Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 8 August 2015

KESIAN PULAK PADA SPRM NI...

Ok. Yong dah luahkan apa yang patut kepada SPRM.

Itu sejarah kerja SPRM untuk Kerajaan yang sering dikritik oleh rakyat. Ibarat diberi madu dibalas tuba, sekarang SPRM pula yang tersepit atau disepit.

Takkanlah bila pegawai SPRM buat kerja tak semenggah sampai ada yang mati jatuh bangunan, takde apa bising-bising pun? Takde polis datang serbu dan rampas dokumen atau geledah rumah pegawai. Tapi bila SPRM nak buat kerja yang rakyat mahu mereka buat, tiba-tiba penyiasat diheret ke balai.

Tak habis pegawai dibawa ke balai, 2 pengarah SPRM ditukar ke JPM serta merta kerana masalah disiplin?:

MENYIASAT JADI MASALAH DISIPLIN PULAK (BH)

Tindakan menukar kedua pegawai tersebut mendapat reaksi negatif dari pelbagai pihak. NGO Islam pro-Melayu ISMA juga turut mengkritik: 

PEGAWAI HANYA MENGIKUT ARAHAN

SPRM juga mendapat sokongan yang tidak diduga dari pemimpin pembangkang:

SOKONG JANGAN REBAH MALAYSIAKINI

SPRM selama ini dikecam oleh pembangkang kerana dilihat sering membuat siasatan secara terpilih.  Diharapkan sokongan pihak pembangkang kepada SPRM dapat menyuntik sedikit perubahan terhadap pendekatan institusi itu. Tindakan lawatan ini memperlihatkan politik matang yang diamalkan oleh pihak pembangkang. 

Agak dikesalkan kerana lawatan tersebut disertai pemimpin tertinggi PKR, DAP dan GHB, tetapi tidak Presiden PAS atau Mursyidul Am PAS. 

Hairan juga. Adakah kedua pemimpin itu sudah tidak lagi dianggap pembangkang?

Janganlah bimbang wahai penjawat awam di SPRM! Allah SWT sentiasa Melihat apa yang kamu buat.

Sabda Rasullullah (S.A.W)

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: ((إِنَّ اللَّهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ)). رواه مسلم

Artinya: Dari Abu Hurairah ia berkata, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa kalian dan harta kalian akan tetapi Dia melihat kepada hati-hati kalian dan perbuatan-perbutan kalian.” (HR. Muslim).

InsyaAllah. Kebenaran akan terungkai.



14 comments:

  1. MUNGKIN mereka sudah menjadi sebahagian sokongan bayang bukan bayangan atau sokongan bangang kepada Naji(s) sebab dalam menghadapi kemelut negara mereka tidak dapat dicari kerana wajahnya bertukar menggunakan topeng.faham je le.

    ReplyDelete
  2. jihad yg paling afdal ialah berkata benar di hadapan pemerintah zalim. ini hadis sahih.

    kalau berkata benar terhadap kebejatan pemerintah di ibaratkan sebagai jihad, bagaimana pula kalau menyokong pemerintah zalim?

    ia sama lah seperti memerangi Allah swt.

    orang zalim enjoi menjoi dengan duit yang dirompak. dah dapat syurga di dunia. tapi yang menyokong tu tak dapat apa pun tapi dosa sama berat mcm perompak tu...

    ada berbaloi ke...? kbab51???

    ini nasihat. tak berbaloi sokong orang zalim. kalau dapat sama banyak dengan apa yang dia dapat, tak apa juga. ini tidak. dapat tak seberapa tapi azab dosa sama banyak di akhirat! di dunia tinggal berbatu2 jauhnya spt bkt tunku dgn tmn medan. Tapi di akhirat jadi jiran pulak! silap2 satu bumbung!

    ReplyDelete
  3. Salam
    President dan Mursydul Am adalah orang politik,segala pergerakkan mereka adalah berdasarkan keuntungan yg mereka dapat.Jika mereka bersama SPRM (rakyat)/pembangkang mereka akan dilihat melawan Najib.Jika mereka berdiam diri adalah lebih baik, 2 keuntungan, 1.Najib masih berangapan mereka menyebelahinya (berdasarkan statement ka2nya sebelum ini.2.rakyat/pembangkang menyangkakan mereka masih bersama, sebab berdiam diri.
    Berdasarkan sejarah perjuangan politik kedua2nya yg tidak mempunyai INTERGERITY hanya mencari MILEAGE politik untuk mendapat kedudukan jawatan,sehingga sanggup memperalatkan "HUDUD" untuk mencapai cita-cita peribadi.Mereka tiada darah perjuang seperti sahabat2 zaman rasulallah,Mereka semua nak jalan"SHORT CUT"Sehingga sangup mengadai apa yg ada.Di kacamata ahli-ahli mereka,Di potrayedkan diri mereka sebagai saorng pendakwah,semuanya di dalam ilmu allah,tapi pada hakikatnya mereka semua ahli politik,yg mengunakan ayat2,keterangan dan panduan allah utk kepentingan dunia yg sedikit ini, dalam politik secular.
    .

