Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 8 November 2014

AUWW! NAK KASIHAN ATAU HUKUMAN?

Dulu ada seorang promoter di sebuah kedai kristal di sebuah kompleks membeli-belah. Yong dan kekawan sering mengunjungi kedai itu. Promoter itu cantik, kurus, kulit cerah (takde jerawat/jeragat), tinggi lampai, berambut panjang dan selalu memakai skirt. 

Malangnya KP dia nama lelaki - XXXX aka Mak Nyah.

Nama panggilannya Sherry.

Satu hari Yong datang ke kedainya bersama seorang kawan (kawan ini peguam). Ketika belek-belek barang nak beli tak beli, Sherry minta diri nak pergi toilet. Tak tahan sangat, katanya. Kami diminta tolong jaga kedai...

Ketika melintasi lorong dalam kompleks untuk ke bilik air, sekumpulan pemuda nampak Sherry. Diorang pun ejek Sherry. Seorang menepuk punggong Sherry sambil ketawa beramai-ramai. 

Kami perhati dengan rasa kasihan.

Tak lama dia pun muncul kembali dan minta maaf dengan kami kerana gangguan sebentar tadi. Kawan Yong si peguam mula buat soal-jawab. Yong perhati jer. Berikut pertuturan dua orang tu:
  • Peguam: Awak tadi buang air di toilet lelaki atau perempuan?
  • Sherry: Saya pergi toilet perempuan.
  • Peguam: Kenapa awak pergi ke toilet perempuan? Awak kan lelaki?
  • Sherry: Kalau saya masuk ke toilet lelaki tentu saya kena kacau. Kakak pun dah tengok tadi kan? Kalau dalam toilet, tak tahu diorang buat apa.
  • Peguam: Kat toilet perempuan tentu ada perempuan kan? Kadang-kadang diorang buka tudung, dan buat lain-lain perkara yang orang lelaki tak wajar tengok...Mana boleh awak tengok.
  • Sherry: Saya takde perasaan pada perempuan...
  • Peguam: Pokoknya awak lelaki, bukan perempuan.
  • Sherry: Takkan saya nak tunggu balik ke rumah baru pergi toilet?
  • Peguam: Awak solat macam mana? 
  • Sherry: Err...err...
Jelas Sherry nampak stress. Yong rasa kedai ini bukan tempat yang sesuai untuk bersoal jawab. Jadi, Yong tanya soalan yang tidak terlalu "intrusive."

Yong: Sherry ada belajar di IPT?

Lalu Sherry berkisah tentang hidupnya. Masa sekolah dia sering diejek kerana "lembut." Kerana itu juga dia tidak melanjutkan pelajaran ke IPT walaupun keputusan SPM bagus. Dia tak sanggup lagi menerima cemuhan kaum lelaki kerana keadaan dirinya yang tak sempurna sebagai lelaki. Mujur majikannya menerima keadaannya yang berpakaian perempuan itu.

Katanya dia sedang mengumpulkan duit untuk membuat pembedahan di Thailand. Dia ingin menjadi perempuan sepenuhnya.

Yong nasihatkan dia agar berhati-hati tentang urusan pembedahan ini.

Sherry kemudiannya ditukar ke tempat lain.

Tidak tahu apa terjadi kepadanya.

Sekarang pondan tidak perlu lagi risau akan kena tahan kerana berpakaian perempuan.

ADAKAH KEPUTUSAN INI BOLEH MENYELESAIKAN MASALAH PONDAN?

Banyak isu masuk dalam kepala otak Yong berkaitan dengan masalah pondan ini, selain soal biologi (keadaan tubuh badan) dan agama (adakah dia berkhatan?). Masalah pondan tidak selesai walaupun dibenarkan memakai baju perempuan.

Kalau si pondan itu melakukan kesalahan dan dihukum, adakah dia dimasukkan ke penjara bersama perempuan? Yong tidak dapat bayangkan nasibnya dalam penjara dikurung bersama lelaki yang sudah lama tak jumpa perempuan (dot dot dot 18SX).

