Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 3 September 2013

TUKOR BRAND MINYAK PETROL SEKARANG JIKA NAK JIMAT DUIT!!!

Ayoyo! Harga minyak petrol RON95 sudah naik.

Nak buat macam mana?

Berebut-rebut isi tangki waktu dinihari sebelum harga naik sebenornya tak jadi apa-apa pada jangka masa panjang.

Nak buat macam mana?

Tiada cara lain. Cari minyak yang menjimatkan.

Yong ni merepek apa pulak? Bukankah harga minyak dikawal oleh kerajaan? Jadi harganya sama. Mana ada yang menjimatkan?

Salah! Ada minyak yang lebih menjimatkan - maksud Yong ada minyak yang boleh cover banyak kilometer dan ada yang cover kurang kilometer, walaupun harga minyak itu sama. 

Sebabnya? Technology (yang menjadi paten brand itu) berbeza.

********************

Mula-mula komer kena jawab soalan berikut:

Kenapa komer memilih sesuatu brand minyak?
  1. Tunjuk patriotik kepada negara
  2. Setia kepada brand
  3. Ekonomi - boleh cover lebih kilometer
  4. Tak kisah, asalkan stesen dekat rumah/tempat kerja
Sanggupkah tukar brand?

Jika jawapan Ya, baca seterusnya. Jika jawapan Tidak, tanggung jer dan jangan menyesal.

Kereta Yong sudah berusia 10 tahun. Yong guna RON97. Jangan tanya Yong pandu kereta apa. Nanti Isa kata Yong riak, poyo etc..Sebuah kereta lagi bodyguarad bawa, usianya kalau orang sudah boleh mengundi. Yang ini Yong isi RON95.

Yong dah buat kajian sejak harga minyak tak menentu ni. Apa? Mana data? Yong buat kajian untuk diri sendiri. Data dalam kepala jer. Bila guna brand ini Yong isi RM50.00 dapat cover 20 km lebih dari minyak brand yang lain-lain tu...

********************

Mula-mula cerita RON95.

Yong pula dulu guna Petronas gak. Nak bagi tambah pendapatan negara. Stesen Petronas dekat dengan rumah pulak tu...

Tapi bila harga mula jadi gila Yong mula tukar. Kebetulan masa itu stesen Petronas dekat rumah takde RON97. 

Rupanya ini blessing in disguise. Minyak petrol brand ini cover lebih banyak kilometer. Sungguh! Yong tak tipu. Memang jimat.

Dulu Bodyguard isi RON95 Petronas. Hahaha...Nak tunjuk patriotik le tu. Tapi kereta tua tu asyik batuk jer. Dia pun tukar brand ini. Terus sihat. Start takde nak melompat macam kuda jantan nampak kelibat kuda betina lagi.

Brand apa?

Bukan ayor sejuk ler...

Brandnya?

PILIHAN PERTAMA

PILIHAN KEDUA
Cubalah. Komer akan dapat merasai perbezaannya. Cuba dan bagi tahu Yong sama ada Yong bercakap benar atau tidak.

Komer boleh menjadi patriotik tanpa menebuk lubang pada kocek komer.

Tapi kalau komer bawa kereta besor dan mampu beli minyak dengan harga mahal yang kurang kilometer dari segi penggunaanya, ikut suka komer.

Kalau nak ikut bangang macam YB UMNO dari Sabah tu...Ikut suka ler. 

Yong beri cadangan jer. Ikhlas. Yong takde kerja, atau anak-pinak di kedua syarikat tersebut.

36 comments:

  1. malam ni saya akan mencuba....nak kena selawat dulu tak sebelum masuk...heh he....

    ReplyDelete
  2. Salam Asrul

    Tandakan kilometer masa isi, baru dapat buat perbandingan. Miker akan rasa bunyi pelik-pelik enjin kereta pun akan hilang.

    ReplyDelete
  3. Minyak BP memang saya guna dah lama juga,, tapi tak pasti perbezaannya,, cuma lebih kepada Shell berbelas tahun dah, kalau petronas,, entahlah,, semenenjak pakai kereta tahun 88 dulu lagi,, bos saya bagi tahu,, minyak petronas ni panas,, ekzos cepat bocor,, jadi semenjak itu memang saya tak isi,, kecuali dah terdesak sangat... bukan kerana tak patriotik.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Manjungmari

      Kalau guna Shell RON97, sangat cepat habih. Memang BP lebih ekonomi. Abang Yong sejak tukor BP dia pun happy jer. Kereta dia Toyota SG buruk jer.

