Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 7 April 2012

KES SCORPENE: SATU HARI JER NAK BUAT SYARIKAT KAT HONGKONG

Isy! senang bebenor nak tubuh syarikat di Hongkong. Miker pergi kat link ini dan teruskan hasrat miker untuk tubuh syarikat di Hongkong. Ia semudah makan biskut apernama - celup, jilat dan makan! Lepeh urusan selesai, syarikat boleh ghaib. Yong maksudkan kes sensasi ni le.

SUMBER ASIASENTINEL
Kes scorpene nih memang rumit dan berbelit2. Patutle Altantuya tetiba meletupkan dirinya dalam hutan Bukit Cerakah. Dua anggota UTP tu suka2 je ikat badan Altantuya dengan C4. Takde motif aper2. Suka2 jer! Tiada kesan ditinggalkan. Sampai data Altantuya dalam rekod imigresen pun ghaib. Macam satu jenayah yang sempurna!

Tapi Allah tak suka umat Muhammad (SAW) buat jenayah. Lebih dahsyat lagi jika jenayah itu berkaitan dengan kepentingan awam dan pengkhianatan terhadap Negara. Oleh kerana itu serpihan mayat Altantuya ditemui! Jenayah yang sempurna sudah jadi drama yang penuh tandatanya.

Di sini Yong ucap TAHNIAH kepada pihak POLIS yang berjaya merungkai kes sehingga tertangkapnya dua malaun UTP tersebut. Walaupun dalang pembunuhan Altantuya masih bebas, Yong tak salahkan polis. Sekurang2nya sekarang rakyat dapat menghidu bahu busuk "ulat2 dari tong" (Can of worms) yang dimiliki oleh sang berkuasa.

Silap ler tak buat syarikat kat Zimbabwe, Angola atau Chad. Kat sana tentu payah sikit peguam SUARAM nak korek maklumat.

1 comment:

  1. Ha macam kentut yang senyap. Bunyi tak ada, tapi baunya pengsan sebilik!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.