Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 28 January 2014

PENGAKUAN PENSYARAH: BAGAIMANA BARU BOLEH MENJADI ADIL SEBAGAI GURU?

Ramai siswa tak tahu, sukarnya jadi pensyarah. Bukan sukar mengajar, tapi sukar apabila memberi markah. 

Di IPT sekarang musim pensyarah memberi markah. Syukur, dari 70 orang pelajar Yong ada seorang dapat A. Yang lain takat B+, B dan seterusnya ada yang gagal.

Bukan Yong kedekut atau kejam macam cikgu yang gantung loceng, suruh makan rumput kat budak umur 10 tahun. Student Yong budak besar. 

YONG TIDAK MAHU STUDENT YONG JADI KANKUNG ATAU TELUR PUYUH

Student Yong mengharapkan keputusan peperiksaan yang memberi peluang kepada pelajar untuk maju ke hadapan, sambung belajar, naik pangkat, atau dapat pekerjaan yang baik.

Tapi apa nak buat. Kadang-kadang usaha tidak selaras dengan cita-cita. 

Bila melihat jumlah markah 47% (1.67) = C- sedangkan markah lulus ialah 50% (2.00) = C, mulalah pensyarah pening kepala. Perbezaan point itu boleh merubah GPA dan CGPA. Mungkin kes status pelajar kekal atau ditamatkan. 

Nak bagi lulus atau taknak bagi lulus?

Kalau bagi lulus dengan menambah 3 markah lagi, bagaimana dengan yang dapat 77% (A =80%)? Tidakkah dia layak dapat A, bukan A-? Perubahan ini mungkin memberi dia peluang untuk mendapat anugerah sijil dekan.

Semua maklumat itu (sama ada pelajar akan kena buang atau dapat anugerah sijil dekan, pensyarah tidak tahu (kecuali dia pengurus/kordinator kursus). 

Terus terang - seorang pelajar yang hanya mendapat markah 47% (1.67) sebenarnya amat sedikit yang dipelajarinya dalam kelas. 

Bolehkah pelajar ini dilepaskan untuk menghadapi karenah masyarakat sebagai pegawai, executive, etc?

Bagaimana kalau dia jadi penjawat awam gred C-?

Bagaimana kalau pelajar yang gagal ini diluluskan dan kemudian mendapat pekerjaan dan jadi mcam cikgu yang bagi murid pakai loceng itu? Maksud Yong tak semestinya cikgu - tapi equivalentnya. Misalnya dia menjadi penguasa awam yang mendera pendemo, jadi pegawai yang pecah amanah dan sebagainya kerana ilmu tidak cukup. Bagaimana kalau dia jadi ahli politik kangkung?

Adilkah memberi markah lulus kepada pelajar yang gagal itu?

Zalimkah kalau membiarkan dia gagal dan menghadapinya lagi? 

Bagi pensyarah, kalau ramai gagal, umum akan tuduh dia bersalah - tak pandai mengajar. Jika semuanya dapat A, dia juga dituduh terlalu lenient.

Keduanya mungkin tidak adil. 

Jadi, bagaimana hendak menjadi adil?

Jangan kata N3 ini tidak kaitan dengan politik Malaysia. Ingat! Graduan inilah (sama ada lulus bordeline atau cemerlang) yang akan melakar masa depan kita dan anak-anak cucu kita.

N3 berkaitan:

http://yongsukakuning.blogspot.com/2014/01/salah-siapa-guru-jadi-stress-dan-murid.html

7 comments:

  1. bos mohon exchange bloglist...

    http://bankami.net

    blog yongsukakuning dah dimasukkan dalam bankami.net

    jasa bos dihargai...

    ReplyDelete
  2. Buat Yong
    mungkin memberi markah yang tidak menepati pencapaian keterlibatan pelajar dgn akademik di IPT akan menghasilkan pelajar yang tidak kompentensi. bagaimana dengan guru........bila disuruh menipu markah pelajar dengan memberi band yang tidak sepatutnya layak diterima. guru mmg malang bila terikat dgn "akujanji" yang tiada keistimewaan selain gaji dan cuti. hak professional bergantung mereka yang menongkat langit. percaya atau tidak kalau di IPT pensyarah perlu menerbitkan jurnal @ research yang menjadi beban tetapi guru di sekolah ialah hidup dan mati kerana pelajar.......terutama warden yang confirm sebelah kaki kat penjara. hari ini tidak lagi menjadi kehairanan bila cikgu ditangkap, dicekup digari,dimaki dan ................ kerana cikgu juga manusia. mati seorang cikgu hari ini tidak menimbulkan pun keinsafan kepada pelajarnya melainkan cikgu Dai'e..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kiasu

      Sedih bila baca keluhan miker. Yong hanya boleh tulis di blog. Blog bukan siapa-siapa. Kekadang ada juga student Yong jadi guru dan pensyarah. Alhamdulillah, belum dengor lagi ada yang kena gari...

      Masalahnya kat negara ini yang dimuliakan ialah pak menteri dan businesmen yang kaya raya...

      Delete
  3. Salam. Takpa Yong...hak mana yang gagal tu depa boleh masuk UMNO ada jawatan sikit, mengampu kuat-kuat lepas tu boleh jadi Penguroseee Tabung Hajeee. Kalau ada degree pun macam Hassan Malik, Ahmad Said, Zahid Bagan Datoh, Ku Nan Celup dan Bapa Kangkung (opppsss bapa kangkung tak sempat habis belajar...) takde maknenye kalau MANGGANG! Ada degree pun kalau kuat menipu dan kuat songlap duit rakyat takde maknenye.....

    Takde salahnye bagi F pada pelajar-pelajar Yong tu kalau sememangnya mereka malas belajar atau lebih kuat merendek dan merempit dari belajar. Lainlah kalau pelajar tu lemah pencapaian akademik kerana tidak ada banyak waktu untuk belajar sebab terpaksa menolong mak bapak jual kueh, buka gerai makan, pungut kangkung tepi parit dan jual untuk membantu keluarga. Golongan ini Yong boleh kasi peluang kedua.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani

      Dalam maknanya komen ini.

      Betul ada yang dapat result bagus kat universiti macam ahmad maslan (katanyalah) otak tetap duduk dalam tempurung lutut. Sebabnya? Duduk dalam UMNO.

      Mat Sabu takde ijazah bergulung-gulung, tapi lebih tajam pemikirannya. Oopss Yong puji Mat Sabu ni nanti jadi Syiah pulak...

      Delete
  4. betul tu ..yg melalut dan mengaku bijak tu, abaikan saja sb org bijak2 x kan berbuat demikian.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.