Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 31 January 2012

THIRD FORCE: HASSAN ALI AKAN BERGABUNG DENGAN RAJA PETRA?

Ciluk dari website TV3
Tadi dalam TV BN (termasuk TV8), Hassan Ali dengan angkuhnya berkata dia akan jadi "Third Force" atau "Kuasa Ketiga" dalam politik Malaysia. Lewat tahun 2010 Raja Petra dikatakan pencetus "Third Force". Apa benda third force ni? Bunyi macam Darth Vader je. Bagi budak2 yang tidak sempat tengok Darth Vader, dia ialah jedi yang dulu baik kemudian jadi jahat. Sudah nazak baru insaf. Ini cerita Star Wars, sayang. 
Baca di sini
Kapal third force ini dinamakan MCLM (Malaysian Civil Liberties Movement). Masa itu nakhodanya Haris Ibrahim. Kita semua maklum peranan Haris Ibrahim dalam kes orang Melayu yang murtad, termasuk Lina Joy. Sebagai contoh, ini pandangan Haris, seorang Muslim tentang agama di Malaysia:
Rencana penuh boleh baca di sini
Haris Ibrahim sudah berhenti dari menjadi peneraju MCLM. Bagaimana pula pandangannya tentang Melayu murtad? Itu Haris Ibrahim sahaja yang boleh jawab. Sejak tu Raja Petra sudah merapu dan tidak diketahui halatujunya. Wujud lagikah third force Raja Petra ni?

Kalau Hassan Ali naik kapal third force, dia mungkin mahu menjadi nakhodanya. Itupun kalau peneraju third force yang sedia ada sanggup menerimanya. Lalu, ia akan jadi kapal yang paling caca-marba, kerana di dalamnya ada dua kumpulan yang saling bertembung: Satu memperjuangkan liberalisme dan satu lagi hendak "menyelamatkan" akidah. Kemana kapal ini hendak belayar? Adakah ia akan jadi "Costa Concordia" Malaysia?

Mungkin kapal third force Hassan Ali boleh "parking" di Teluk Sepanggar (tempat UMNO simpan kapal selam).

Wah! Meriahnya politik Malaysia menjelang PRU13.

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.