Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 30 March 2013

FUYOOH! KAYA GILER MAMAT CALON DUN SUNGAI MANIK - KES AMENO FITNAH AMENO?


NAK TEROJON PAKAI BAJU PENUH BOLEH, PAKAI SUOR DALAM JER PUN BOLEH

Mamat ini memang calon nombor 1 bagi DUN Sungai Manik. Bab ini Yong dah ngomel di sini. Masa Yong tulis tu dia masih nombor 2 di belakang Zainol Fadzi. Oleh kerana sekarang dah konfim Zainol Fadzi bertanding di Pasir Salak, mamat ini akan terojon ke tali ayor Sungai Manik yang kononnya Zainol Fadzi udah siapkan!

Politik di Silver State ini ghopernya memang kompleks sejak zaman Tun Saban Balik lagi. Banyok bebenor klan sana sini. Kini klan-klan ini bersarang dari parti-parti politik pulok. Ader dalam ameno. Ader dalam PKR. Ader dalam PAS. Menyampah!

Ghopernyer yang menyampah kat mamat ni bukan Yong ajer. Geng demer kalau menyampoh tak peduli haper. Rempuh jer...

GAMBOR DARI BLOG DEMER

Yong sebenornya tumpang bangga jika ada anak Melayu jadi jutawan. Takkan nak bagi kat anak Yahudi, Ananda Krishnan dan Jho Low saja kot?

Nak tahu berapa banyak syarikat yang dia jadi pengarah, komer tanya abang Wiki di sini

Kenapa pulok orang ameno nak pertikaikan kekayaan mamat ni? Kan bapanya dulupun ahli ameno yang hebat? Dia bekerja 35 tahun di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan jawatan akhirnya Ketua Pegawai Eksekutif. Pernah jadi Pengerusi Perak Corporation Berhad. Tinggi weh! Dia pun pernah duduk dalam BOD KUB.

Jadi, kalau anok jadi jutawan, apa komer heran?

Dia anak lelaki tunggal.

Kalau komer rajin semak, ader di antara syarikat yang mamat ini jadi pengarah ialah anak syarikat Perak Corporation Berhad, contohnya:

SUMBER BURSA DAN BURSA 

Anak Chedet pun jadi jutawan jugak. Bukan sorang. 3 orang anak lelaki.

Chedet Pengerusi Petronas. Anak dapat kontrak Petronas. 

Sebab tu Chedet pernah kata, kenapa orang persoalkan dia sahaja?

Kalau komer nak tahu, Perak Corporation Berhad ini Kerajaan Perak yang punya. Pengerusinya sekarang katak Nasaruddin Hashim yang melompat ke PKR, kemudian melompat balik ke Ameno dulu. Kalau dia masih duduk dalam PKR, habukpun tarak.

Tak pase-pase komer fitnah MB Haram Perak ambik mamat calon DUN Sungai Manik ini jadi anak emas dia!

MB Haram hanya meneruskan tradisi jer...Hahaha...

Got my points?

Dulu, kini dan selagi berkuasa selagi itu kroni diutamakan.

Rakyat, pandai-pandai ler komer cari sisa...kot ader lagiler.

Yong tolak kronism tak kira dari siapa kepada siapa.

JOM UBAH
TOLAK UMNO
TOLAK BN

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.