Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 3 September 2017

WARKAH DARI PENJARA - SAHIH ATAU PALSU?

Selama ini jarang penyokong-penyokong Pakatan Harapan bertindak mempertikaikan kesahihan warkah dari penjara yang ditulis oleh Anwar Ibrahim.

Tetapi pada kali ini mereka jelas terganggu dan tidak puas hati.

Ini warkah yang dipertikaikan itu. Yong paparkan keseluruhannya. Komen Yong muncul selepas warkah ini. Kalau dah baca kenyataan media ini di mana-mana skip saja dan terus ke komen Yong:

KENYATAAN MEDIA

Saya telah meneliti kenyataan sdr Rafizi Ramli, Naib Presiden dan ahli-ahli yang melahirkan keresahan kerana corak cadangan kerjasama KEADILAN dengan PAS yang dianggap samar dan berlarutan tanpa dimuktamadkan. Keadaan sedemikian dianggap mengelirukan dan dikhuatiri akan menjejaskan muafakat Pakatan Harapan. Pimpinan Pakatan Harapan juga telah menjelaskan pendirian menolak kerjasama dengan PAS.

Pimpinan KEADILAN bergerak atas prinsip musyawarah dan harus menangani kegelisahan yang disuarakan dan sentimen umat dengan penuh hikmah. Namun saya perlu menjelaskan bahawa komitmen KEADILAN teguh dan kukuh bersama Pakatan Harapan sepertimana yang dizahirkan sdri Azizah sejak awal lagi. Apa yang diusulkan dan dipersetujui Biro Politik sebelum ini adalah tidak memusuhi PAS, mengkaji kemungkinan mengelak pertarungan tiga penjuru. Pertimbangannya adalah menggembeleng seluruh kekuatan dalam menghadapi UMNO-BN dalam PRU 14.

Garis yang ditetapkan dengan jelas adalah kerjasama tersebut, seandainya berlaku, tetap dalam kerangka komitmen KEADILAN dengan Pakatan Harapan. Sdr Azmin yang diminta menerajui inisiatif ini sedar bahawa yang disarankan adalah strategi nasional dan tidak terbatas kepada Selangor sahaja. Wajar ditegaskan semula bahawa ikhtiar KEADILAN adalah bagi menjernihkan suasana dan merangkul kekuatan rakyat.

Pertemuan sdri Azizah (Presiden) dan sdr Azmin (Timbalan) dengan Tuan Guru Hj Hadi juga telah mengundang pelbagai reaksi. Saya alu-alukannya dengan maksud menziarah sahabat lama dan bersilaturrahim sambil menyatakan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas pemulihan kesihatan beliau. Hj Hadi juga menerima kami dengan semangat kekeluargaan yang baik. Malangnya, terdapat kecaman dan serangan kasar dari beberapa pimpinan PAS terhadap KEADILAN. Nasihat saya kepada pimpinan adalah untuk mengenepikannya kerana tumpuan kita adalah terhadap kerakusan dan rasuah pemerintahan UMNO-BN. Saya tidak menghalang sebarang penjelasan dari pimpinan untuk meluruskan kekeliruan yang timbul, termasuk dalam isu RUU 355.

Menyingkap pengalaman saya berbincang dengan pimpinan PAS dan DAP secara berasingan sebelum pembentukan Pakatan Rakyat, perlu diperjelas bahawa ia didasarkan kepada beberapa prinsip yang dipersetujui bersama. Kerumitan dirungkai, walaupun pada peringkat awal dilakukan secara berasingan.

Saya akui keadaan sekarang lebih rumit dan mencabar, kerana PAS telah mengambil keputusan untuk tidak menyertai Pakatan Harapan. Akan tetapi, hampir dua tahun lalu saya menyarankan KEADILAN tidak semestinya memutuskan hubungan dengan PAS selagi ada kesediaan di pihak PAS untuk meneruskan perbincangan. Secara konsisten saya telah suarakan pendirian tersebut kepada pimpinan KEADILAN, DAP, BERSATU dan AMANAH. Pimpinan berhak membuat penilaian dari masa ke semasa.

Maka saya tidak dapat meremehkan kerisauan yang disuarakan oleh rakan-rakan. Pertama, kerana timbul persepsi kemungkinan kerjasama PAS dan UMNO, tetapi ura-ura tersebut telah dibantah keras oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Tuan Ibrahim.

Kedua, tempoh yang lama dan berlarutan dianggap akan menjejaskan ikhtiar parti dalam mengemaskini jentera pilihanraya; malah berisiko tinggi seandainya terdapat kejutan! Ini dapat dihindari seandainya seluruh pimpinan dan jentera KEADILAN bergerak pantas sebagai satu pasukan padu, menyemarakkan gema Reformasi dan agenda perjuangan rakyat, kebebasan dan keperitan hidup mereka. Kita tidak pernah berganjak dari tekad menentang kezaliman, perkauman dan rasuah.