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. Apakah lagi kata2 hikmah yang penuh bijaksana dan padat dengan ilmu yang bakal kita dengar dari mulut Tuang Presideng serta Tuang Murshidul Am PAS? Dulu Tuang Presideng dah bagi nasihat yang cukup bergeliga iaitu bersangka baik dengan Najib dan bagi Najib peluang bersama kabinet dapurnya untuk memulihkan negara. Tapi realitinya negara makin teruk, institusi negara juga semakin terancam dan orang yang sibuk menyuruh najib diberi peluang telah dimalukan sebagai seorang yang nasihatnya langsung tak boleh pakai. Denagn kata lain, Tuang Presideng tu ibarat menghabiskan boreh jo!

    Kemudian kata2 hikmah Tuang Murshidul Am yang mempunyai ramai pendewa2 dan penyanjung yang berkata "MUSTAHIL, Najib bodoh dengan menyimpan RM2 Billion duit rasuah...err..derma dalam akaunnya sendiri" telah mendapat kemaluan yang besar apabila SPRM sendiri telah secara rasmi mengesahkan bahawa akaun itu memang milik Najib dan sejumlah RM 2 billion duit rasuah...eh silap lagi...duit derma dah pun masuk dalam akaun tu! Tuang Murshidul yang disanjung oleh pengikutnya sebagai orang yang kasyaf serta telus mata menilik ke alam ghaib telah KANTOI sebagai seorang yang tiada kuasa luarbiasa dan ghaib malah juga tiada kepakaran dalam menilai perkara yang teramat nyata serta mudah sekali "konarnya' di alam nyata Malaysia ni.

    Maka adalah tidak pelik bila kedua2 orang yang telah KANTOI dan mendapat kemaluan yang besar tidak ada bersama2 dengan rombongan pembangkang yang datang ke SPRM bagi memberikan sokongan moral kepada pegawai2 SPRM. Sejak dari awal kedua2 makhluk tersebut merupakan penyokong yang setia kepada Najib bahkan Najib sendiri telah memuji Presideng PAS kerana "terlampau cerdik" dalam kes 1MDB.

    Nampaknya kedua2 Tuang dalam PAS ini ibarat seperti dua beradik Abdul yang telah kena "jual" oleh saudagar penipu. Janagan marah ye nanti kena jual! Sapa suruh hang berdua tak pikir dulu sebelum cakap. Setakat tanya pendapat ustad2 sampul sperti Norazli dan mokhtar tu...serupa je macam tanya budak2 tadika pasal hal negara. jawapan diaorang tu satu sen pun tak boleh pakai...balik2 mimpi je yang kuar! Balik2 konar dan u-turn je! Balik2 label orang Jebon dan munafik! Bila mau selesai masalah kalau soalan pun tak boleh nak faham?

    Nick
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  5. Ya allah Yong

    Ana tak tahu nak cakap apa dah

    JpA dan pegawai tadbir dan diplomatik anjing Najib dah istihar perang terhadap pegawai rasuah sprm !!!

    The limit has been reached !!!

    G25 bekas pegawai tinggi kerajaan mesti bersuara terhadap kerakusan jPa berperangai tidak bertamadun ini...

    Perang sudah bermula...

    Ya llah srlamatkan kami dari negara jahanm ini
    P.s esok u.s Dollar rm 4.50 maka technically Malaysia dah bankrap... Jom simpan u.s Dollar sampai Money changer takde stock!!!

    ReplyDelete
  6. Yong dah lupa ke kes sabrani dan teoh boon hock tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang oii!,

      Ini mesti kes tak baca blog Yong terdahulu. http://yongsukakuning.blogspot.com/2015/08/ketaq-lutut-sprm-solat-hajat.html

      Delete
  7. Alhmdulillah, yong dah ubah sikap & kini menyokong ghb.

    ReplyDelete
  8. Salam Yong

    Sebagai bekas penjawat awam, saya dapat rasakan apa yang warga SPRM rasakan. Memang SPRM ada kelemahannya. Tapi apa yg dilakukan oleh Putrajaya memang campurtangan yg tidak patut dalam urusan jabatan kerajaan. Saya salahkan KSN dalam isu ini. Beliau yang patut neutral diantara kehendak politik dan kerja kakitangan kerajaan. Jika dia seorang yg beretika dan berakhlak, beliau yg patut pertahankan SPRM, bukan TKPj SPRM.

