Amanah suruh bubar supaya semua jadi tenang.

Amanah kah punca Malaysia tidak tenang?

Tuan Ibrahim hulur tangan kanan untuk bersalam, tetapi tikam dengan tangan kiri.

Tak tau nak kata apa ulama macam ini.

“Kalau macam ini perangai demer, aku masuk Amanah.” Kata kaum kerabat Yong.

“Tengok berapa kerat yang akan kekal dan membantu peh kawasan kalau aku keluar.” Tegas ipar Yong.

Yong tau ipar Yong ini ada keluarga besar yang aktif dalam PAS sejak ia ditubuhkan di kawasan itu

********************

Sudah berkajang-kajang pemimpin Pakatan Harapan menulis/berhujah mengenai isu 1MDB, pemimpin PAS macam baru bangun tidur.

KENYATAAN BASI (HARAKAH)

SAYONARA!

P.S. Kita tengok adakah maki hamun akan dilemparkan kepada admin kerana tulisan ini?

3 comments:

  1. Yang kata Ustaz Ahmad Awang tu pengkhianat memang mulut berbau longkang. Aku dengar siapa ustaz ni belum peristiwa 13 Mei lagi. Masa tu kolompo ni kecik je. Ustaz tak ramai. Sudah berjasa lebih setengah abad. Jasa untuk ugama terlalu banyak. Yang berhingus jangan nak kutuk dia. Kesat hingus tu dulu.

    ReplyDelete
  2. Tak tau nk ckp apa dah. Pakcik tgh opening ni

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yong,

    Saya mengucapkan syabas kepada kaum kerabat Yong yang sudah mampu untuk melihat kebenaran. Harap harap mereka mengotakan iltizam nya.

    Kalau ada yang memaki hamun admin kerana catitan ini, saya kira mereka itu masih bersifat "KATAK DI BAWAH TEMPURUNG" atau pun mereka dah kekenyangan "DEDAK" yang di suapkan kemulut mereka oleh klon DAJJAL.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.