Pages

Friday, 12 May 2017

JAWAPAN DR ZULQARNAIN LUKMAN TERHADAP TOHMAHAN PERLEMBAGAAN AMANAH SAMA DENGAN PERLEMBAGAAN DAP

Terlebih dahulu Yong mohon kemaafan adik, kakak, abang dan anak-anak, kerana Yong tak dapat kerap berblog seperti dahulu disebabkan kesibukan tugas. 

Apapun Yong akan jenguk juga. Takut bersarang pulak blog ni. 

Berikut Yong kongsi penjelasan daripada pakar undang-undang Amanah terhadap tulisan Dr Kamarul Zaman Yusuf (yang kebetulan sahabat facebook Yong juga), mengenai isu Perlembagaan Amanah. Semoga Dr Kamarul Yusuf berlapang dada menerima kritikan sebagaimana dia mengkritik.

Sila baca.

Jawapan Kepada Dr Kamarul Zaman Yusoff: Isu Persamaan Perlembagaan Parti Amanah Negara Dengan Perlembagaan DAP

PERTAMA: Dr Kamarul Zaman Yusoff (FB post Kamarul Yusoff pada 9/5/2017) pada telah menyatakan bahawa Parti Amanah Negara (AMANAH) telah gagal untuk mendedahkan kandungan perlembagaan parti setelah setahun beroperasi.

JAWAPAN: AMANAH adalah parti berdaftar dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama dan mana-mana ahli berdaftar mempunyai hak yang sama termasuk untuk mendapatkan perlembagaan parti. Bukan seperti PAS meletakkan Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hanya sebagai sekutu dan bukan ahli yang mempunyai hak sama rata. 

Oleh itu, selaras dengan peraturan Pendaftar Pertubuhan, setiap ahli berhak untuk mendapat akses kepada Perlembagaan AMANAH dan mereka boleh berhubung dengan Setiausaha Organisasi AMANAH jika ingin mendapatkan salinan Perlembagaan AMANAH. Bagi orang awam, mereka boleh membuat carian di Pejabat Pendaftar Pertubuhan jika mereka ingin mendapatkan perlembagaan AMANAH. Bahkan, Perlembagaan AMANAH (setakat 15/8/2016) dan cadangan perlembagaan baharu AMANAH telah diedarkan kepada ahli yang hadir Konvesyen Nasional AMANAH yang diadakan pada 10-11 Disember 2016, SACC, Shah Alam. Oleh itu, dakwaan Dr Kamarul Zaman Yusoff itu adalah tersasar daripada kehendak dan peraturan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

KEDUA: Dr Kamarul Zaman menyatakan bahawa perlembagaan AMANAH sama dengan Perlembagaan DAP daripada segi bentuk pemilihan. Di akhir tulisan dibuat innuendo berikut “Apakah persamaan kaedah pemilihan pemimpin tertinggi Parti Amanah Negara dengan kaedah pemilihan pemimpin tertinggi DAP ini adalah satu kebetulan atau dirancang?”

JAWAPAN: Sesuatu perlembagaan perlu dilihat secara menyeluruh dan bukan hanya tebuk-tebuk sebelum membuat sesuatu perbandingan. Dr Kamarul Zaman hanya memetik bab pemilihan sahaja. Ini adalah tindakan yang tidak adil kerana setiap parti berhak menentukan kaedah pemilihan tersendiri. Bahkan pemilihan khalifah selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW juga berbeza-beza. Mengikut sirah Sayyidina Umar R.A, beliau sendiri telah mengusulkan nama Saidina Uthman bin Affan, Saidina Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Zubair Al Awwam dan Saad bin Abu Waqas. Pemilihan Khalifah Uthman R.A. selaku khalifah ketiga adalah berdasarkan musyawarah ini. Konsep musyawarah ini yang dipakai dalam Perlembagaan Amanah. Mengapakah Dr Kamarul Zaman lupa sirah ini dan memilih untuk menyamakan AMANAH dan DAP? Tentu sekali ada niat tersiratnya, bukan?

