Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 4 November 2014

BOLEHKAH TAN SRI DR IBRAHIM ABU SHAH SELAMATKAN MELAYU BANDAR DARI TERPINGGIR?

Mula-mula Yong ucap setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah di atas perlantikan Tan Sri sebagai Senator Dewan Negara.

Awal-awal lagi pengkritik memandang sinis di atas pelantikan ini.

Tan Sri hanya akan menjadi pemanas kerusi sahaja.
Tan Sri dilihat sebagai seorang rasis dan tidak akan memberi kelebihan kepada rakyat Malaysia.
Kerusi Senator ini hanyalah "anugerah" dari UMNO kerana kesetiaan Tan Sri kepada parti itu.

Bla...bla...bla...

Pendiknya pengkritik tidak melihat Tan Sri memiliki keupayaan "mental" dan "energy" untuk menyumbang apa-apapun...

Maaf kepada pengkritik yang mungkin pro-PR.

Yong tidak mahu "jump the gun."

Setiap manusia memiliki potensi. Masalah timbul apabila manusia itu gagal melihat potensinya sendiri dan akhirnya gagal mengambil peluang mengoptimakan potensi tersebut. Masalah juga timbul apabila manusia itu tamak haloba sehingga merebut potensi orang lain untuk berkembang dan maju jaya.

Tan Sri tentu sudah maklum bahawa semua yang duduk di Dewan Rakyat dan Dewan Negara itu adalah pemimpin. Maka mereka tertakluk kepada kewajipan sebagai pemimpin.

Sabda Rasulullah SAW, bermaksud: “Kepimpinan itu satu amanah yang berat. Pada hari kiamat nanti ia adalah satu penyesalan dan kehinaan melainkan seorang pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab kepemimpinannya dengan amanah dan adil kepada rakyat bawahannya.” (Hadis riwayat Abu Hanifah).

Lalu, Yong melihat pelantikan Tan Sri dengan harapan... 

Kerana Tan Sri seorang yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu, MOHON selamatkanlah orang Melayu bandar dari kerakusan Sang Penguasa yang mahu mengusir mereka...

Selamatkanlah Kampung Baru;
Selamatkanlah Kampung Chubadak; dan 
kampung-kampung Melayu lain di tengah bandar di seluruh negara.

dan paling penting...

Selamatkanlah tanah rezab Melayu...

Lihatlah sendiri bagaimana kawasan yang diduduki orang Melayu diranapkan dan penduduk dikasari alat Sang Penguasa...






 Mungkin berita ini tiada dalam media perdana. Tetapi Tan Sri boleh membaca sendiri di media sosial seperti ASD, Detikdaily dan lain-lain.

Sila Tan Sri nafikan UMNO tidak gagal memperjuangkan hak orang Melayu bandar. 

********************

Walau bagaimanapun, Yong faham kenapa pengkritik tidak nampak bagaimana Tan Sri boleh mengoptimakan potensi dalam ruang sempit Dewan Negara itu. Suka tak suka, Dewan Negara hanya berfungsi sebagai "rubber stamp sahaja."

Tetapi Tan Sri harus mengambil peluang ini untuk membuktikan bahawa laungan "Hidup Melayu" itu bukan semata-mata satu cara menzahirkan emosi yang rasis!

Yong hanya bersandarkan harapan ini kepada sepotong ayat:

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
“Dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang telah Allah anugerahkan kepadamu, tetapi janganlah kamu melupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di bumi. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang membuat kerosakan”

Surah Al-Qasas, Ayat 77

Tentu Tan Sri juga maklum, memenjarakan Anwar Ibrahim tidak akan dapat menyelesaikan masalah orang Melayu bandar.

Diharap ada yang akan "forward" posting Yong kali ini kepada Tan Sri.

Sampai bila orang Melayu bandar akan terus jadi setinggan di Tanah air sendiri?





2 comments:

  1. Jikalau pun hujan berpanjangan dan banjir berlarutan lamanya, daun keladi tidak sesaat pun akan basah apatah lagi lenjun.

    ReplyDelete
  2. Betul,walaupun bergenang air di daun keladi sedikit pun tidak meninggalkan bekas apalah nak diharapkan.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.