Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 13 November 2016

GENG BAJU MERAH BELASAH PESERTA BERSIH 5 LAGI (VIDEO)

Video ini jelas menunjukkan sikap ganas geng baju merah. Demer pengecut. Takut dikenali. Pakai tutup muka. Sifat pengecut ini terserlah apabila demer ramai-ramai keroyok seorang peserta Bersih 5. Ramai-ramai yer...bukan 1 lawan 1.


Mamat tua garang yang menyerang peserta Bersih itukah yang dimaksudkan Nurul Izzah? Jap...Itu cerita next posting.

Apapun, kalau UMNO itu kuat; kalau pemimpin UMNO itu benar belaka - Kenapa takut dengan sekumpulan kecil rakyat? Takut sampai sanggup menggunakan keganasan!

Video sudah viral. Anak cucu dan saudara mara sudah tengok. Kalian rasa bangga?



2 comments:

  1. Benar apa yang Yong perkatakan bahawa sekira nya UMNO benar benar kuat dan di "SAYANGI" rakyat terbanyak mengapa menguna kan "OKU" untuk menyerang Bersih. Bukan kah perjuangan Bersih untuk mendapat kan "A LEVEL PLAYING FIELD" pada setiap PRU, terutama di PRU ke 14 nanti. Di sini jelas menunjuk kan bahawa puak puak Jamal Pak Tonggo tidak menyukai sesuatu yang bersih, begitu kah? Walaun pun begitu mereka jelas penakut kerana tidak berani 1 lawan 1.

    Kini Najib your mentor akan membawa masuk pelabur dari Negara Cina. Jangan lupa bahawa Zimbabwe hancur kerana mengharapkan bantun dari Negara Cina. Malah mata wang mereka juga bertukar kepada Yuen.

    Ramai yang masih ingat bahawa "BAJU MERAH" dan sekutu kutu nya takuk DAP akan memerintah sekira nya UMNO/BN di baham tanah. Aku ingin bertanya puak puak yang Pra-Matang ni, apa beza nya di antara Cina DAP dan pelabur Cina yang akan di bawa masuk? Yang pasti hutang Negara semakin mengunung. Walau bagaimana pun rakyat Malaysia usah gusar kerana "PARANG TERBANG" SI JAMAL PAK TONGGO akan berterabangan sekira Negara ini di khianati.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.