Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 27 May 2013

GAMBAR YANG MUNGKIN DIRAKAM AES JIKA DI PASANG DI JALAN NEGERI DOT DOT DOT

Kabarnya Kedah akan laksana AES. Tahniah orang Kedah. Komer terpilih masuk dalam program gali emas kamera AES kerana komer telah memilih BN.

AES dipacak di jalan Federal (misalnya Lebuhraya) dan di jalan negeri (misalnya jalan bandar atau kampung). Di Malaysia, hadlaju adalah seperti berikut:
  • Lebuhraya: 110 km/j (70 bsj), tetapi ada kalanya diturunkan kepada antara 80 atau 90 km/j (50-55 bsj) di kawasan bukit berbahaya, kawasan angin lintang serta bahagian yang mempunyai kadar aliran trafik yang tinggi di kawasan bandar. 
  • Jalan persekutuan: 90 km/j, diturunkan kepada 60 km/j (40 bsj) di kawasan bandar. 
  • Jalan negeri: 90 km/j, diturunkan kepada 60 km/j (40 bsj) di kawasan bandar. 
Kabarnya kamera AES ini bukan tangkap kenderaan 4 tayar, tapi kapcai pun kena tangkap jugak. AES juga bertujuan memantau keselamatan jalanraya. Agak-agak komer apa masuk dalam rakaman AES kalau ia dipacak di jalan bandaran dekat sekolah atau hospital?

Memang benar. Banyak jalan depan sekolah atau hospital adalah laluan utama ke bandar dari arah tertentu. Misalnya, hospital Teluk Intan. Kalau komer dari Bidor nak ke Teluk Intan, komer lalu hospital Teluk Intan. Depan hospital Ipoh pun banyak kenderaan lalu lalang jugak.

Hadlaju dekat sekolah 35km/jam dan hospital ialah 30km/jam.

MULA-MULA LETAK KAMERA AES DI JALAN BANDARAN. LORI BURUK INI  MODEL YANG MULA-MULA KENA TANGKAP

Meh kita tengok, siapa lagi yang berpotensi kena rakam oleh kamera AES kalau lalu depan hospital atau sekolah.

KALAU SAMAN DIKIRA DALAM KOS OPERASI, TAMBANG BAS SEKOLAH TENTU NAIK. 
TERIMALAH DENGAN DADA YANG LAPANG

KALAU BUDAK-BUDAK NI SELALU KENA SAMAN, MAK-BAPAK TENTU SERIK NAK BAGI PINJAM MOTORSIKAL LAGI. 
BAGUS JUGAK, KURANG KESESAKAN LALU LINTAS

MAMAT-MAMAT NI KOT KENA SAMAN TAK PAKAI TOPI KELEDAR KARPAL SANGGUP JADI PEGUAMBELA TAK?

MAMAT NI TAK BERBALOI NIAGA DEKAT SEKOLAH LAGI JIKA KENA SAMAN
KEMPUNAN BEBUDAK!

YANG INI GAMBAR SIMPAN DALAM ALBUM JER SEBAB PAYAH NAK SAMAN, NOMBOR PLAT PUN TAK BOLEH DIBACA

KESIAN, ANAK NANGIS PIZZA DOMINO LAMBAT SAMPAI SEBAB KENA JALAN SLOW-SLOW!

RAMAI-RAMAI BOLEH KENA SAMAN. 
WOW! AES BOLEH DAPAT BANYAK DUIT, WEH!

YANG INI MASUK KAMERA.
TAPI ADA SAPA BERANI SAMAN?

Kot ada ayah, pak sedara, uncle, abang, adik etc yang buat kerojer macam dalam gambar, tolong ye... Pandai-pandai le bawa diri ye... Komer berpotensi jadi model dalam koleksi AES!

Bab kereta toksah ceritalah.

Tapi vandalisma kamera AES bukan jalan penyelesaiannya!

Apapun, orang Kedah yang kena dulu.

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.