Bolehkah nanti dia diterima bekerja di sektor awam (dengan memakai pakaian perempuan)? Contohnya sebagai jururawat, guru, etc?

Bolehkah "lelaki" ini dipercayai untuk bergaul dengan perempuan setelah berpakaian perempuan?

Bagaimana kita boleh membezakan bahawa yang berpakaian perempuan itu pondan, bukan lelaki yang menyamar?

Benar, ia bukan masalah negara.

********************

Yong kasihan kepada pondan. Tapi Yong lagi kasihan kepada rakyat Malaysia...


16 comments:

  1. Sebagaimana biasa isuisu serupa ini kita sapu ke bawah carpet saja. Nak diajak berbincang ianya melibatkan pelbagai ejensi dan pertubuhan..mais jakim jakun kementerian yang berkaitan dengan hal ehwal kebajikan, pihak polis , pertubuhan sukarela dsbnya.....rumit dan leceh sedangkan banyak masalah lain bersangkutan dgn dasar pelajaran, pertanian , masalah kes mahkamah anuar ibrahim, hantu sltantuya ysng sesekali muncul....fenin najib nak mikior....
    Setakat masalah bapok maknyah serah kat ibrahim ali dan perkasa memutuskannya dah la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani

      Apapun, haram bagi lelaki memakai pakaian wanita, termasuk hiasan macam wanita. Perkara itu sudah jelas.

      Golongan pondan mahu jadi wanita tapi enggan mengikut adab sopan wanita, seperti menutup aurat (bagi yang beragama Islam).

      Delete
  2. Dilahirkan sebagai lelaki dgn cukup sifat fizikal kelakian, tapi memilih untuk menjadi khunsa. Tiada usaha & perancangan pihak berkuasa untuk memulihkan kecelaruan ini secara intensif dan professional oleh pihak berkuasa. Lebih malang lagi, mahkamah pula tidak mampu menyekatnya, kerana tidak boleh bercanggah dgn perlembagaan persekutuan. Jadi, hakim tidak wajar dijadikan subjek untuk dipersalahkan. Perlembagaanlah yg perlu disemak dan dipinda, drp pemimpin sibuk kpd perkara-perkara tidak perlu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Seniwoman

      Perlembagaan Malaysia sudah lama dirogol...

      Delete
  3. ni cuma masalah berpakaian ... pelawak lelaki pun ada memakai pakaian wanita . hukum tetap sama. bukan bererti mengiktiraf transgender.. undang undang tertinggi malaysia dari lord reid ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf jika ulasan saya boleh menyinggung.
      Pelawak lelaki berpakaian wanita hanya ketika beraksi, tetapi tetap ke tandas lelaki dan berpakai lelaki diluar waktu beraksi. Setuju dgn anda ia tetap salah juga.
      Berbeza dgn golongan pondan yg sebenarnya adalah lelaki masuk ke tandas wanita, bayangkan jika adik perempuan atau anak perempuan anda ada di dlm tandas yg sama, adakah fikiran anda boleh bersetuju?
      Ini belum memperkatakan isu ini dari sudut syariat. Harap fahami isunya.

      Delete
    2. Li'l Abner,
      Ha ha ha ha.... Kalau ikut cadangan anda itu, kena diadakan petugas untuk memeriksa sama ada seseorang itu perempuan atau pondan sebelum memasuki tandas. Ada sesiapakah yg sanggup menjadi petugas tersebut? Ehh..... lucu pulak dgn cadangan ini.

      Delete
    3. Salam semua

      Kita simpati kepada khunsa - kesian demer dilahirkan begitu. Tetapi bagaimana dengan lelaki yang hanya "berperasaan" sebagai perempuan? Boleh kita diam saja?

      Demer perlu dibantu - bimbingan, kaunselling, ekonomi, etc - tapi bukan dengan menghalalkan perbuatan demer.

