Pages

Thursday, 15 December 2011

AWAS! KATAK BOLEH JADI PONDAN

Ini bukan citer politik dan bukan dari scary movie. Ini kisah benar. Penyelidikan di Amerika Syarikat, Canada dan negara Eropah mendapati katak yang tinggal di kawasan air yang tercemar dengan racun perosak dan racun rumpai memiliki dua jantina dan katak jantan memiliki sifat seperti betina. Ini ialah kerana racun perosak dan racun rumpai mengandungi bahan yang bernama atrazine. Bahan kimia ini mengandungi endocrine disruptors, yang mengganggu sistem hormone (endocrine) haiwan dan manusia. Atrazine boleh menyebabkan demasculinization (hilang kejantanan) and feminization (bertukar menjadi betina).
Menurut seorang pegawai pertanian, ada penanam sayur yang sengaja menggunakan lebih racun perosak dan racun rumpai demi mendapat hasil yang bebas dari serangan kumbang, ulat dan sebagainya. Perbuatan penanam sayur ini bukan hanya menjejaskan mereka yang memakan sayur itu. Racun perosak and racun rumpai ini akan menyerap ke dalam tanah dan memasuki punca air/mata air. Ini menyebabkan air itu merbahaya kepada kesihatan jika digunakan untuk tujuan domestik, seperti minum dan mandi.  

Pernahkah anda terfikir kenapa sekarang terdapat terlalu ramai khunsa dan mak nyah? 

Untuk mengetahui seterusnya kesan atrazine kepada kesihatan anda boleh baca di sini

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.