Pages

Thursday, 15 December 2011

AWAS! MAKHLUK NI BETOI2 ADER DI KALANGAN MIKER

MAKHLUK ni sedang dicari. Tapi agak sukar dikesan kerana wajahnya tidak diketahui. CCTV pun takde untuk melihat roper dan perbuatan demer. Lain le Datuk T. Demer boleh dapat CCTV dalam bilik hotel dan di luar lift. Apapun, makhluk ni sedang berkeliaran dalam PKR, PAS dan DAP. Miker tengok makhluk ni. Maaf, gambar tak jelas. Yong cuma dapat buat lakaran berdasarkan apa yang orang cakap je. Beginilah roper makhluk tu setelah dikaji maklumat lisan dan tulisan. 
Dekat dengan masa pilih calon PRU13 makhluk ni sangat aktif, sama ada mengampu pemimpin tertinggi parti atau buat songel supaya dapat habuan. Ini dua strategi demer.
1. Mengampu
  • Makhluk ni akan cakap nak pertahankan pemimpin walau apapun terjadi, misalnya berdemo. Tapi sebenornya takde ape kebolehan dia. Pemimpin yang risau kehilangan pengampu mungkin akan termakan teknik ini.
  • Makhluk ni akan duduk dekat pemimpin dan tunjuk sibuk jika pemimpin datang. Bila bos takde dia pun hilang. Rumahnya di bandar. Tapi nak tanding kat kampung yang selamat. Pemimpin yang tak prihatin ingat dia ikhlas.
  • Makhluk ni dah cantas pencabarnya terlebih dulu untuk sampai ke atas. Dia perasan dialah "the best" sedang hakikat adalah sebaliknya. Bayangkan kalau dia berkuasa nanti!
2. Buat Songel
  • Buat songel ni lebih kurang macam budak yang menghentak kaki kat supermarket kerana nak mainan. Disebabkan malu, mama dan papa mungkin akan belikan mainan itu supaya budak ni tutup mulut. Makhluk ni akan buat perangai yang sama. 
  • Makhluk ni mungkin ugut pemimpin nak bocorkan rahsia. Pemimpin yang risau rahsia parti dibocorkan mungkin akan ambik dia balik jadi calon, walaupun orang dah menyampah.
  • kalau budak yang dinafikan barang mainan, dia mungkin pura2 demam supaya orang kesian. Makhluk ni akan guna teknik yang sama seperti menangis dan merayu. 
Besar kemungkinan YB yang desperado tapi tak berkemampuan dan golongan  yang giler nak jadi YB tapi bingai akan guna teknik di atas. Yong seru pemimpin toksah le percaya pada tipudaya makhluk yang serupa ni.

2 comments:

  1. Susah Yonggg! Nak sembelih tak boleh dimakan. Nak disimpan gigit tuan.

    ReplyDelete
  2. Hehehe! Nasib pemimpin le. Saper suruh bela makhluk camni

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.