Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 11 September 2013

KHALID SAMAD ADA SUCCESION PLAN. PEMIMPIN PAS LAIN ADAKAH?

Sama ada UMNO, MCA, GERAKAN, MIC etc.. etc...ada "Succession Plan" atau tidak Yong peduli apa. Gasak demer nak berdiri atau terlungkup.

Lagi cepat terlungkup, lagi bagus untuk Malaysia.

Penglibatan dalam politik bukan semata-mata demi merebut kedudukan dan jawatan. Ia untuk memperkasa agama, negara dan bangsa.

Ia sewajarnya untuk memperkasa agama, negara dan bangsa, bukan memperkasa individu sehingga dia tidak boleh disoal, jauh sekali dipertikai keputusannya.

Tahniah Khalid Samad kerana melihat perjuangan dari hati yang terbuka dan demi kelestarian politik Islam.


Inilah sikap pemimpin yang tidak mementingkan diri sendiri. Sebaliknya memberi peluang kepada orang lain.

Sikap Khalid Samad bersedia memberikan peluang kepada tokoh-tokoh lain untuk memimpin PAS patut dipuji dan dihargai, bukan dicemuh.

Katanya seperti dipetik TMI:

"Sudah lama saya sebagai YDP Shah Alam ini. Biarlah saya beri peluang kepada yang lain. Kalau saya tidak berundur, sampai bila yang lain akan naik?"  
Sama seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga berundur, walaupun ramai yang sedih menerima keputusan itu.

Bagi pemimpin lain yang menang seperti Azli Yusof sebagai YDP Shah Alam yang baru, Zulkifli Mohd Nani sebagai TYDP dan Jamil Abd Rahim sebagai Naib YDP PAS Shah Alam.

Khalid Samad ada Succession Plan. Pemimpin lain dalam PAS adakah?

1 comment:

  1. Pemimpin lain ada jugak kak yong. Macam bapak ayam... mesti ada anak2 ayam nye. Maka lahirlah din ostad cap ayam

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.