Pages

Sunday, 18 September 2016

N3 HUJUNG MINGGU: KISAH SELIPAR BURUK


Selipar ni letaknya di kaki. Kita hentak dia ke mana kita pergi. Kekadang terpijak najis. Kekadang terpijak paku. Seliparlah yang menerima petakanya. Tetapi semua itu demi menyelamatkan kaki yang amat penting bagi kita. 

Sebelum menunaikan haji di Mekah Yong beli sepasang selipar yang comfortable. Sebabnya kita nak kena banyak berjalan. Di Mekah, Yong selalu simpan selipar dalam plastik dan letak dalam rak di kawasan masjid. Tetapi disebabkan rak itu beralih (Yong rasa beralih atau Yong yang penin tak taw la) sering kali penat mencari rak di mana selipar Yong tu disimpan. 

Satu hari Yong fikir, baik jadi macam orang lain. Simpan saja selipar ini dalam rak yang terletak dekat pintu keluar. Konfim tak berpindah rak itu. Yong letak di tempat tinggi. Lagipun Yong fikir, siapalah yang berminat pada selipar buruk saiz kecil (kaki Yong sangat kecil). Haha...

Selesai solat asar, Yong pun nak balik. Yong pergi ke rak tersebut. Alangkah terperanjatnya Yong kerana selipar tersebut telah ghaib. Yong cari juga keliling – kot-kot jatuh. Tetapi hampa. 

Yong pulang ke hotel (hanya 700 meter dari masjidil haram) berjalan memakai stoken jer. Terasa geli dan tajamnya batu-batu kerikil mecucuk tapak kaki. Sabar.

Selipar Yong hilang forever. Tetapi ia mungkin berjasa kepada sesiapa yang mengambilnya dan lebih memerlukannya. 

Muhasabah, mengapa ini harus terjadi?

Omputih kata: "Don’t take things for granted."

Orang Melayu kata: "Jangan suka perlekehkan orang."

Rakyat marhein kata: "Jangan anggap kami macam selipar."





Berita lanjut boleh dibaca di sini:


Sekadar untuk peringatan diri sendiri:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik.” (QS. Al Hujurat: 11)

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.