Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 9 August 2015

3 JUTA AHLI UMNO AKAN MENGGEGAR MEDIA SOSIAL. TAKUTNYA!

GEMPAR!

PM 1Malaysia kata UMNO ada 3 juta ahli yang boleh digembeling untuk berperang di alam siber dengan pihak lawan:

SIAPA YANG MEMBEBEL TU? (MALAYSIAKINI)

Salah seorang yang membebel itu ialah bekas timbalannya:

3 JUTA TOLAK 1 (TMI)

Seorang lagi yang membebel masih dalam kabinet.

3 JUTA TOLAK 2 (BH)

Lagi bebelan dari jauh di seberang laut:

 3 JUTA TOLAK 3 (MALAYSIAKINI)

Pembebel menggunakan Facebook dari negeri PM 1Malaysia:

 3 JUTA TOLAK 4 (FB)

Ini pulak 1 negeri membebel dengan menggunakan banner. 1 Dunia sudah nampak bebelan ini sebab gambar telah tersebar di media sosial Facebook: 



Kesemua 4 orang pemimpin itu ada pengikut-pengikutnya. Mereka semua ahli UMNO. Bilangan tak tahu berapa ramai. Tetapi yang pasti bilangan 3 juta itu dah meleset.

Lagipun, 3 juta ahli yang disebut PM 1Malaysia tersebut sebenarnya termasuk tok wan, pakcik dan makcik Felda yang cari butang enter pun tak jumpa.

Macam mana nak berperang dalam dunia siber?

Takkan nak kira sekali penyokong pemimpin ini yang hari-hari berperang dengan penyokong parti pembangkang?

TAK PERLU DESAK NAJIB BERUNDUR (TRP)

Err...ada lagi ke 3 juta ahli UMNO yang nak jadi pejuang ni?

Yong tanya jer. Takkan tanya pun tak boleh?




19 comments:

  1. Sebenarnya

    Ahli umno adalah juga ahli pas... Kerana tiada system.yg boleh mengesan dwi party ini...

    Ahli umno byk dah meninggal dan kluar party tapi keahlian masih tetap bermula dari 0000000001 - 3,140,431.....

    Tidak kira kita party Money sekalipun...

    Yg penting tiba pikihanraya kita pangkah yg terbaik

    Jika pas buat tahik... Kita pangkah ghb !!!

    O.k
    P.s esok u.s Dollar cecah 3.98 ... Siapa tak beli rugiiii... Pastikan simpan sampai Money changsr tak de stok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Malaysiabaru

      Betul tu. Memang sukar untuk pantau sama ada ahli PAS itu sebenarnya ahli UMNO atau masih menjadi ahli UMNO. Ini amat berbeza dengan politik di negara maju yang jelas.

      Delete
  2. Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, tragedi ekonomi dan politik negara, melibatkan isu hutang 1MDB yang menjengah RM42 bilion, transaksi wang sejumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri dan campur tangan politik serta tekanan kepada badan yang bertanggungjawab dalam penyiasatan 1MDB seperti SPRM, PAC dan lainnya dilihat semakin parah. Harakah

    Kah kah kah
    Pas = Umno = Parti celaru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam zaki

      Ketua Penerangan ini cakap benda yang semua rakyat sudah maklum. Takde idea baru nak ulas. Orang yang nak dirujuk sudah diterajang masuk GHB.

      Delete
  3. salam:

    PAS party gone case.Party dah tak relevent masa kini.mereka melawan arus perdana.Bertanding pilihanraya tak nak menang!!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam omar

      Sedih bila parti yang katanya bertunjangkan Islam menjadi parti yang penuh dengan pelabel dan pentaksud tak ketahuan.

      Delete
  4. Setiap hari ada sahaja cerita kelakar dalam Malaysia. Kepada novelis-novelis serius eloklah kutip fakta-fakta untuk dibuat novel-novel baru. Ini satu peluang keemasan untuk mereka yang berbakat. Gunakanlah kreativiti masing-masing. Sebagai contoh boleh mulakan novel ikut stail lama seperti,.."Pada zaman dahulu, ada sebuah negara bernama Mongostan yang kaya raya. Negara tersebut telah diperintah oleh sepasang suami isteri oops sori, sepasang isteri suami yang gemok dan montel. Korang sambunglah sendiri lepas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abdul Said

      Mungkin satu hari nanti akan keluar novel seperti itu. Amin.

      Delete
  5. Mat bahalol babitkan ahli pulak...takan korang c faham faham...tanya lain jawab lain...x ke bahalol namanya...takan ahli pun nak bahalol jugak...huhuhuhu ko bahalol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Usop

      Entahlah kot ahli pun bahalol.