Secara peribadi, memahami semangat demokrasi KEADILAN, saya tidak keberatan jika ingin dikendali Kongres Khas. Kemusykilan saya adalah keperluannya memandangkan tiada perubahan dasar yang berlaku. Malah dengan kemungkinan PRU 14 diadakan dalam tempoh terdekat, segala keputusan perlu dimuktamadkan segera.

Dengan penjelasan ini, saya mohon pertimbangan dan kerjasama rakan-rakan untuk memberikan sedikit ruang kepada Presiden dan pimpinan untuk memberi penjelasan dan menentukan dasar dan arah selanjutnya selaras dengan pendirian KEADILAN dan muafakat Pakatan Harapan. Semua tindakan seterusnya harus diadakan menurut saluran parti.

Salam Reformasi!

Anwar Ibrahim
2 September 2017

********************

KOMEN

Apa masalahnya? Macam ok saja kan?

Ayat berbunga-bunga, macam kebiasaan tulisan DSAI.

Jom kita bedah satu persatu.

Kata penyokong DSAI, beliau seorang yang konsisten dalam tulisannya. Bait-bait ayatnya sentiasa tuntas dan tepat kepada matlamatnya. 

Tetapi pada kali ini Yong nampak kecacatan yang agak glaring pada ayat-ayat DSAi.

1. DSAI dimaklumkan, PAS bukan ahli komponen Pakatan Harapan. Walau bagaimanapun, beliau mahu terus berbincang, selagi PAS sudi.   

RUNDING KALAU PAS SUDI


Adakah PAS masih sudi?

HUBUNGAN SUDAH PUTUS!

Tidak jelas lagi? Bagaimana dengan kenyataan ini?

PKR TAK RASA MALUKAH DIHINA BEGINI?

2. Kerjasama PAS-UMNO itu hanya jadi kebimbangan jika PKR meneruskan rundingan dengan PAS. Jika tiada usaha rundingan, siapa pun tak kisah. Lantaklah PAS nak kerjasama dengan UMNO, Ikatan, Berjasa atau Parti Cinta Malaysia.

Tetapi, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.

Adakah DSAI yang berada di penjara mendapat maklumat terkini yang benar?

KENAPA AMBIL KENYATAAN TUAN IBRAHIM, BUKAN HAJI HADI? 

Antara Tuan Ibrahim dengan Haji Hadi dan tukang kipasnya, agak-agak siapa yang walaun dengar?

3. Setelah membuat kenyataan tidak jelas sokong rundingan atau tidak, tiba-tiba keluar 'nasihat' supaya bergerak pantas.

PAS ANTI DAP DAN AMANAH

Bagaimana hendak bergerak pantas weh, bila sebelah sana letak brake di kakinya? Perbuatan meneruskan perbincangan dengan PAS itulah yang akan jadi batu penghalang pergerakan yang pantas itu.

Ayat ini langsung tidak berpijak di bumi yang nyata. 

Contohnya: Mana Struktur Pakatan Harapan Selangor?

4. Kesimpulan diakhir kenyataan media itu ibarat meletakkan dinding di pertengahan jalan. Maka pemandu terpaksa tekan brake emergency. 

Kesimpulan itu memohon pertimbangan dan kerjasama untuk terus berunding dengan PAS.

Oi Yob! Demer sebelah sana udah tak sior! Itu kami udah jeleh! Nak bagi ruang apa kebenda lagi? 

NAK PAKSA PAKATAN HARAPAN AKUR? 

Ayat terakhir yang menyebut 'semua tindakan seterusnya harus diadakan menurut saluran parti' itu maksudnya parti PKR?

Adakah PKR mahu Pakatan Harapan ikut parti PKR?

Tolonglah! PKR bukan parti yang paling banyak ada kerusi dalam Pakatan Harapan dan bukan parti yang tertua.

PKR nak berlagak macam abang besar?

Surat itu penuh dengan serabut kekaburan dan tidak tuntas seperti surat DSAI sebelum ini. 

Adakah DSAI sudah hilang 'flair' dalam gaya penulisannya?

Atau warkah ini hanya untuk menjustifikasi tindakan seseorang yang sejak akhir-akhir ini kalut dengan rundingan yang tidak nampak penghujungnya dengan PAS?

Sahih atau palsu?

Mengkomer fikir sendiri.

Kita yang benci kezaliman harus move forward. Tinggalkan sahaja mereka yang terhegeh-hegeh merayu puak yang tak sudi itu dengan impian mereka.

JOM UBAH!

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.