Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 28 November 2011

TIP MENDAPAT KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG

Pernahkah anda hairan bagaimana rakan anda mendapat gred yang lebih baik sedangkan selalunya dia tak nampak lebih bijak daripada anda ketika berhujah? Sedangkan anda telahpun  bersengkang mata mentelaah? Apakah rahsianya?
Jawapannya terletak di tangan anda sendiri.
Yong telah memeriksa beribu2 kertas jawapan. Yong dapat menilai kualiti pelajar melalui kertas jawapannya. Tak kira sama ada anda sedang menduduki SPM, STPM, ijazah sarjana muda dan sarjana, sama saja tindakan yang perlu anda ambil. Yong mula dengan 10 tip persediaan peperiksaan untuk anda.
10 TIP PERSEDIAAN PEPERIKSAAN
1.     Jika tulisan anda buruk, anda perlu memperbaikinya. Tulisan yang buruk ada kaitan dengan cara kita memegang pen. Cuba ubah cara anda memegang pen dan tulis. Cari posisi yang akan menghasilkan tulisan yang terbaik. Tulisan jangan terlalu menekan sampai nak tembus kertas atau terlalu “light” sehingga tak berapa jelas.
2.     Serlahkan tulisan anda. Gunakan pen dakwat warna hitam. Ia lebih menonjol dari warna biru. Kadangkala warna biru ada yang malap.
3.     Jika tulisan anda halus, gunakan mata pen (rollerball) yang agak kasar. Mata pen ballpoint yang halus akan menjadikan tulisan anda semakin halus. Jika tulisan anda kasar, guna mata pen yang agak halus.
4.     Biar cerewet ketika membeli pen. Uji pen setiap kali membeli. Pen yang baik dakwatnya keluar dengan konsisten dan tidak membentuk titik ketika mula menulis. Pen yang dijual borong atau di pasar malam selalunya berkuali rendah. Takpe invest pada pen yang bermutu.
5.     Bawa beberapa pen dari jenis yang sama. Menggunakan pen yang berbeza untuk soalan yang sama tidak menyenangkan pemeriksa.
6.     Datang awal. Kalau rakan selalu lewat, anda tinggalkan dia. Kalau takut dengan rakan2 yang nampak hebat, tunggu jauh sikit dari mereka. Elak buat perbincangan “last minute” dengan mereka. Anda akan keliru.
7.     Ambil makanan yang sihat sebelum pergi mengambil peperiksaan. Jangan biarkan perut kosong. Makan buah2an seperti epal, carrot, apricot kering, kismis dan pisang lebih baik dari gula2. Kalau takde semuanya, timun pun jadi.
8.     Bawa air kosong untuk minuman. Jangan bawa air mineral. Kita tidak tahu mineral apa dalam air itu. Kalau ingin sesuatu yang manis, bawa air yang dicampur madu.
9.     Pakai pakaian yang longgar dan selesa. Jangan pakai pakaian yang ketat atau menjerut dileher. Elakkan memakai skirt pendek. Ia tidak membantu anda untuk mendapat markah tinggi!
10.   Telefon ibu bapa (jika mereka masih ada) sebelum mengambil peperiksaan. Doa dari mereka amat ikhlas. InsyaAllah berkesan.
...SELAMAT MENCUBA....
....BERSAMBUNG....

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.