Pages

Monday, 21 May 2012

BERSIH TU HARAM WEH! PENGUNDI HANTU HALALJADAH!

Hari demi hari kita disajikan dengan segala kebobrokan SPR. Hari demi hari juga kita disajika dengan fatwa dari badan dan individu yang menyokong kebobrokan SPR.

Pengerusi dan Timbalan SPR menafikan mereka ahli UMNO. Tapi sebaliknya apa yang mereka buat tidak menjurus ke arah konsep kekebasan SPR. Penafian tidak cukup. Kerana yang penting adalah tindakan.

TAMIL MALAR NI POMPUAN INDIA

MANSOR JALI NI SEBAB ADA BIN MUNGKIN MELAYU
Contoh terbaru di atas, wanita India, bukan hanya menukar jantina, tapi menukar bangsa tanpa izinnya. Ingatkan benda macam ni terjadi dalam drama Taiwan je. Rupanya kat 1Malaysia pun ada. 

Kita semua tahu SPR duduk dalam Jabatan Perdana Menteri (JPM). Bila dah duduk dalam JPM sudah tentu ia dibawah pengaruh PM sebab CEO JPM ialah PM. Kita boleh buat inferens berikut:

SPR dalam JPM,
JPM dikuasai PM.
SPR dikuasai PM.

Masalahnya bukan SPR di dalam JPM. Masalah utamanya ialah orang yang memegang tampuk kuasa dalam SPR tu tidak bersih!

Masalah kedua ialah, apabila Parlimen dibubarkan, PM masih menganggap dirinya PM. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi masih menganggap PM itu masih berkuasa sedangkan Parlimen sudah bubar. Jawatan PM sudah bubar. Kabinet sudah bubar! Semua Menteri sudah berhenti! Peruntukan untuk urustadbir negara tak boleh lulus lagi. Pendeknya, bila Parlimen bubar tidak boleh buat projek "mee segera!"

Jadi siapa yang berkuasa? Yang berkuasa ialah sebuah "caretaker government" yang akan bubar bila keputusan pilihanraya diketahui dan kerajaan baru dibentuk.

Bunyinya macam tak pernah berlaku di Malaysia kan?

Ya, kerajaan caretaker yang telus tidak pernah berlaku di Malaysia. Buktinya apabila BN tahu ia kalah di Selangor, timbul isu pegawai-pegawai memusnahkan fail-fail kerajaan negeri. Kalau ia fail biasa atau fail lama, kenapa ia berlaku ketika Kerajaan baru Selangor masih belum mengangkat sumpah?

SPR dalam JPM dan dikuasai manusia yang perasan dia masih lagi PM walaupun Parlimen telah bubar. Menteri Besar (MB) dan Ketua Menteri (KM) pula perasan mereka masih CEO negeri walaupun Dewan Perundangan Negeri telah bubar.

Hakikatnya, bila Parlimen atau Dewan undangan Negeri telah bubar, kerajaan caretaker tak boleh:
  • Buat dasar baru, tak kira dasar itu baik atau tak baik. Dasar mesti dibuat oleh kerajaan yang sah.
  • Buat MOU atau MOA dengan apa-apa agensi/swasta/kerajaan lain, walaupun katanya ia hanya tandatangan, sedangkan perbincangan sudah buat sebelum bubar. 
  • Guna agensi kerajaan untuk tujuan pilihanraya, seperti iklan, sebaran maklumat atau menggunakan premis kerajaan seperti dewan atau halaman sekolah.
  • Guna sumber kerajaan seperti peralatan kereta, helikopter dan sebagainya, walaupun katanya untuk perasmian, kerana kerja perasmian, pecah tanah, dan lain-lain tidak boleh dibuat oleh kerajaan caretaker.
  • Guna dana awam untuk kempen dan apa-apa sahaja yang berkait dengan kempen. 
Kalau buat juga, maknanya perbuatan tersebut adalah HARAM! Ini tak perlu tok mufti cakap. Sebab ini sistem demokrasi.

Inilah intipati permintaan BERSIH, selain menuntut supaya SPR buang pengundi hantu. Bilangan dan nama-nama pengundi hantu ini pun yang dah sampai tahap gila.

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.