|
STAF PTPTN KURSUS KAT HOTEL MEWAH |
Mansuh PTPTN atau masuh hutang PTPTN?
Yong sokong masuh PTPTN. Tapi Yong tak sokong mansuh hutang PTPTN. Semua hutang mesti bayor. Cuma pelaksanaan cara minta balik hutang tu kena adil. Ini kerana ada yang mampu bayar balik tetapi sengaja taknak bayor. Yong pembayar cukai. Sedikit duit cukai Yong menyumbang pada tabung PTPTN nih. Yong tak halalkan kalau ada orang dah abuse duit PTPTN nih, kemudian taknak bayor balik.
Yong tahu ada yang guna duit PTPTN untuk bayor sewa bilik, buku dan peralatan lain untuk belajor. Tapi ada juga yang guna duit untuk belanja girl-friend, makan di restoran mewah, tengok wayang dan beli handphone canggih. Tapi beli buku text kata takde duit. Akhirnya dalam peperiksaan dapat C+ sahaja dan salahkan pensyarah pulok.
YES! Yong sokong masuhkan PTPTN kerana Yong percaya pendidikan wajar diberi percuma, bukan pelajar diberi pinjaman kemudian tak belajar! Pelajar tak boleh pegang duit selonggok dan tak tahu nak uruskannya dengan baik. Komer nak marah Yong, marah le. Berdosa kalau hutang taknak bayor balik.
Kot PTPTN mansuh, tokeh PTPTN hilang glamor le.
Kot PTPTN mansuh, tokeh PTPTN hilang glamor le.
No comments:
Post a Comment
Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.