Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 7 October 2012

ROSNAH SIHAT SEBAB SELALU BERSENAM, TIRU MACAM SAYA!

Pemimpin ameno ni bila bercakap terlupa tengok cermin dulu! Sebab tu jadi merapu macam orang kena sampuk! Contohnya berita ini:

Ekonomi negara kukuh - Najib

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB dan RADHUAN HUSSAIN 

utusanterengganu@utusan.com.my

KEMAMAN 6 Okt. - Ekonomi negara masih berada di landasan kukuh berdasarkan keupayaan menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang mencecah lebih RM13 bilion pada suku pertama tahun ini walaupun situasi ekonomi global terus tidak menentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia jelas membuktikan para pelabur asing mempunyai keyakinan terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan utama.

"Apabila kerajaan menerima pelaburan asing masuk ke negara ini, selain meningkatkan ekonomi negara, kerajaan juga akan mempertimbangkan bagaimana pelaburan yang diterima dapat memberi limpahan manfaat kepada rakyat.

"Manfaat itu adalah dari segi peluang pekerjaan, perniagaan, peningkatan taraf sosioekonomi dan tanggungjawab sosial korporat kepada rakyat setempat," katanya ketika berucap dan menyempurnakan majlis pecah tanah Loji Pembuatan Biometionina dan platform Tiokimia Bersepadu di Taman Biopolimer Kertih dekat sini hari ini. . .

Pada masa Najib syok sendiri warga felda sedang menangis kerana saham FGVB terus menjunam!

OOPS SILAP! INI BUKAN WARGA FELDA ATAU ROSNAH. INI MODEL CHECHEN, (YANG MUNGKIN SELALU BERSENAM), MEMPERAGA PAKAIAN MUSLIMAH DI DUBAI!

Pemimpin ameno memang suka cakap ikut sedap mulut jer. Tapi lepas cakap, ponteng sesi bahas di Parlimen kerana takut kena kritik!

LIMPAHAN MANFAAT KEPADA RAKYAT, KATA NAJIB

Macam mana acuan, macam itule kuih bahulunyer! Ini pula kata Rosnah, Ketua Puteri UMNO yang come lote tu:

75 peratus rakyat Malaysia tidak bersenam - Rosnah Abdul Rashid

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Sebanyak 75 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia didapati tidak atau kurang melakukan senaman, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata sebahagian rakyat negara ini tidak sedar mereka terdedah kepada penyakit pembunuh "dalam diam" seperti diabetes dan hipertensi disebabkan amalan gaya hidup kurang sihat.

"Di Malaysia, kira-kira 2.6 juta penduduk dewasa menghidap penyakit diabetes, 5.8 juta menghidap hipertensi dan 6.2 juta mempunyai kolestrol tinggi.

“Apa yang lebih merungsingkan ialah ramai dalam kalangan rakyat tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit pembunuh dalam diam itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Hospital Ampang di sini hari ini.
OOPS SILAP LAGI. INI AISHAH, SRIKANDI PKR!

INI PULAK MUSLIMAT PAS YANG TAK PERLU DIPERKENALKAN LAGI

Mana gambor Rosnah? Sorry Yob dan Kakcik semua! Komputer Yong bunyi krik-krek bila nak upload gambor dia! Komer cari ler sendiri. Kah kah kah!

Penyakit yang dibawa oleh syaitan yang dikenali lagi dahsyat!

4 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Matsushita yang ader lebih dari 16 kilang beroperasi di Malaysia satu masa dulu... la nih tinggal berapa kilang jer... lain semua dah pindah sama ader ke Thailand, Vietnam atau China...

    Lagi mau sembang lebih ini Najib Razak... hahaha...

    Bab Rosnah Sirlin tue.... hahahaha.... itu jer yang mampu gua katakan.... hahahahaha ... sihat.. sihat....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Yong langsung takde niat nak gelak yer...

      Literally speaking, sebelum cakap tu, elok tengok cermin dulu. Kalau rasa diri tak sesuai, suruh orang lain cakap ler...

      Delete
  2. Replies
    1. Salam Merahdanbiru

      Penyakit cakap tak serupa bikin. Dari paling atas sampai ke pencacai!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.