Perkara 56 Perlembagaan AMANAH (setakat 15/8/2016, dan perlembagaan baharu dalam Bahasa Melayu sedang menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan) menyatakan:

56. The Annual National Convention shall elect a National Leadership Committee every three (3) years consisting of twenty-six (26) members. The twenty-six (26) elected members of the National Leadership Committee together with the Wanita Amanah National Head, the Pemuda Amanah National Head, and the Wanita Muda Amanah National Head, and fourteen (14) States’ Chairmen shall from amongst their number elect a President and a Deputy President both of whom shall profess a profound understanding of and commitment towards Islam and not more than three (3) Vice Presidents. The President shall hold office not more than three (3) consecutive terms. The President in turn shall appoint five (5) additional members of the National Leadership Committee with the approval of the National Leadership Committee. After having appointed the five (5) additional members of National Leadership Committee, the President shall with the approval of the National Leadership Committee, appoint from among the National Leadership Committee members; not more than two (2) Vice Presidents, a Secretary-General, a Deputy Secretary-General, not more than three (3) Assistant Secretaries, a Treasurer-General, an Organizing Secretary, a Communication Director, an Election Director, a Strategy Director, a Syariah Affairs Director, and a Leadership Development Director.

Dr Kamarul Zaman tidak cermat bila mana klausa 56 Perlembagaan AMANAH itu menyatakan terdapat 26 orang yang akan dipilih dalam Jawatankuasa Pimpinan Nasional dan bukan 25 orang seperti yang ditulis olehnya.

Selain itu, jelas sekali wujud perbezaan ketara antara Perlembagaan AMANAH dan Perlembagaan DAP. Perlembagaan AMANAH mensyaratkan Presiden dan Timbalan Presiden hendaklah mempunyai kefahaman dan komitmen terhadap Islam yang tentunya hal ini tiada dalam Perlembagaan DAP. Begitu juga dengan jawatan yang dinamakan adalah berbeza. Antara jawatan dalam DAP yang tiada dalam AMANAH adalah National Chairman dan National Deputy Chairman, Deputy Secretary General, National Publicity Secretary, International Secretary dan National Director of Political Education.

Manakala, jawatan yang ada dalam AMANAH tetapi tiada dalam DAP adalah Presiden, Timbalan Presiden, Pengarah Komunikasi, Pengarah Pilihan Raya, Pengarah Strategi, Pengarah Pembangunan Kepimpinan dan Pengarah Hal Ehwal Syariah.

Begitu juga daripada segi struktur, dalam DAP kuasa eksekutif adalah terletak ke atas Setiausaha Agung tetapi dalam AMANAH kuasa eksekutif adalah terletak ke atas Presiden.

Kesimpulannya, Dr Kamarul Zaman bukan hanya membuat tohmahan liar bertujuan untuk menimbulkan keraguan orang ramai bahkan tidak cermat apabila gagal merujuk kepada peruntukan Perlembagaan Amanah yang terkini. Selain itu, penelitian yang dibuatnya langsung tidak ilmiah dan tidak merujuk kepada hal sebenar. Sebagai seorang bertaraf Ph.D sepatutnya Dr Kamarul Zaman lebih teliti apabila mengemukakan fakta. Jika sesuatu fakta itu silap dan tidak tepat apakah nilainya Ph.D yang dimiliki olehnya.

Dr Zulqarnain Lukman
KANUN
Parti Amanah Negara

2 comments:

  1. Assalamualaikum Yong

    Bukannya sesuatu yang ganjil di Malaysia ini, terdapat beberapa individu yang memperoleh taraf Ph.D secara plagiat? Yang rajin ngenden pensyarah pun, ramai juga. Apa nak dihairankan, ki ki ki ki ki...

    ReplyDelete
  2. Biasalah budak manja bukan boleh ditegur, merajuk selalu. Bermain kalah, merajuk. Bila dah besar, orang tegur, merajuk selalu.
    Orang bagi gula2, ampu, lupa daratan.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.