Pages

Sunday, 12 February 2017

JANGAN PERCAYA WALAUPUN DIA MENGAKU MENYOKONG AMANAH!

Mulanya Yong tak mahu layan karenah makhluk ini. Tetapi ada pula kekawan bertanya. Maka biarlah Yong nyatakan pandangan Yong di sini, kerana dulu makhluk ini berkali-kali mendekati Yong dalam berbagai wajah.

Dia pernah menyamar sebagai penyelidik, mualaf, peguam, peladang, ustaz dan entah apa lagi penyamarannya. Tujuannya hanya untuk mendekati penyokong pembangkang, jadi batu api, membuat provokasi dan menyingkirkan golongan professional dalam PAS.

Tiba-tiba dia muncul semula, kononnya menyokong Amanah dan menentang ulama PAS.

Tolong jangan jadi naïf!

Pertama: Amanah tidak menentang atau memusuhi ulama – tak kira dia duduk dalam parti apa. Malahan Amanah menganjurkan NUNJI 2015 dan NUNJI 2017 semata-mata untuk memartabatkan Islam dan mengiktiraf sumbangan ulama dan cendekiawan Islam dalam politik di Malaysia seiring dengan golongan professional berbilang kaum, demi kemajuan negara. 

Kedua: Amanah telah mensarankan ahlinya dan penyokongnya menggunakan bahasa yang baik-baik apabila berhujah dengan ahli/penyokong parti lawan. Tagline Amanah 'rahmatul-lil-'alamin tidak memberi ruang kepada labelling dan maki-hamun, seperti yang digunakannya.

Ketiga: Kita tidak tahu apa tujuannya muncul semula setelah menyepi apabila matlamat memecah-belahkan PAS telah tercapai. Adakah dia ingin menjatuhkan Haji Hadi dan gerombolannya, supaya lorong Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menjadi Presiden PAS itu menjadi lebih mudah? Atau dia sebenarnya mahu membunuh karektor Tuan Ibrahim Tuan Man (yang dulu disokongnya), supaya Haji Hadi dan gerombolannya tidak tercabar pada Muktamar akan datang?

Keempat: dia hanya seorang pelakon. Ingat lagi lakonannya, konon dia sedang bercakap dengan seorang mamat bernama Nurul dan menyebut beberapa nama pemimpin PAS? Kemudian dia kata itu hanya lakonan, sambil mengejek orang yang percaya dengan lakonannya.

Kelima: Dia tahu pengundi atas pagar tidak suka kepada pengamal media yang menggunakan bahasa kesat, maki-hamun dan melabel. Mengaku penyokong Amanah meletakkan parti itu seolah-olah menerima modus operandi tersebut. Ini akan menyebabkan pengundi yang tidak suka menjauhkan diri daripada Amanah. Itukah matlamatnya?

Keenam: Amanah tidak mempunyai cybertrooper. Tiada askar perang siber atas jenama apapun. Masing-masing menggunakan inisiatif, tulang empat kerat dan tools sendiri. Sebagai pengamal media sosial, dia nak pakai baju perang siber jenama apapun, itu hak dia dalam Negara demokrasi. Tetapi yang jelas - Dia bukan cybertrooper dari Parti Amanah Negara!

Ketujuh: Perbuatannya menghuru-harakan sebuah jemaah Islam melalui adu-domba amat buruk dan hina. Akibatnya PAS berpecah. Para pemimpin serta penyokong Amanah juga dicaci-keji tanpa henti sehingga dilabel pengkhianat. Adakah Amanah akan menerima makhluk sepertinya di dalam rank and file kita? Sungguh tidak logik.

Yong ada sebab untuk tidak mempercayainya.

PENGGUNAAN BAHASA KESAT DAN MELABEL ADALAH NICHE DIA

TIADA TANDA KEINSAFAN DI ATAS PERBUATANNYA

Sahabat Reformists dan Activists! 

Mengkomer nak follow. Ikut suka. Ini Negara demokrasi. Tapi jangan percaya kepada makhluk perosak yang kononnya telah insaf! Lebih-lebih lagi yang tidak pernah menunjukkan wajahnya.

Dia kata dia akan kembali. Sebagai apa kalau bukan sebagai hantu yang mulut sama busuk dengan yang dikejinya?

PERHATIKAN BAHASA DIA

Buat TUC, Yong kata: Hak kamu untuk tulis pendapat kamu. Tetapi untuk apa tag #Amanah4All itu apabila bahasa kamu tidak mencerminkan akhlak Amanah?

MOLEK SANGAT KALAU KAMU BERSARA TERUS

ADIOS! RIP!


2 comments:

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.