      Delete
  6. Orang Umno tak semua buta hati terutama yang ikhlas berjuang dan tiada apa2 jawatan mereka ini tidak akan menyokong membuta tuli sahaja nak serang pembangkang. Apatah lagi dengan skandal RM 2.6 billion yang tak mampu dijawab oleh DS Najid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam asri

      Ini Yong setuju sangat. Tapi kerana ramai yang buta hati, maka yang ramai ini mendominasi yang sedikit.

      Semoga Allah SWT buka pintu hati mereka dan keluar dari "kebutaan" ini.

      Delete
  7. Yong
    Ada benar nya kata Najib tu. Tenaga 3 juta ahli Umno jika digembelingkan sepenuhnya bukan saje boleh menggegarkan alam siber malah menjana aktiviti ekonomi secara mendadak. Bagi derma BR1M Rm100 seorang pada ahhli Umno ( 100 X 3,000,000 ) dah ada RM300 juta kuasa pembeli dipasaran. Meledak gila alam siber. Yong, be afraid, be very afraid. Ringgit will be RM4 to USD1in no time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Li'l Abner

      I am afraid - not of UMNO, but of what has happened to our beloved country.

      The rich would be able to migrate. But what is going to happen to ordinary Malaysians?

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  8. Mna Wan rosli.. X nk komen ker bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mohd zain

      Wan Rosli takmo buat lawak hujung minggu kot. Hahaha...

      Delete
  9. Yong

    Cuba komen anak Najib yg terbiar dan terbuang nasi.pudin.g yg kaya raya main saham kini merayu bapaknya najibghor tidak di maki agara saham dan ringgit tak jatuh

    Komen Yong ... Anak bapak dah buka mulut

    ReplyDelete
  10. Agak2nya lepas ni Tuang Presideng PAS akan mengeluarkan arahan agar ahli2 walaun PAS tidak menyertai PRU yang boleh menyebabkan PAS terlibat dalam hal berebut kuasa dan "melemahkan" kekuatan politik orang melayu. Sudah semestinya PAS yang hanya mencari keredhaan ALLAH dam bukan mencari kemenangan dan langsung tidak berminat mahu menjadi pemimpin negara mengelak diri dari menyertai PRU yang akan datang.

    Ye lah, kalau masuk PRU tapi tak nak menang dan asyik berhujah kata kalah lebih penting sebab dapat keredhaan BUAT APA masuk bertanding! Err...kalau gitu kan, buat apa PAS ni jadi parti politik? Saja2 nak bagi Hj Hadi jadi MP so dapat makan gaji buta pastu seumur hidup duduk dalam tanggungan kerajaan.

    Sama gak tujuan dengan lebai2 dan ustad sampul yang kemaruk jawatan semata2 supaya dapat jadi MP pastu gaji dan pencen dapat sampai mati? Masuk politik bukan berkeinginan untuk membela Islam dan rakyat TAPI untuk mencari sara hidup yang lumayan tanpa banyak berusaha kuat? Gaji dan pencen akan tetap dinikmati walaupun tak ada fungsi sebagai ahli Parlimen? Patuh aje pada segala arahan Presideng PAS walaupun arahan tu "biol"? Tak kisah dengan nasib rakyat, negara dan agama asalkan gaji dan elaun sebagai MP jalan terus?

    Ponteng datang Parlimen, tidur masa sidang dan duduk diam2 tanpa melibatkan diri dengan perjuangan rakyat boleh meng"halalkan" makan wang rakyat iaitu cukup dengan mendapat kebenaran serta persetujuan Tuang Presideng Ulamak pujaan? Apa nak jadi dengan PAS dibawah Hj Hadi dan ustad2 sampul ni? Rakyat dan ahli politik yang prihatin akan keadaan negara sibuk berlawan dengan Najib yang korup dan "satu sen tak guna" tapi diaorang tak nak lawan Najib sebab nak menjaga kesejahteraan rakyat dan negara? Kesemua pimpinan atasan PAS dah jadi nyanyok macam Hj hadi ke? masih tak nampak bahawa duit RM2.6 billion yang dikatakan derma tu adalah perkara haram dan rakyat tidak berhak menuntut Najib diturunkan dan didakwa?

    PAS dah tak duduk kat Mesia lagi ke? PAS dah jadi parti politik dialam ghaib yang menghalalkan duit derma berbillion dimasukkan kedalam akaun peribadi ahli politik? Parti islam ni masih wujud ke atau sudah menjadi Parti "ikut suka aku le nak datang ke tak nak datang"? Boleh lagi ke Parti ni menggunakan nama islam?

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.