    Kedua. Jika orang politik berjuang atas nama prinsip yang adil utk rakyat, tidak timbul isu kenapa DAP, PKR dan GHB memberi sokongan kepada SPRM dalam isu ini tetapi belasah SPRM dalam isu Teoh Boon Hock. Yg betul kena pertahankan dan yg salah kena ditegur. Tapi pendirian PAS dalam isu ini, pemerhatian saya, saya sudah hilang stamina dalam isi-isu kemasyarakatan. Ustaz-ustaz PAS yg ada sekarang hanya pandai bersyarah. Gerak kerja fail maksimum. Bila ditegur, dituduh menghina ulama. Cakap parti insklusif, tapi bab label orang yg tak setuju dgn mereka mengalahkan munafik kabri.

    #Semangat4SPRM

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum Kak Yong,

    Malaysia perlu diselamatkan. Pentadbir negara seakan-akan mati akal dalam hal yang melibatkan ekonomi negara. Penafian dibuat dalam bentuk pembohongan berterusan dan ini amat membahayakan akan realiti ekonomi yang sebenar. US dolar naik sepuluh sen dlm tempoh sebulan dan jika trend ini berterusan, RM akan berapa pada kedudukan RM4-50 - USD1 dalam tempoh 8 bulan mendatang. Jika ini benar berlaku, kesannya insya allah akan membebankan rakyat. Nafas baru untuk negara harus diberi. Pentadbir yang lebih dinamik, telus, terbuka dan adil perlu diberi ruang. Amat malang dalam keadaan pesaing PR hampir rebah, Presiden dan Mursyidul Am memberi suntikan tenaga baru, ini tidak baik untuk Pakatan Rakyat. Harus diingatkan kita membenci Umno bukan atas dasar peribadi, tetapi atas sebab cara negara ditadbir serta tatakelola yang boleh dipertikaikan. Apapun doa berterusan serta strategi yang betul perlu dalam setiap perjuangan. Silat siku litut tangan mana mungkin menyaingi kepantasan mesingan mahupun anak panah. Doa tanpa strategi untuk menang, sememangnya tidak layak untuk menang. Tugas memertabatkan islam adalah tanggungjawab seluruh individu islam. Jangan mengekskusifkan hak tafsiran islam ke atas mana-mana pertubuhan atau parti. Tanpa berlapang dada dan keterbukaan, percanggahan menjadi perbalahan, perbalahan menjadi pergaduhan seterusnya pergaduhan membuka ruang untuk saling membenci.Sewajarnya perdebatan menjadi platform mencari/merungkai kebenaran bukannya mencari kemenangan, ini perlu diketahui oleh masyarakat terutamanya umat melayu. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  10. Mungkin kah bunga bunga DAJJAL sudah menjelma? Bukankah telah di riwayaat kan bahawa DAJJAL kan membawa syurga dan neraka yakni susah dan senang. Tetapi pada mereka yang beriman bahawa gambaran itu berada di sebalik nya. Ganjaran dari ALLAH jua lah yang sempurna.

    Sesiapa yang menyokong nya akan di beri ganjaran dan sesiapa yang menentang nya akan di berikan kesusaha,

    Dalam episode ini siapa lah yang di katakan "DAJJAL" itu?
    Kalau sudah tau jawapan nya elok lah di nyahkan sahaja mereka ini dari persada kuasa atau di lenyapkan terus dari muka bumi ini. Ayoh mereka yang beriman, bersegeralah untuk melakukan nya. PRU 14, is just around the corner. Kalau tidak percaya lah bahawa kerosakan akan terus melanda Negara ini. Jangan lupa bahawa separuh dari orang Melayu hidup di bawah paras kemeskinan.

    ReplyDelete
  11. as-salam kak yong .. & the rest !

    Given, minions@goverment servants just meant to do what they're asked for.. just go with the flow ! Jangan memandai- mandai .. Takut nanti kena cantas, tukar tempat kerja, turun pangkat, whatnot !!?

    BN shenanigans, impostors, congenital liara rule this derma-land, remember !

    Demer senang-senang aje boleh rule mana personnel out...or to oust sapa pun demre tak gemor... So guys be ectra careful.. hati-2 ler ...elok juga some men (enough) tu kena tukar tempat kerja coz their assassins are the prowl for next mark.

    Elok ler tu .. power that be in PAS these days terhegeh-hegeh nak sangat buat kawan si UmNo - 1 puak suka bermuka-muka@ pakai topeng dengan 1 puak penuh "juara rakyat" tapi sebenornya demons on the loose ....haha... memang everything click into place !

    o' Allah save us all !!

    ReplyDelete
  12. Suruhanjaya Siasatan DiRaja perlu dibentuk sekiranya kerajaan benar2 serius mencari kebenaran terhadap skandal 1MDB....unless it's hopeless and useless.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Yong

    Ikut suke teman le dak datang ke idak, mengkomer aper peduli? Daghi dulu lagi teman dah bekabo, ater memang tak siyo teman tambah pule ade Wan Azizah dan jebon-jebon barua di situ, ajenye getik bebeno becampo dengan demer.....

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.