Pages

Tuesday, 18 October 2016

MACAM-MACAM KAEDAH JATIDIRI YANG BOLEH DILAKSANAKAN, TETAPI BUKAN INI...

Sebuah video kini viral memaparkan aktiviti program jatidiri menunjukkan beberapa orang murid perempuan dipaksa untuk meredah sebuah kolam air yang ada ular. 

Persoalannya:

Siapakah si bodoh yang merancang dan melaksanakan program ini?
Berapakah usia budak-budak itu?
Apakah tujuan sebenar program ini?
Apakah kelayakan perancang dan pelaksana program tersebut? (Contoh: adakah mereka memiliki ilmu psikologi kanak-kanak, remaja, etc..).


Tidakkah perancang/pelaksana program sedar, seorang yang takut akan trauma dan mungkin menghadapi nightmare beberapa malam kerana ketakutannya? Lebih teruk lagi jika pihak perancang/pelaksana tidak mengadakan sesi "caring" selepas program yang menakutkan ini. 

Akibatnya Malaysia menjadi lebih terkenal di seantaro dunia. Selain daripada Facebook, video perlakuan para "motivator" yang menjengkelkan ini juga ada di youtube yang dimuatnaik oleh pengamal media sosial dari negara jiran (video di atas).

Tolong!

Bukan semua orang boleh jadi abang bomba atau nak kerja di PERHILITAN atau nak kerja dengan haiwan ganas di sarkas.

Walaupun kita mahu anak-anak kita menjadi orang yang berani, tetapi kaedah ini jelas sangat melampau dan wajar dikecam!

YONG SUKA KUNING DENGAN INI MENGECAM PELAKSANAAN SEBARANG KAEDAH JATIDIRI/MOTIVASI YANG BOLEH MENDATANGKAN KESAN SAMPINGAN NEGATIF JANGKA PANJANG KEPADA PESERTA!

6 comments:

  1. Masih ada lagi orang bodoh di Malaysia yg bawak progrem bodoh.

    Lembu pun tak sebodoh itu.

    Kalau anjuran sekolah mintak kementerian bertindak dgn orang bodoh tu.

    ReplyDelete
  2. SiBodoh Baghal ni cer suruh anak terjun lepas tu kite ramai ramai campakan Kerengge jer.konfirm anak dia akan jerit macam Pontianak.Kecik kecik tk mati dh besar menyusahkan orang

    ReplyDelete
  3. Anak murid di suruh memberanikan diri terhadap benda yang menggelikan. Inikan dari golongan hawa. Geram betul mendengar ayat2 cikgu tersebut. Spesis cikgu bodoh....cikgu makan dedak kot

    ReplyDelete
  4. Bukan jati tapi nak bagi mati.

    ReplyDelete
  5. Mereka belajar dari guru murshik mat Maslan.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.