Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 28 October 2016

INI HANYA MUDARAT RINGAN KAN?...HAHA!

Beberapa hari sudah gempar bumi Melayu apabila Shafie Apdal mendakwa 60% dari pada tanah Bandar Malaysia telah dijual kepada China.

Mungkin ini rujukan Shafie Apdal:

ASTRO AWANI

Lalu bertempiklah menteri UMNO, Abdul Rahman Dahlan, membetulkan kenyataan Shafie Apdal.

Bukan! Bukan 60%, tetapi 24%:

MSN

Apabila ada menteri yang menghurai dengan nombor-nombor, maka Yong terpanggil untuk melihat nombor-nombor tersebut.

Betullah yang 60% itu dijual kepada IWH dan China Railways group. Yaitu:
IWH = 60%
China Railway Group = 40%

Maka kiraannya:
60% daripada 60% = 36% 
40% daripada 60% = 24%

IWH tu milik rakyat Malaysia.

Maka Yong selak-selak data mencari nama-nama Melayu, kot ada dalam IWH. Yong jumpa nama Datuk Haris Onn Hussein, adik Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang memiliki 20.16% stake dalam Ekovest. Bhd, cabang yang buat kerja binaan dan kejuruteraan untuk IWH (The STAR). 

Ada la...nama Melayu, betul tak lebai?

Selebihnya siapa punya?

Menurut THE EDGE:

"Tan Sri Lim Kang Hoo is a common shareholder of IWH, holding a 70% stake via Credence Resources Sdn Bhd and Ekovest. He is the single largest shareholder of the latter with a 28% stake...Nephew Lim Keng Cheng, the managing director of Ekovest, owns 7.61% of the company and also has a small stake in Credence Resources."

Maknanya yang control IWH tu adalah rakyat Malaysia bangsa Cina, yang setahu Yong bukan beragama Islam.

Credence Resource ni Pakcik Google tak tau siapa punya:

BLOOMBERG

Cuba tengok di sini pulak:

EKOVEST

Macam tak nampak nama orang Melayu Islam yang jadi BOD di Ekovest... Nak kenal, kena tanya ahli BOD tu, adakah demer semua ahli DAP?

Dan yang ini pulak cerita apa?:

BLOOMBERG

Ada laa nama Melayu! Tapi nama penjualnya, bukan pembeli.

Dah lama buat kerja ni rupanya!

Jangan bimbang walaupun bumi Melayu tergadai. Ini mudarat yang ringan jer. Masih ada lagi mudarat yang lebih besar. 

Seperti kata ketua lebai:

"Kalau kita berlawan dengan UMNO, orang bukan Islam boleh memerintah" (YSK).

Wahai pejuang Melayu and penyokong lebai! Perhatilah keliling anda! Siapakah yang menjual aset negara kepada entiti dan rakyat asing yang bukan Islam?

Fikir-fikirlah.

Rujukan:

11 comments:

  1. Geng lebai bangsat ni buta matematik,itu pasti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe tak pandai matematik, asal pandai guna akal.

      Delete
  2. Salam Yong

    Puak lebai dan mat baju merah faham ka bila baca n3 Yong ni?
    Alangkan RUU 355 pun deme kata hudud. Tak sokong jadi kapir!!
    Mat baju merah, lagi la. Yang dia tau dapat duit minyak moto rm10, duit makan rm20 dan baju sehelai. Settle....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mod Daud

      Kalau dikira harta yang terjual kepada warga Singapura, maknanya yang dimiliki warga asing bukan 24%.

      Delete
  3. melayu mudah lupa....dulu dihaprakan tapi melayu leh tepok tangan.....sekaraang dibangang...dibahlol..dibangsatkan pulak...maseh x sedar sedar....apa la jenis melayu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong nasihat kekawan yang kuat bekap parti lebai, buka mata luas-luas. Siapa yang jual negara?

      Delete
  4. Lingkup Islam disebabkan bodohsombong PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada kawan dan saudara mara yang masih bekap pemimpin PAS yang tak mahu lawan UMNO, tolong nasihat mereka.

      Delete
  5. DeeDee Yong...

    Apalah nak diharapkan dengan lebai semua ni... Hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  6. bab sah mandi wajib ke tidak bolehlah bagi geng lebai.. ekonomi negar tergadai bukan depa tahu apapun

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah perubahan tetap ada melayu sudah ada kesedaran semoga ALLAH SWT mempermudahkan urusan parti lama sudah tidak relevan lagi semoga parti baru bolih membuat perubahan untuk adil semua rakyat ianya tuntutan

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.