Yong tidak ler bersetuju 100% dengan pandangan Andak (N3 terdahulu) tentang moral pemimpin nih. Bagi Yong pemimpin mesti memiliki moral yang baik.
Bukan playboy,bukan penzina
bukan peliwat,
bukan perogol,
bukan penzalim,
bukan perasuah,
bukan pembunuh,
bukan pembohong,
bukan peminum arak,
bukan penyamun,
bukan pemfitnah,
bukan pemain judi,
bukan kaki pukul orang,
bukan dalang segala kejahatan dan kezaliman,
bukan golongan yang suka membuka aib orang,
bukan bersekongkol dengan menyembunyi kejahatan orang,
bukan salah guna institusi awam untuk menganiaya orang,
BUKAN, BUKAN, BUKAN!
Moral yang terpuji itu penting, tak kira sama ada perbuatan itu berdosa kepada Allah atau kepada umat.
Teringat Yong sebuah kisah benar yang diceritakan seorang teman. Ia berlaku di tempatnya (tak dapat dinyatakan di sini demi melindungi waris) beberapa tahun yang sudah. Seorang besar (ahli politik) sakit teruk dan tak sembuh-sembuh. Dah keluar masuk hospital. Dah panggil bomoh, pawang dan ustaz. Sakit semakin teruk dan amat menderita. Tapi yang peliknya, bila disuruh mengucap dua kalimah syahadat, dia enggan. Bukan tak tahu, tapi tak mahu. Bomoh dan ustaz sekata, ini takde kaitan dengan pelesit, hantu raya atau saka. Sihir pun bukan.
Badan orang besar ni yang dulu gemuk sudah tinggal kulit dan rangka. Masih boleh bercakap, tapi enggan mengucap. Kenapa tak mahu mengucap? Bukankah mengucap itu istimewa untuk umat Islam yang membezakan mereka dari orang kafir?
Sosek-sosek orang yang kenal menyebut - rupanya, sepanjang masa aktif dulu orang besar ni telah melakukan banyak kesalahan besar terhadap duit (sedekah, zakat, etc) untuk anak yatim sebuah yayasan yang dia diamanahkan sebagai pengerusi.
Sosek-sosek orang yang kenal menyebut - rupanya, sepanjang masa aktif dulu orang besar ni telah melakukan banyak kesalahan besar terhadap duit (sedekah, zakat, etc) untuk anak yatim sebuah yayasan yang dia diamanahkan sebagai pengerusi.
Keluarga yang sedar asyik menangis. Anak-anak cuba buat apa yang patut. Bagi sedekah dan sebagainya. Akhirnya orang besar itu meninggal dunia. Tapi dia tetap tidak mahu mengucap dua kalimah syahadat sehingga nyawa terpisah dari badan.
KALAU BEGINI, NAK MINTA AMPUN KAT SIAPA? |
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.” (Surah al-A’raaf, ayat 55-56).
No comments:
Post a Comment
Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.