Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 27 April 2013

DR YUSUF AL-QARADAWI, DR JUANDA, DR ASRI, NIK AZIZ, NAJIB ETC ADALAH WAHABI: SIAPA YANG BUKAN WAHABI DI MALAYSIA NI?

TG NIK AZIZ MENUNJUKKAN SURAT TERBUKA SOKONGAN DR YUSUF AL-QARADAWI KEPADA ANWAR IBRAHIM

Adohai..!!!

Selain Syiah, kita ditakut-takutkan dengan Wahabi. Yang menakut-nakutkan kita ni ulama yang mengaku diri demer dari ahlul-sunnah-wal jamaah.

Momokan itu berlaku berdekad-dekad.

Kemudian kita hantar budak-budak pergi belajar Islam di negara yang kuat Wahabi. Lani demer dah balik dan jadi ulama. Tapi bila demer tak setuju dengan gomen yang dikuasasi oleh UMNO, demer pun dituduh Wahabi.

Pelik semua ni.

Bapa Yong lama belajor di negara yang dikuasai Wahabi ini. Dia juga ngaji pondok sampai ke Indonesia. Tapi taknak jadi ustaz. Katanya kalau dia jadi ustaz, dia kena jadi ustaz UMNO. Bapa Yong pun buat kerja sendiri. Bapa Yong dianggap oleh mereka pengikut "kaum muda."

Masa tu Yong tak faham apa "kaum tua" apa "kaum muda" sebab masih sekolah rendah lagi. Yong pun tak faham apa ustaz UMNO itu.

Dalam kajian sejarah, rupanya "kaum muda" itu dikaitkan dengan Wahabi. Hmmm.

Nik Aziz juga dikatakan pengikut "kaum muda" walaupun sekarang sudah tua.

Bila kita tak suka orang tu, kita bangkitkan cerita Wahabi.


DR YUSUF AL-QARADAWI KENAL ANWAR IBRAHIM SEJAK MUDA LAGI

Bila kita suka, kita lupa seseorang ulama itu Wahabi.

Ingat lagi tak cerita Fathul Bari and the gang yang dituduh Wahabi? Begitu juga Dr Juanda dan Dr Asri. Lepas Fathul Bari dan 40 ulama muda (betui ke ada 40?), masuk UMNO, cerita Wahabinya senyap. Lepas itu timbul Dr Juanda dan Dr Asri. Cerita demer pun senyap sebab demer berdua tak jadi ikut Pakatan Rakyat.

NAJIB MENGHARGAI DR YUSUF AL-QARADAWI DENGAN ANUGERAH TOKOH MAAL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN BAGI TAHUN 1431 HIJRAH

Kalau begitu, siapa yang bukan Wahabi di Malaysia ini?

Pada December 2009, Najib menganugerah Dr Yusuf Al-Qaradawi sebagai tokok Maal Hijrah. Kita semua maklum kenapa dia berbuat demikian.

Akbar lidah UMNO beberapa kali membawa cerita "pujian" Dr Yusuf Al-Qaradawi kepada Malaysia atas sumbangan Negara kepada Gaza, macam le Dr Yusuf Al-Qaradawi sedang memuji Najib.

Tetapi Dr Yusuf Al-Qaradawi masih objektif dalam penilaiannya. Anugerah itu tidak memberi kesan terhadap penilaiannya kepada kepimpinan Najib dan BN. Kesian!

Terkini, TG Nik Aziz telah membacakan surat terbuka sokongan Dr Yusuf Al-Qaradawi. Bukan sokongan kepada Anwar Ibrahim secara peribadi,  tetapi sebagai PM Malaysia. Huh? Terangkat kening? Tak terkata?

Adakah nanti akan keluar lagi cerita Dr Yusuf Al-Qaradawi Wahabi? Najib akan memperlekehkan lagi orang yang telah diberi anugerah Ma'al Hijrah oleh Malaysia?

RIBUAN HADIR CERAMAH HUSAM MUSA DI PUTRAJAYA SELEPAS SURAT DEKLARASI SOKONGAN DR YUSUF AL-QARADAWI (GB)

JOM UBAH
TOLAK POLITIK PERKAUMAN
TOLAK UMNO
TOLAK BN


5 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Wahabi nih hanya yang seseorang yang bapaknyer bernama Wahab... bagi bapaknyer yang bernama Kamaruddin ... orang akan panggil Kamaruddinni... begitulah ceritanya.... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Buat lawak pulak miker ni. Kesian kat Dr Wahab Arbain.

      Delete
  2. yang menuduh tu tentu dah hafaz 30 juzuk al-Quran, hafaz 3,000 atau 4,000 hadis, dah kaji 2 atau 3 ribu kitab-kitab agama dan dah berguru di merata tempat .....

    ReplyDelete
  3. Arab Saudi di mana terletaknya kota suci Mekah adalah negara dimana majoriti adalah Wahabi. Imam Mekah pun Wahabi? Salah kah? Kalau salah, mengapa masih berimamkan wahabi bila solat di Masjidil Haram? Mengapa khutbah dari Mekah disiarkan dan didengari? Aku sebenarnya malas nak tanya soalan 'poyo' macam nih!n tapi mengenangkan ramai lagi yang jenis 'sengal' dan 'otak udang' yang terus terusan cop orang itu ini dengan gelaran wahabi dan bagainya, maka wajarlah rasanya soalan poyo dikemukakan! Kalau semua orang wahabi, maka yang mengata orang wahabi tu apa? Takkan Haramjadahi kot!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Yang tuduh orang itu ini Wahabi tu kalau ditanya apa itu Wahabi tak boleh nak jawab. Main tuduh saja tapi tak faham pun. Habis-habis dikatakan Wahabi tak qunut subuh, tak itu, tak ini. Kalau mereka faham mereka tak akan tuduh sebab yang mereka tuduh tu adalah majoriti umat Islam yang tak berqunut. satu lagi, umat Islam Malaysia konon bermazhab Syafie tapi amalan banyak yang berlainan dari Imam Syafie. Apa yang Imam Syafie buat, tak buat. Apa yang Imam Syafie tak buat, dibuat. Mereka kebanyakannya tak tahupun yang Arab Saudi mengikut Mazhab Hanbali.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.