Pages

Monday, 3 July 2017

PERTANDINGAN TIGA PENJURU PARTI MANA YANG MELINGKUP? (VIDEO RAFIZI)

Video bukan Yong buat. Yong kongsi ajer.

Komen molek-molek.

1 comment:

  1. Nak komeng guano kawang dok gheti omputih....mukalu dia kecek dalang bahasa germang ke waema dalang bahasa al quran sekali pong kawang dok pahang juge....

    Lihatlah perbezaan kejadian Allah diantara dua sosok ini. Rafizi dan Hj Hadi keduanya berasal dari Terengganu. Sorang berkepala dogol (tak berkopiah serban). Ramai pak lebai PAS mengutuk orang yang tak pakai kopiah serban dan memandang rendah akan ilmu pengetahuan serta memperlekehkan keimanan mereka. Tapi yang kita nampok, hok pakai kopiah putih ni paling kuat maki orang.

    Hj Hadi dan Rafizi kedua-duanya Ahli Parlimen. Tetapi performance mereka bagaikan bumi dengan langit jika mahu dibuat perbandingan.

    Sekarang mari kita lihat tentang visi masing-masing dalam mengatur masa depan negara. Dalam tulisan terbarunya Hj Hadi menyarankan bahawa untuk membetulkan segala kepincangan, salah tadbir urus dan membenteras rasuah di negara ini, pemimpin dan rakyat semua hendaklah kembali kepada ajaran Quran....idea macam ni tak payah jadi Presiden Parti pun ramai yang mampu bagi masa berborak di kedai kopi yang berselerak di tanah air ini...tak payah masuk mana-mana pondok pun untuk mencari pemikir setaraf ini. Memang betul lah tu, tak ada salah pun, tapi Tuan haji huraikanlah sedikit PAS akan lakukan supaya semua orang kembali kepada Islam. Adakah dengan terus menyumpah seranah ahli yang keluar PAS atau terus mengasak dan menyalahkan DAP kerana menyebabkan kemuduran kepada umat Islam di negara ini...hello...cakap mai la apa yg hangpa nak buat...

    Haji juga cakap, kita perlu memberi peluang kepada pesalah laku rasuah supaya bertaubat. Kalau nak tunggu Najib dan kuncu-kuncunya bertaubat mungkin Tuan haji kojol dulu pun mereka tidak akan insaf.....

    Belajarlah dari anak-anak muda seperti Rafizi yang jelas hala tuju perjuangan serta tahu apa yang perlu dilakukan bagi membetulkan sistem pentadbiran negara ini jika memenangi pilihanraya kelak. Atau mungkin tak tercapai akalmu...?

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.