AYAM BUSUK |
Tak tahu yang busuk ni apa atau siapa. Ayam atau orang?
Menteri kata jangan beli ayam. Tapi Yong degil, Yong beli juga. Kenapa Yong beli? Sebab dah lama tak beli ayam pasaraya. Selalunya Yong beli ayam kampung dari pasar tani. Yong selang seli dengan ayam organik.
Tapi kali ini Yong beli drumstick ayam dari hypermarket terkenal. Hati kecil kata, jangan. Tapi sebab ingat nak grill...
Seperti selalu, ayam campur rempah ratus, masuk dalam ketuhar. Siap.
Masuk waktu berbuka puasa, Yong rasa ayam macam tak segar. Takut mungkin masalah deria rasa Yong minta Bodyguard rasa jugak. Deria rasa Yong memang super sensitif. Tapi kali ini sah! Ayam memang tak berapa segar. Ayam tolak tepi. Nanti basuh, bagi kucing jer.
Mujur ada lauk lain…
Hampeh! Disebabkan harga ayam dah naik, hypermarketpun jual daging ayam yang dah tak berapa segar. Entah bila sembelih.
Kekurangan supply ayam ini nampaknya dah menimbulkan masalah lain. Masalah kualiti ayam sudah diketepikan demi memenuhi permintaan.
Pihak penguatkuasa tolonglah!
Jangan hanya serbu pasar dan peniaga kecil. Hypermarket juga kena selalu dipantau.
Menteri dan peniaga ayam dan ayam nampaknya sama saja.
Menteri bangang. Peniaga ayam tamak. Ayam busuk.
Nasihat Yong: Belilah ayam di pasar basah. Mungkin mahal sikit. Tapi ayamnya lebih segar. Selain kita tolong peniaga kecil, kita juga tidak menyumbang untuk menambah kekayaan kapitalis.
Assalamualaiakum Yong;
ReplyDeleteSalah sendiri Yong, beli di Pasaraya. Saya dari dulu lagi tak pernah percaya dgn barangan basah Pasaraya... sebab diorang ambil stok dan simpan berhari2.
Salam Isa
ReplyDeleteMemang Yong salahkan diri sendiri sebab tak ikut gerak hati yang kata jangan beli. Yong ingat okay sebab ramai yang beli.
Dah tobat. Takde nak beli ayam kat pasaraya lagi.
Wak kalu nak makan ayam, ambil kat reban dan potong sendiri aje..........
ReplyDeleteSalam Wak
DeleteSaja wak nak bagi Yong jeles. Kat rumah teres ni macam mana nak bela ayam? Nanti marah pula bandaraya!
Ayam ker beras ker apa barang pun keperluan dapur rakyat Pak Menteri akan divert & seek the scapegoat. Ro$ymah leh jadi Menteri kalau macam tu Hasan Malek bagi cadangan. Ro$ymah cadang kita takyah pakai gula bila gula naik harge untuk kesihatan. Malek cadang kita tak makan ayam lak dah. Habih daging lembu, ikan tu murah drp ayam ker? Apa punya Menteri tak buat kerja dia cari punca msalah isu kenaikan harga barang, to tackle the problems?
ReplyDeleteSaya pun leh jadi Menteri ..agaknya ler! hehe...Saya cadangkan C+++ sebagai Menteri Ketamadunan & teknologi Melayu & Islam , instead!
Salam Hanz
DeleteKena jadi senator le pulak.
BTW, ikan lagi mahal dari ayam. Hari tu Yong pergi pasang, sorang pakcik tu beli ikan kurau sekor, RM90.00. Ayam baru RM17.00. Agak2 Yong.
Kesian kat kucing,,, dapat lebihan makanan manusia yabg dah kena reject... kih kih kih...
ReplyDeleteSalam Manjungmari
DeleteMalangnya malam tu kucing Yong pun reject ayam tu...