Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 1 December 2012

NAJIB TAKUT DENGAN POMPUAN-POMPUAN CANTIK INI. KIHKIHKIH!

Geli geleman bila baca kenyataan Najib tentang "keislaman" ameno ni. Katanya "Umnolah parti yang selama ini membolehkan Islam diamal sebagai cara hidup syumul di negara ini." Kahkahkah!

Ameno sangat baik, kata demer. Sepanjang demer memerintah tak pernah solat hajat atau doa menghancurkan PAS.

Apalah yang demer nak solat hajatkan? Bukankah demer syaitan yang dikenali? Syaitan mana nak solat hajat!

AWEK COMER NI KATA PAS THE BEST!

Kata Najib, PAS buat propaganda jahat dan pendustaan yang ditujukan kepada UMNO serta seluruh rakyat Malaysia. Huhuhu.

Skandal Scorpene itu dusta. Skandal NFC itu dusta. Tol itu dusta. AES itu dusta. Minyak naik itu dusta. Barang naik itu dusta. Saham Felda merudum itu dusta.

Cukuplah meracau tu. 

Meracau itu tanda penyakit orang yang dijangkiti sindrom ketakutan.

Meh kita tengok siapa lagi yang ameno takut sampai meracau macam kena sampuk tu.

DENGAN POMPUAN-POMPUAN NI AMENO TAKUT!

Ameno tahu, gerak kerja muslimat PAS amat kukuh dan istiqomah dalam perjuangan. Tidak gentar dan lali dengan maki hamun petugas dan perayu undi ameno!

KALAU RAMAI BEGINI, BOLEH TERKENCING DALAM SUAR AMENO

Lepas habiskan berjuta duit rakyat untuk pusing dunia, beli kapal selam yang penuh skandal, beri kontrak pada kroni, dirikan AES yang menguntungkan kroni, bla bla bla... muka langsung tak malu bercakap tentang "munakahat, muamalah dan jinayat."

PUTIH DAN HIJAU. CUBA BANDINGKAN DENGAN MERAH MAK LEMBU. MANA LEBIH COOL?

Tenggelam terus ostad ulama muda ameno dek kepintaran Najib menyebut istilah Arab! Lepas ni, tak tahu istilah aper lagi demer nak gunakan. Huh, nak lawan PAS katakan!

TAKDE BEG BERKIN. TAK PERLU SAJIAN MEWAH. SEBAB TU AMENO MATI AKAL

Bagi pejuang PAS, seperti Muslimat, tiada ganjaran dunia yang diharapkan. Mereka pergi bermuktamar dengan perbelanjaan sendiri. Tiada baju sutera mahal. Tiada assessori hebat. Tiada beg berjenama. Boleh bentang tikar. Duduk bersila bila sudah letih bersimpuh. Wanita ameno sanggup buat begini?

MUSLIMAT YANG BERANI TURUN GELANGGANG - TAK PERLU SINSING LENGAN TUNJUK GAGAH KONON!

Muslimat berwajah tenang dan yakin. Tiada foundation, bedak dan gincu merah saga. Tak perlu jerit pekik atau sinsing lengan. Demi Fisabilillah, demer tak putus asa walaupun kalah, kerana kekalahan dan kemenangan dalam pilihanraya adalah asam garam perjuangan. Demer terus kuatkan tekad kerana tahu ini adalah perjuangan menegakkan syiar Islam yang sebenarnya. Bukan "menyelam" bersama k-pop seperti pemimpin ameno.

MEMANG BANGANG ORANG YANG ENGGAN MENUTUP AURAT KERANA TAKUT TIDAK CANTIK

Lihat sendiri penampilan muslimat generasi baru. Makcik dan pakcik kot nak pilih menantu mahu yang macam mana? Mahu yang ala-ala k-pop, bohsia dan suka maksiat atau gadis-gadis jelita Muslimat PAS?

Tak mahu menutup aurat supaya kelihatan cantik hanyalah ajaran sesat kesukaan syaitan amalan pelakon porno dan penggemar video lucah!

Kecantikan itu datang dari hati yang bersih dan ikhlas berjuang ke jalan Allah. Kecantikan sebenar bukan datang dari kalung mutiara, beg birkin, jam berjenama, bulu kening berpantis, gincu merah menyala dan rambut yang mengerbang. 

POSE KHAS UNTUK CALON AMENO PASIR SALAK!

N3 in khas buat Muslimat PAS. Gambar dikirim oleh Bad (Muslimat Pasir Salak).

TERUSKAN PERJUANGAN!

TUMBANGKAN UMNO DAN SEKUTUNYA!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

5 comments:

  1. Tajuddin nak potong ape???? InsyaAllah Pasir Salak dapat kat PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cikgu Din

      Paling sesuai lidah dia. Kihkihkih.

      Delete
  2. Replies
    1. Salam Merahandbiru

      Pompuan seksi dari korea demer suker. Kihkihkih!

      Delete
  3. PRU 10 dulu PAS dah menang tapi deme tipu undi orang asli....

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.