Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 21 September 2013

KOMEN PENGUNJUNG TENTANG AGENDA UG UMNO "ENDLESS POSSIBILITIES" YANG MENGKOMER WAJIB BACA

Mungkin ada yang dah singgah ke Blog Yong tak singgah lagi. Jadi komer tentu missed komen pengunjung yang bernas ini. Berikut Yong tampal semula disini untuk bacaan umum, khasnya komer yang masih ingat nak berUG dengan UMNO.

********************

bat820 September 2013 09:39

Yong dan Pembahas,

UMNO Baru bila nak masuk ke Sabah (Sebab undi popular PRU 1990, UMNO hanya dapat 46% je kat semenanjung - tu pasai depa pi sabah) sekitar tahun 1992/93, depa dah ubah status UMNO Baru dari parti melayu kepada parti bumiputra. Depa ubah perlembagaan depa dalam satu EGM dimana keahlian UMNO Baru dibuka kepada semua bumiputra tak kira melayu atau tidak, Islam atau tidak.

Mengapa depa buat macam tu? Sebab masa depa nak masuk ke sabah tu, penggal parlimen dah masuk separuh ( PRU di adakan tahun 1995), masa suntuk kerana majoriti rakyat sabah pada masa itu adalah bumiputra bukan melayu dan bukan Islam!...Projek M, bagi IC kat pendatang Islam belum statrt lagi. Hangpa boleh agak le mengapa projek M tu mahathir buat!

Apa makna bila depa buka keahlian UMNO Baru kat semua bumiputra tu? Maknanya status UMNO Baru diubah dari sebuah parti melayu/Islam kepada parti bumiputra sama seperti parti taib Mahmud, Parti Persaka Bumiputra Bersatu(PBB). parti taib mahmud ada semua kaum bumiputra tak kira ugama, iban pun ada. Timbalan presiden kanan PBB ialah Alfred Jabu, seorang Iban Kristian. ------> fakta 1 ulamak UG PAS tak tahu!...ke pura2 tak tahu?

Fakta 2 Ulamak UG PAS tak tahu atau pura2 tak tahu?: terdapat ramai bumiputra bukan melayu bukan Islam menjadi ahli UMNO di sabah. dengar kata puluhan ribu juga!...mereka inilah yang memberi sumbangan besar kepada kemenangan kerusi-kerusi UMNO Baru di Sabah

Jadi bedasarkan 2 fakta diatas, hangpa ingat UMNO Baru sanggupkah kehilangan kerusi-kerusi selamat mereka di sabah dengan bekerjasama dengan PAS dalam UG dan mengkhianati ahli-ahli UMNO bumiputra bukan melayu dan bukan islam yang ramai kat sana?

Ini test kejujuran UMNO baru yang terhegeh-hegeh nak bekerjasama dengan PAS....sanggup atau tak sanggup UMNO Barukehilangan kerusi-kerusi fixed deposit mereka di Sabah semata-mata nak berUG dengan PAS kerana kepentingan politik mereka di semanjung sahaja?.....hangpa ingat puak-puak UG dalam PAS sampai tak fikir senario ini?

Seperti saya kata, UMNO Baru hendak berUG dengan PAS hanya kerana nak mengekalkan pengaruh mereka yang semakin merosot akibat semakin ramai orang melayu mula sedar dengan penipuan UMNO Baru yang tidak segan silu mengkhianati orang melayu. Tambahan pula, pengaruh mereka diluar bandar juga semakin menurun dimana semakin ramai orang muda berhijrah ke bandar atau semi-bandar atas faktor ekonomi dan meninggalkan golongan tua dikawasan luar bandar yang semakin kurang untuk menyokong mereka.

The best partnya, puak-puak UG aku rasa tak paham apa pun agenda UMNO Baru nak sembelih mereka hidup-hidup. Apakah jawatan-jawatan dan kehidupan senang mengabui mata-mata mereka termasuk pak lebai-pak lebai yang menjadi kepala kumpulan mereka?

bat8

********************

KOMEN YONG:

Yong tahu, ada di kalangan pemimpin PAS yang bekerja dalam business dengan orang UMNO. Demer kata takde masalah - sebab MCA dan DAP pun duduk dalam business yang sama. Mana kita nak elak kalau saudara kita sendiri pejuang tegar UMNO?

Benar. Yong sendiri ramai rakan dari kalangan ahli UMNO. Sedara-mana dari kalangan pemimpin UMNO pun ada. Tapi sebab Yong amat tegas, demer langsung tak berani nak kata UMNO pejuang Islam dan Melayu depan Yong.

Maknanya demer pun tahu UMNO itu Melayu bukan, Islam jauh sekali.

Oleh kerana keadaan ini Yong (yang tak sekolah agama) ini tak dapat menanganinya, Yong mohon kepada Allah supaya menangkan Pakatan Rakyat demi menangkan Islam. Hanya melalui kemenangan sahaja rakan dan sedara-mara yang masih dalam UMNO ini akan dapat melihat dengan jelas bagaimana cantiknya rupa Islam (yang jadi asas perjuangan PAS) dan bagaimana hodohnya rupa sebenar UMNO yang assobiyah.

Tetapi Pakatan Rakyat tetap tidak dapat menguasai Putrajaya, walaupun melalui Tahaludf Siyasi dengan PKR dan DAP. Allah belum perkenankan permohonan Yong dan berjuta penyokong Islam di Malaysia.

Kenapa? Kita sendiri harus mencari jawapannya.

Multaqa Ulama SeMalaysia patut menawarkan jawapan itu. 

Tetapi sebaliknya resolusinya mengundang lebih banyak kontroversi.

Tidak dapatkah kita merenungkan mengapa jadi begitu?

ENDLESS POSSIBILITIES itu milik Allah, bukan milik BN. 

Jadi, tak perlu kita sibuk ingin berpadu dengan UMNO, kerana mencari endless possibilities.

Namun, kita harus berusaha (tanpa UG dengan UMNO) demi mencapai matlamat yang diredai ALLAH MAHA PENCIPTA segala possibilities. 

N3 berkaitan:

http://yongsukakuning.blogspot.com/2013/09/tindakan-paling-bijak-presiden-pas.html
http://yongsukakuning.blogspot.com/2013/09/ulama-haraki-atau-harakiri.html
http://yongsukakuning.blogspot.com/2013/09/kepimpinan-pas-tahu-di-mana-parti-itu.html

1 comment:

  1. DeeDee Yong...

    Gua simpan jer la gua punya komen.. Hahahaha... Nak buat camana... orang YouGee nih tabley nak terima pandangan.... Hahhaa

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.