Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 5 October 2012

RAHSIA KEPINTARAN WARISAN PANTAI TIMUR

BUDU DALAM PEK KECIL

Selain Tok Janggut, pejuang anti penjajahan, nenek moyang orang Kelantan sebenornya lagi cerodek dari omputeh kapitalis!

Demer cipta budu!

Budu ni warga kota sering perlekeh. Kononnya ia makanan busuk dan kotor. Warga kota yang tak gemor budu sebenarnya telah kehilangan satu nikmat yang tidak dapat diganti oleh KFC dan McD yang berminyak dan memiliki kandungan kolestrol yang tinggi!

Dulu Yong pun tak tahu makan budu. Tapi, bodyguard ajar Yong makan. Wow, rupernyer budu ini rasernyer sangat oomph!

Sebenornya ada banyak khasiat budu. Antaranya:

Budu berpotensi melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis dan kanser

Kajian mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria dan zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. 

Baca seterusnya di sini atau di sini

Patutlah orang Kelantan amat pintar dan menolak UBN serta teguh dengan pendirian mereka walaupun ditindas oleh kerajaan zalim yang menafikan hak rakyat Kelantan keatas Royalty minyak!

Tapi, takkan hari-hari nak makan budu?

Takde masalah. Hari-hari pun boleh makan budu!

Baru-baru ini Yong balik jenguk ibu. Adik Yong masak bihun. Simple jer bihun tu, takde udang tergolek pun. Tapi sangat sedap. Rupernyer adik tambah perasa dari budu!

Balik ke rumah Yong cuba berbagai-bagai masakan yang dicampur budu, selain bihun goreng, seperti berikut:
  • Nasi goreng kampung
  • Tumis kangkung dengan cili padi.
  • Tumis ikan bilis
  • Masak asam ikan merah, sotong atau udang.
  • Tumis baby kailan
  • Tumis taugeh. 
  • Masak fucuk
  • dan lain-lain...komer cubalah sendiri.
Dah campur budu dalam masakan, takpayah campur belacan lagi, kecuali masih teringin sambal belacan!

Masaklah untuk teman-teman komer yang IQ masih lembab menyanjung UBN yang ternyata lembab dalam tadbir urus negara. 

7 comments:

  1. jangan ngomen camntu yong oii!!budu ubn dah sahnya cap apco menglembu memanjang aja bunyinya.kah!!..kih!!..keh!!!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maw,

      Ater, demer tak pergi oxford pun IQ dah tinggi!

      Delete
  2. yang sonok nyer yong, lepaeh makan tu ciom kuku. wau! nyako.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jet,

      Heheheh, lepeh makan ambik limau purut gosok kat kuku. Hilang le bau tu...Takde limau purut, limau kasturi pun boleh. Takde limau kasturi, limau nipis pun ok. Takde sumer...sabor jer ler.

      Delete
  3. kalu nak sedappp lagi masuk budu dalam masakan speggati
    campauran barat dan timurr grenti menjilatt jarii. tak caya try cuba lee sendiri kalu nak naik mata julingg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pakwan

      Yong tak cuba pulok. Sebab spagetti bahan dari tepung, takut tak ngam. Takut jadi laksa johor le pulok!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.