Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 14 April 2012

DENDANGAN SUMBANG SANG KATAK YANG FRUST

CERAMAH HASSAN ALI YANG HEBAT (GAMBAR DITERBITKAN PADA 30 JANUARI 2012)

CERAMAH HASSAN ALI YANG LENGANG (GAMBAR DITERBITKAN PADA 01 MAC 2012 SUMBER)

Ini negara demokrasi. Siapapun pun bebas mengeluarkan pendapat. Itu hak individu yang termaktub dalam perlembagaan negara demokrasi. Tetapi, dalam kita melaksanakan hak kebebasan, perlu kita ingat apa gandingan kebasan itu, yakni kehormatan. Ini kerana meningkatkan nilai kehormatan adalah ouput perjuangan untuk kebebasan itu sendiri. Itulah yang dicari Nelson Mandela ketika memperjuangakn kekebasan Afrika Selatan, kerana mahu rakyat negara itu dihormati masyarakat sejagat. Yakni, manusia memperjuangkan kebebasan kerana mahu melestarikan kehormatan. Tetapi bagaimana jika kebebasan itu menyebabkan kehilangan kehormatan?

Hassan Ali telah dibebaskan dari PAS. Lantas dia bebas untuk bercakap apa-apa sahaja? Di mana pulak letaknya kehormatan diri Hassan Ali? Dia menyuruh orang tidak memberi sebiji undi pada PR. Maknanya dia mahu orang memberi undi pada parti yang selama ini menolak hukum hudud, merampas tanah orang Melayu dan meminda perlembagaan sehingga raja hilang sekelumit kuasa yang mereka pernah miliki. Ini tidak termasuk kebobrokan lain seperti rasuah, pecah amanah, penayangan video lucah dan lain-lain. JATI yang kononnya memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja hanya satu papantanda yang tidak bermakna apa-apa. Sudah jelas dalam diri Hassan Ali kini, yang penting ialah memartabatkan umno untuk jadi pemerintah selamanya, bukan untuk Islam, Melayu dan Raja.

Nilai kehormatan apakah yang sedang dicari oleh sang katak? Mahu terus digelar Yang Berhormat tanpa mengira kehormatan diri? Mencari kemenangan melalui sistem piliharaya yang tidak dihormati kerana tidak bersih? Itukah yang sebenarnya diperjuangkan sang katak?

Kita semua tahu lagu sang katak semakin sumbang dan orang tidak mahu lagi mendengarnya.

1 comment:

  1. bukan tak ada org tapi pasai ramai akidah depa dah ok sejak asang akidah dok repair..yg akidah tak betui tinggai 2-3 ekoq ja termask asang sendri

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.