      Delete
  4. Assalammualaikum Kak Yong,

    Masalah adalah masalah dan kekal menjadi masalah sehinggalah ianya diselesaikan. Jika dulunya penglibatan golongan maknyah terbatas di bidang solekan & andaman (yang kurang berkemahiran mungkin menjadi pekerja sex atau kelab-kelab dangdut), kini ianya agak berkembang ke bidang lain (kadang-kadang situasinya). Apapun golongan ini perlu dibantu. Membantu bukan maknanya mengikhtiraf, membantu pada yang memerlukannya. Andaikata anak atau kaum keluarga kita yang terlibat, apakah tindakkan kita? Atas nama kasih sayang tak mungkin kita akan menyisihkan mereka. Disamping membantu kita berdoa agar kecelaruan jiwa mereka diperbetulkan. Keadaan ini bukan bermakna kita mengikhtiraf, sekadar cuma melakukan apa yang harus dilakukan terhadap kaum keluarga kita. Begitulah yang seharusnya dilakukan oleh masyarakat. Kita tidak boleh mengiktiraf golongan ini kerana ianya melanggar syariat. Tetapi Allah menguji, bukan sahaja maknyah yang diuji malah masyarkat yang lebih teruji. Ahli ilmuan, agawan dan politikwan akan dinilai dengan cara mereka menghadapi ujian. Adakah golongan ini akan dihukum tanpa ada penyelesaian? Apapun yang pasti kecelaruan jiwa golongan ini perlu diperjelasan. Fizikal lelaki tetapi jiwa was-was dengan lelaki akan menyebabkan jiwa tak mampu menampung fizikal seorang lelaki. Sebab itulah jalannya agak lemah gemalai antara mabuk dan sedar. Begitulah juga dengan golongan tomboy (kelebihan lebih berpihak kepada pondan kerana mereka boleh melakukan pembedahan). Teruskan usaha dan doa kerana Allah tak akan menguji dengan ujian yang diluar kemampuan kita. Wallahu a'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mayang zulaika

      Malangnya tindakan kerajaan seperti menggalakkan kumpulan ini berkembang. Misalnya, boleh pula buat pertandingan ratu Mak Nyah. Dalam filem/TV ada watak Mak Nyah...Sehingga dalam cerita upin ipin yang ditonton oleh kanak-kanak, pun ada watak lelaki lembut.

      Apa maknanya ini kalau bukan menggalakkan kumpulan ini berkembang?

      Kerajaan harus memainkan peranan lebih aktif mencari jalan membawa kembali Mak Nyah ini ke jalan yang diredhai Allah, bukan terus menghalalkannya.

      Delete
  5. jika ketagih dadah boleh diubati dgn perubatan islam, jin boleh disembelih... apakah tidak mungkin kaedah islam ada utk mengatasi masalah ini.

    jika kita semua diseru beramal soleh dan mengawal nafsu. lelaki kawal nafsu jgn sex bebas walaupun itu naluri lelaki. perempuan diseru kawal nafsu kebendaan dan sex walaupun itu naluri wanita.

    maka apakah khunsa tidak perlu diseru beramal soleh dn mengawal nafsu terhadap sejenis? bila beramal soleh insyaallah akan dibantu Allah utk kembali normal.

    kami perihatin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MakoFSA

      Lelaki2 macho ramai yang menjauhi golongan Mak Nyah. Malah menghina pun ada.

      Yong faham, sebab ada kawan yang diikuti oleh Mak Nyah (stalker). Sampai dia tak balik rumah kerana Mak Nyah akan menunggu di depan pintu pagar.

      So, siapa lelaki yang berani mendekati dan menkaunseling Mak Nyah?

      Delete
  6. Sebenarnya bahan makanan kit ayang dicampur denganbahan kimia iaitu dadah bukan sahaja membawa penyakit fizikal tetapi penyakit mental seperti ini..ini kecelaruan perasaan..Boleh diubati dengan mengamalkan makanan organik, berbekam dan menjadi orang Islam yang benar2 mengamalkan sunnah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abdullah Hamzah,

      Yong amat setuju. Bahan kimia dicampur dengan ayam berhormon.

      Yong pernah tulis secar ringkas di sini: http://yongsukakuning.blogspot.com/2011/12/awas-katak-boleh-jadi-pondan.html

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.