Saksikan dengan hati - Jangan marah-marah:
HOKALOH!
Bagaimana pulak dengan harta benda negara dalam 1MDB yang juga menjadi tanggungjawab kamu?
Bagaimana pulak dengan harta benda negara dalam 1MDB yang juga menjadi tanggungjawab kamu?
Bagaimana pulak dengan harta benda rakyat marhein yang semakin kecut kerana terbeban dengan kenaikan harga barangan akibat GST?
Takpe, balak masih ada.
geli sungguh ketiak ni bila mendengar penyamun kt nk jg harta negara
ReplyDeletenyawa? mana pegi nyawa altantuya
ReplyDeleteApa yang boleh saya nilai mengapa keadaan itu berlaku mungkin disebabkan kedua pihak masih "berklu klik", tusuk punca. Belum jelas dan tidak mengistyharkan kedudukan mereka. Atau ummah Melayu masih belum faham apa istilah ta'awun dan slogan politik "matang dan sejahtera" itu. Bagi orang Pas mereka masih teringat kepada kesadisan Umno. Lagipun pemimpin mereka masih ada yang menafikan wujud kerjsama. Perbezaan pendapat dan kesimpulan politik berbeza di kalangan pemimpin mengelirukan mereka.
Demikian juga dipihak Umno, ia tidak menyatakan secara jelas akan bentuk kerjsama itu. Walaupun "paip" nafsu Umno sudah terbuka dan menegang untuk bersama Pas, tetapi kerana ia belum jelas, tidak istyahar kepada ahli maka ia mengelirukan.
Sepatutnya Umno tidak perlu menyembuyikan shawatnya. Masa PAU yang lalu seharusnya sudah ada usul membincangkan kerjasama dengan Pas. Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir sudah membayangkan isu perpaduan dengan Pas akan dibincangkan, malangnya sampai ke sudah usul itu tidak kedengaran. Kenapa? Apakah ia ada nasihat daripada Pas ditangguhkan disebabkan hal-hal tertentu atau bagaimana?
Tanpa ada pengistyharan untuk berkerjasama menyebabkan ahli dan penyokong kedua-dua parti itu keliru dan segan untuk datang. Umpama majlis kenduri kahwin yang perkahwinannya diragui, maka tetamu yang berakhlak sangsi untuk hadir. Apa lagi tuan rumah tidak menjemput secara rasmi sekadar memesan kepada orang lain. Nah, begitu juga dengan sikap orang Pas dan Umno dengan majlis di Titiwangsa itu. Mereka keliru dan keadaan itu menyebabkan mereka rasa tidak penting untuk bersama.
Makanya wajar Pas dan Umno tidak terus membungkus maksud hati. Tidak perlu "berkongkalikong" dan hanya bercekeraman menerusi whatsAap atau media sosial sahaja. Seperti saya nyatakan kalau keputusan dan analisa politik yang dibuat menyakinkan mereka, untuk kebaikan bangsa, agama dan negara, apa tunggu-tunggu lagi umumlah segera. Kita perlu telus dan gentlemen. Saya percaya kalau Pas dan Umno mengistyharkan kerjasama mereka, kehadiran dihimpunan semalam Melayu akan lebih ramai daripada masyarakat Rohingya. Majlis itu akan menjadi ruang solidariti Melayu bukan medan solidariti Rohingya.