Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 1 April 2012

DUIT DAH ADA, TAPI TANDA BN AKAN MENANG DUA PERTIGA BELUM MUNCUL



BN masih menunggu berita baik dari kawasan (DUN dan Parlimen). Berita baik ini akan menentukan bila PRU13 akan diadakan. Sekarang berita masih buruk. BN masih yakin menang 1/3 sahaja. Jadi, Najib masih belum boleh kata bila Parlimen akan dibubarkan. Sebab tu PM dan TPM kena turun padang. Jumpa orang muda. Jumpa orang pencen. Semuanya bukan urusan rasmi, walaupun dah balun RM609 juta untuk program jumpa-jumpa ini. Semuanya demi kempen! Demi survival politik yang sudah hilang visi.

CERAMAH DSAI DI KOTA BHARU

CERAMAH DSAI DI WANGSA MAJU
Tak tau apa metrik yang BN gunapakai untuk memantau dan membuat kesimpulan menang atau kalah. MIS (Management Information System) demer kononnya amat canggih. Boleh kesan kat mana akan menang dan kat mana akan kalah. Hmm..tak payah le buang duit guna MIS. Tengok jer gambor sambutan ceramah DSAI di kawasan yang jauh (Kota Bharu) dan dalam bandar (Wangsa Maju), nampak gaya takde nak buat pilihanraya lagi le! (Gambor Yong rembat dari blog Omak Kau).

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.