Pages

Sunday, 20 May 2012

KELABU ASAP: USTAZ AHMAD AWANG FITNAH HARUSSANI?

Mungkin dulu Yong percaya Tok Mufti, tokoh JATI ini. Tapi sejak beliau mencuba memujuk kepimpinan PAS supaya membentuk kerajaan dengan UMNO di Perak, kepercayaan sudah mati. Lebih-lebih lagi Tok Mufti tak mengaku pulak ada buat kerja tu! Lalu kes sudah bertukar menjadi kelabu asap. Dari kelabu asap kerana takut tembelang menjadi perantara UMNO pecah, beliau kelabu asap pasal hukum hakam pulak. Buktinya beliau kata pergi kuil menghadiri upacara keagamaan Hindu, fatwanya "Boleh." Buat ancak pun "Boleh." Tak bertentangan dengan hukum syarak! Pergi demo kerana mahu pilihanraya bersih, fatwanya "Haram."

Berikut petikan kenyataan mufti berkenaan:

Harussani: Tuduhan itu tidak benar
Oleh: Wartawan Sinar Harian


Tarikh: May 19, 2012 

IPOH – “Tuduhan itu tidak benar, selama ini saya tidak pernah mencampuri mana-mana parti politik, bahkan tidak pernah pun mendaftar sebagai ahli mana-mana parti.”
Demikian tegas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terhadap tuduhan Pas bahawa beliau mencampuri urusan parti.
Harussani berkata, apa yang diluahkan sebelum ini, tidak lain hanya mahu rakyat membuka mata.
Katanya, Islam yang diperjuangkan Pas sejak akhir-akhir ini banyak dikaitkan dengan perkara-perkara negatif .
“Situasi yang berlaku ini menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat, jadi kerana itu sebagai seorang mufti bukan kerana politik, saya memberi nasihat dan memberitahu bahawa tunjuk perasaan dengan niat untuk mengguling kerajaan itu satu perkara salah,” katanya.
Nak tahu keseluruhan teks, cari sendiri dalam akbar berkenaan.

Dalam sistem kerajaan "adil" yang disokong mufti ni, kenyataan Ustaz Ahmad Awang takkan keluar dalam media porno umno. Walau bagaimanapun keadilan Allah itu maha besar (Allah cipta alam ni, termasuk alam siber). Alhamdulillah N3 Ustaz Ahmad Awang masih ada, boleh dibaca dari blog beliau:

Contoh paling jelas apabila beliau yang mendakwa tidak berpolitik atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik, tapi begitu bersungguh-sungguh mengajak PAS bergabung dengan UMNO menubuhkan kerajaan Melayu di Perak sebaik sahaja UMNO/BN gagal membentuk kerajaan selepas keputusan PRU Ke-12 diumumkan sepenuhnya menjelang jam 12 malam 8 Mac 2008. Atas arahan Dato' Seri DiRaja Tajol Rosli, Ketua Perhubungan UMNO Perak (waktu itu), beliau bersusah payah pada malam itu ketika hujan lebat bertolak dengan kereta ke Kota Bharu menemui Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz dan pada esok paginya pula menghubungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi untuk tujuan mendapat persetujuan mereka. Tapi kedua-duanya menolak dengan mudah dan memberikan alasan tertentu. Sekembalinya Harussani ke Ipoh, beliau menghubungi saya melalui telefon (bukan berjumpa seperti yang ditulis dalam artikel majalah MM berkenaan). Saya menolak tawaran UMNO yang dibawa oleh Harussani dengan memberikan alasan dan hujah yang beliau tidak dapat menyanggahnya. Ikutilah penjelasan saya dalam majalah Milenia Muslim keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya.
N3 penuh di sini

Sudah tentu Yong percaya Ustaz Ahmad Awang dan tak percaya kelabu asap Mufti Harussani. Tapi, Yong nak tanya, selesa sangatkah imbuhan dan pangkat dari kerajaan ni sampai sanggup jadi kelabu asap?

TEMBAK BENDA NI KENA MUKA ORANG APA HUKUMNYA?

6 comments:

  1. Amat jahatlah ulamak yang pentingkan kemewahan dunia dan membelakangkan hukum syarak.Sampai berbohong pun rasa selesa, sebab dah terbiasa. Berdolak dalih pula bila ditegur. Kalau syok sangat dengan politik, letak jawatan masuk jadi calon. Tengok boleh laku ke tidak.Cukup menyampah tengok perangai orang yang claim sebagai ulamak, tapi suka cakap merapu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam XUMNO,
      Boleh bertanding menentang Nizar atau Mujahid, kalau berani.

      Delete
  2. dah kena penyakit mamak kutty! dia dah lupe ato buat-buat lupe ajenye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam yobstim,
      Yong idak ler sampai tahap kata mufti ni dah nyanyuk, tapi ramai orang beri tanggapan begitu. Salah dia sendiri kerana memilih jalan yang penuh kelabu asap dengan umno.

      Delete
  3. Cerita mufta 'baling batu sembunyi tangan' dah dengar beberapa kali dah. Ini teman dapat cerita dari kawan teman sendiri pernah mengasak dia dengan soalan-soalan panas. Alih-alih tukar statement.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err,
      Kat dunia boleh le kelentong sana sini...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.