Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 19 July 2013

PETUGAS YANG TAK GONCANG BOTOL DAKWAT PUN DAPAT TOPI DARI SYARIKAT YANG SAMA DENGAN PEMBEKAL DAKWAT?

TOPI KONTROVERSI

Tak tau pasai apa nak pakai topi atas tudung kepala, duduk dalam pejabat. Isy! Isy! Isy!

BUKAN TAK KEKAL, CUMA TAK GONCANG!

Walaupun petugas tidak "ikut SOP" untuk menggoncang botol dakwat sebelum dicalit ke jari pengundi demer tetap menerima topi yang dibekal oleh syarikat yang beralamat sama dengan pembekal dakwat tersebut.

Dengornya, demer juga akan dapat bonus sejumlah XXX seorang kerana kerja "cemerlang" tersebut! Oopps! bukan bonus, tapi elaun! Kalau nama bonus kena cukai pendapatan. Kalau elaun? Taktau.

Walaupun demer telah menjadi punca SPR dituduh menggunakan dakwat tak kekal, demer tetap dapat elaun tersebut. Kah kah kah!

BUKAN BONUS, TAPI  ELAUN

Ya, Integrated Challenger dan Nash Ventures yang duduk sebumbung dengan syarikat anak-anak Alli (Allisons) nampaknya begtu bertuah kerana mendapat banyak duit hasil dari PRU13 yang penuh penipuan itu. 

Nama-nama Mohamed Salleh bin Mohamed Ali, Norsiah Yusoff dan Shamsia Mansoor tetiba jadi terkenal hasil projek maqasid syariah 1Malaysia - Rakyat didahulukan! Hahaha.

SPR kena balun kiri-kanan. Demer senyap dan cuba menghilangkan diri.

Sebagai orang Melayu Yong amat malu kerana semua ini berlaku di negara yang diwar-warkan sebagai paling aman dan bahagia!


No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.