      Delete
  4. Caltex kat Bukit Beruntung dem boikot. Rahim Nor ex KPN punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam TheSniper

      Pulak dah. Takat ni takde pulok Yong merayap sampai ke Bukit Beruntung cari Caltex. Dekat seksyen 3 pun ada. Tak jumpa Caltex, BHP ada

      Delete
  5. Salam Kak yong.

    I 2nd that.. dulu gune fuel petrona$ gak. nomore.. teman guna BHP ever since.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Bagi tahu kekawan yang belum tahu.

      Delete
  6. aisayman dua dua stesyen ni jauh dari rumah dan tempat kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam digitalmaya

      Jauh sangat ke? Cer tanya kekawan kot ada yang dekat. Tapi keduanya memang bagus. Yong jamin.

      Delete
  7. Assalamualaikum Kak Yong Intan Temoleh..;

    Teman dah berzaman guna BHP... memang terbaek. Alhamdulillah... teman bukannya nak riak (seperti dlm FB)... saja nak berlagak... muakakakaaaa...

    Posting Yong yang ini memang terbaeeeekkkkk.... thumps up..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Isa

      Thank you. Thank you. BHP memang bagus. Sekarang syarikat ini sedang buat RnD solar energy. Bukan macam Petronas. Takde innovasi. Nak tambah pendapatan naikkan harga minyak. Korek lagi minyak serata dunia.

      Delete
    2. K yong Petronas bkn x nk wt inovasi tp mslh bila dh msuk org politik dlm organisasi ini...untung2 myk dh hbs kena korek so mn la Petronas blh nk ada modal utk wt inovasi...asyik kna paw j untung billion2nye k yong...

      Delete
  8. kalu petron, ok ka? yg hok 2 tu, jauh sgt dari tempat teman. BHP dekat Serendah, Caltex dekat Kalumpang. Jauh benor dari Rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mazwandi

      Alahai...tak dapek Yong nak tolong...

      Delete
    2. Mazwandi;

      Petron tu keturunan San Miguel yang punya, Mahadeath anak beranak dah kaya raya... buat apa nak sokong depa...

      Delete
    3. Salam Mazwandi

      Petron tu dulu kan esso dan mobil? Yong dah cuba sebelum jadi petron. Sama jer macam petronas dan Shell. Caltex dan BHP lagi bagus.

      Delete
  9. Replies
    1. Salam Slab Stone

      Nama miker cool sungguh. Anyway, baguih tukor ramai2. Bior padan muka penasihat Petronas.

      Delete
  10. Salam Semua

    Tambahan. Untuk lagi best dan demi jangka panjang serta sambung jangka hayat negara, PRU akan datang tukor gomen.

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Salam Azian

      Hak kita sebagai pengguna untuk memilih yang terbaik.

      Delete
  12. Teman dah guna Caltex semenjak beberapa tahun ni dan teman setuju. Tapi BHP tu tak tau le pulak. Esso Mobil pun ok juge tapi maap le teman dah boikot semenjak deme jual pada Kampeni Pinoy yg juga jual arak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam szhaflimk

      Nama dahsyat!

      Apapun, teruskan guna yang terbaik.

      Delete
  13. yes baru guna caltex ,memang ada perubahan lebih kilometer,tapi sayang caltex bhp tak da kat kawasan saya di sepang ni...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam digitalmaya

      Tak dapek la sei nak tolong

      Delete
  14. Cm bst je,esok nk Cbe la,cltex n bhp sme dkat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mirza Bae

      Dah cuba? Bagaimana keputusannya?

      Delete
  15. mcm mana plak ngan shell ron95? buat survey kat internet ramai kata bg 95, shell plg jimat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mr Shine

      Kat mana survey tu?

      Anyway, Shell memang terbaik dari segi knowledge managementnya. Tapi tak semestinya paling menjimatkan. Cuba sendiri dulu baru tau.

      Delete
  16. Yong maknanya guna ron 97 bhp atau caltex ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ali zudin

      Ron95 pun ok bagi BHP dan Caltex. Team Yong dah cuba guna Toyota, Nissan, Proton, Kembara, BMW, Honda, Daihatsu...Semua positif.

      Delete
  17. sy bru jek nk jd penengar caltex bru perasan semenjak 2 menjak ni.... dulu dok pulun ngan shell bler terguna caltex nasib cer try tgk kilimeter mmg jimat

    ReplyDelete
  18. Untuk tambahan kepada yang ingin merawat engin dari pengurangan karbon, disarankan menggunakan minyak green oil yang sangat jimat dan murah.

    ReplyDelete
  19. Tambahan kepada pengguna minyak petrol, disarankan menggunakan minyak green oil.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.