Kelmarin PKR mengeluarkan kenyataan setelah mengadakan mesyuarat khas.
Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 11 Oktober 2015 meluluskan resolusi seperti berikut:
1. YB Presiden dan MPP untuk meneruskan usaha-usaha membina barisan pembangkang yang kukuh dan bersatu; serta mencari penyelesaian kepada krisis negara yang makin mendesak.
2. KEADILAN komited untuk memantapkan Pakatan Harapan sebagai satu gabungan politik yang inklusif dan keanggotannya akan diperbesar kepada rakan politik yang sehaluan termasuk PAS, PSM, dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.
3. KEADILAN akan mengambil langkah-langkah menyediakan suasana kondusif bagi perpaduan pergabungan politik yang luas. KEADILAN menyeru semua parti agar menghentikan perbalahan dan serangan antara satu sama lain, dan parti-parti sahabat juga harus menghormati perbedaan pandangan masing-masing dan tidak mencampuri urusan dalaman parti sahabat.
4. KEADILAN akan meneruskan perhubungan dan perbincangan dengan rakan-rakan politik lain, dan berhak untuk mendirikan kerjasama dua-hala di pelbagai peringkat jika perlu.
Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
11 Oktober 2015
********************
Walaupun isi kandungan resolusi itu seolah-olah menunjukkan PKR mahu menjadi "abang besar" dalam Pakatan Harapan (perenggan 2 dan 4), parti yang paling muda, Amanah tetap "cool." Berikut kenyataan balas YB Khalid Samad:
KENYATAAN MEDIA PARTI AMANAH NEGARA (AMANAH) BERHUBUNG KENYATAAN MEDIA MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN.
Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Majlis Pimpinan Pusat Keadilan pada 11hb Oktober 2015 selepas sahaja selesai Mesyuarat Khas mereka. Bersama ini dikeluarkan respons AMANAH terhadap kenyataan media tersebut:-
1. AMANAH mengalu-alukan kenyataan media yang dikeluarkan pada 11hb Oktober oleh Majlis Pimpinan Pusat Keadilan. Ianya menunjukkan sikap yang terus fokus terhadap usaha pembinaan gabungan pembangkang yang kukuh dan bersatu demi menangani krisis ekonomi dan kepimpinan negara yang semakin mendesak.
2. AMANAH mengucapkan tahniah kepada saff kepimpinan Parti Keadilan Rakyat atas kemampuan mereka mencapai kata sepakat dalam suasana yang digambarkan begitu mencabar sehingga ada yang meramalkan PKR boleh berpecah dua. Ini adalah bukti akan kematangan dan kebijaksanaan saff kepimpinan PKR, di bawah DS Wan Azizah selaku Presidennya, dalam mengurus perbezaan pandangan.
3. AMANAH berpendirian bahawa pembinaan gabungan pembangkang yang kukuh adalah antara keutamaan ke arah penyelesaian krisis negara. Ini berpaksikan keyakinan bahawa kerajaan BN perlu digantikan dan oleh itu usaha ke arah menyatupadukan pembangkang tidak boleh dilengah-lengahkan. Rakyat ingin melihat satu gabungan pembangkang yang mampu berkerjasama dan sanggup mengenepikan perbezaan dalam usaha menyelesaikan krisis negara yang semakin meruncing.
4. AMANAH mengalu-alukan pendirian PKR untuk memantapkan Pakatan Harapan dan bersetuju untuk membuka keahlian Pakatan Harapan kepada semua yang berminat untuk menyertainya. Namun disiplin dan kejujuran dalam berpakat perlu ditekankan supaya pihak lawan tidak akan berjaya melaga-lagakan anggota Pakatan Harapan sepertimana mereka telah berjaya terhadap Pakatan Rakyat. Setiap anggota Pakatan Harapan hendaklah kommitted kepada Pakatan Harapan dan jelas berhubung siapa kawan dan siapa lawan.
5. Ke arah ini AMANAH mengesyorkan supaya segera dibentuk Sekretariat dan Majlis Presiden Pakatan Harapan supaya persoalan dasar bersama dan kaedah pengurusan perbezaan pandangan dapat ditetapkan untuk dipersetujui dan didukungi bersama. Amalan bermusyawwarah demi mencapai kata sepakat dalam menangani semua persoalan tetap merupakan dasar yang perlu diamalkan.
Sekian terima kasih.
Khalid Bin Abd Samad,
Pengarah Komunikasi,
Parti Amanah Negara
12 Oktober 2015
********************
Syabbas Amanah kerana enggan diheret ke dalam polemik yang boleh menghancurkan Pakatan Harapan, hanya kerana karenah individu tertentu dalam gabungan yang baru dibentuk itu.
Baca perenggan 4 dan 5. Itulah syarat Amanah dalam pembinaan kerangka baru Pakatan Harapan.
Mana-mana parti yang dipimpin oleh individu yang tidak memiliki ciri-ciri tersebut, maka secara automatik parti tersebut tidak layak berada dalam Pakatan Harapan.
Kejujuran dalam berpakat, mengenali siapa kawan dan siapa lawan, pengurusan perbezaan pendapat, dasar bersama dan amalan musyawarah adalah ciri-ciri yang jitu dalam pembentukan sebuah pakatan yang unggul.
Perlukah diperjelaskan lagi cicir-ciri itu?
Perlukah diperjelaskan lagi cicir-ciri itu?
********************
Kalau padi katakan padi,
Tidak kami tertampi-tampi;
Kalau jadi katakan jadi,
Tidak kami ternanti-nanti.
Tanah subur selalu gembur,
Ramai orang bersawah ladang;
Jika kita budayakan jujur,
Ramai orang bertambah sayang.
Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
Dap plak tok pekong otai, guna remote je sure geng pan akan bersuara..kata dah..khalid is the man (sering dicucuk idung oleh dap)..jika ambe berkata bohong..bukalah quran..xreti tafsir? Tau dah diri tu jahil..ikutla ulamak yg memandu ke arah redha allah, bukan membawa ke dlm oven(neraka saqar).
ReplyDeleteAs salam !
DeleteLook whois talking BS ere ! ni hasil didikan benih kebencian PAS. Salah sendiri (ulamak, ahli) tak pernah ngaku & asyik salah orang lain. Apa salahkan DAP?
Whassit you guys don't get it? Kami nampak salah TGHH ada yg boleh mengundang murka Allah & kami tak redha jadi mufarakah ! Murtad ker kami? Korang yg paham mcam tu.
Kita ikut jalan masing-2 & b'kerjasama mana boleh aje ok. Jemaah Islami tu bukan PAS saje ! Takde sape nak ikut DAP kalai dia salah. Fact.
mana satu ulamak ni? tantawi? haron din? nik abduh? takiri?.tolong bagi siapa ulama mursyid yang boleh bawa jauh dari neraka saqr ni. kami pon nak masok syurga sama.kesian la kat kami yg tak ngaji sekolah al arabiah ni.
ReplyDeletejgn sebut ulamak secara umum...sebut nama la. takkan boh kopiah atas kepala...ngaji kat arab je semua pakai ulamak borong je. ke semua yg ngaji kat syria ulamak...cam asad...atau ngaji arab kat mesir cam sisi
Jangan la nak mereka2 cerita..Fitnah tu besor dosa nya..Itu ke yg ulamak kamu ajor..? Kalau mmfitnah cara tu yg diajor nya, minta maaf la..bior teman cari ustaz lain..cita2 nak masuk syurga tapi ikut jalan menuju neraka....
ReplyDelete